Saturday, June 8, 2019

Salam Perkenalan dari Blog Redza Channelz

SALAM PERKENALAN DARI BLOG REDZA CHANNELZ | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua yang sedang membaca blog ini.. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog Redza Channelz.. Blog ini masih baru diwujudkan hasil cadangan dan idea dari mama saya.. Ianya salah satu cara untuk saya memperbaiki karangan saya dan secara tak langsung sebagai journal saya.. Matlamat jangkamasa panjang pula saya ingin membuat pendapatan sampingan (side income) melalui blog, in shaa Allah. Masih jauh perjalanan.

Untuk pengetahuan pembaca, mama merupakan Admin blog ini. Bab edit gambar dan susunan blog (technical part) saya serah kepada mama kerana saya masih belum faham terms blog seperti sidebar, header, SEO, meta tag, widget dan sebagainya. Namun, penceritaan entri blog adalah idea saya dan mama akan olah ayat supaya lebih menarik dan mesra pembaca.

So welcome to my blog!



Saya akan berkongsi segala cerita dan aktiviti kegemaran saya dalam blog ini. Kiranya saya budak baru belajar.. So pakcik-makcik, abang-abang, kakak-kakak sila beri tunjuk ajar..

Okay setakat itu sahaja pengenalan dari saya.. Saya harap pengunjung blog ini sudi berikan sokongan kepada saya supaya terus menulis.. Saya juga berangan-angan untuk menjadi Vlogger tapi masih belum ada skill membuat rakaman video atau editting.. Banyak lagi perkara perlu saya explore.

Thank you for reading..

Regards,



No comments:

Post a Comment