A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Sunday, December 14, 2025

Peperiksaan SPM Selesai, Baru Rasa Lega dan Penat

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Hye everyone.. Saya bersiaran semula setelah beberapa bulan break dari dunia blogging kerana sibuk dengan class dan persediaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saya merupakan salah seorang calon SPM batch 2008 yang sudah lama tidak mengambil peperiksaan penting, jadi agak struggle untuk catch-up semua matapelajaran. Walau bagaimanapun saya cuba buat yang terbaik..

Kelas tambahan SPM

Akhirnya, peperiksaan SPM selesai.. Kertas peperiksaan terakhir saya pada 10 Disember 2025 lalu iaitu kertas 1 dan 2 subject Perniagaan. Baru faham macam mana perasaan orang lepas ambil peperiksaan penting. Melangkah saja keluar dari dewan baru terasa lega dan penat selain perasaan bercampur-baur, lega, penat, gembira dalam masa yang sama macam lost.. Bertahun-tahun belajar, ulangkaji akhirnya berakhir hari itu.

Sepanjang tempoh persediaan menghadapi peperiksaan, rutin harian berubah. Saya kurang tidur, kurang rehat dengan tekanan dari keluarga dan guru-guru supaya buat yang terbaik.. suara-suara itu setiasa berada di fikiran. Terus terang kata, ada hari saya kuat, ada hari saya down tapi akhirnya saya sampai juga ke penghujung. 

Selesai peperiksaan cikgu meraikan sambutan perpisahan secara sederhana dengan belanja kami makan bersama-sama.. Happy sungguh ketika ini.. 

Pelajar perempuan Form 5
Student lelaki Form 5

Selepas bersurai dan saya tiba di rumah cikgu mengirimkan mesej ini. Sayu pula rasa..

“Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat anak-anak kelas 5 Dedikasi.

Hari ini, 10 Dis 2025, adalah merupakan hari terakhir murid kelas 5 Dedikasi ini, kerana selesai menduduki peperiksaan matapelajaran terakhir - Kertas 1 & Kertas 2 Perniagaan. 

Bagi yg mempunyai cita-cita untuk sambung belajar, usahalah sebaik mungkin demi MEMBINA KERJAYA dan merancang MASA DEPAN
yang lebih baik.

Bagi yg merancang untuk terus BEKERJA, sekurang-kurangnya tanamkan dalam diri untuk ada NIAT MENINGKATKAN TARAF PENDIDIKAN melalui pengalaman bekerja, demi masa depan yang lebih baik kepada diri sendiri, keluarga dan KELUARGA yang BAKAL DIBINA.

Jaga keselamatan diri. Jauhi daripada terlibat dgn perkara yg boleh merosakkan diri dan masa depan. 

Maafkan salah silap Cikgu jika ada sepanjang kamu semua belajar di SMKBBSS ini.

Jangan segan dan malu untuk tegur Cikgu-Cikgu jika terserempak di luar pada bila-bila masa.

Pulangkan segala yang di pinjam, jgn dibuat harta sendiri.

JANGAN KELUAR DARIPADA GROUP KELAS INI KERANA PIHAK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA AKAN MINTA MAKLUMAT MURID SELEPAS KEPUTUSAN SPM.

SELAMAT MAJU JAYA!

Daripada:
Cikgu Aminuddin.
Unit Bimbingan dan Kaunseling,
SMK BBSS.”

Pesanan cikgu saya kongsi di sini sebagai kenangan dan ingatan.. Saya tidak akan lupa segala jasa dan pengorbanan guru-guru yang pernah mengajar saya. 

Sekarang saya sedang berehat menikmati fasa menunggu keputusan. Jadi inilah masa yang sesuai untuk saya bersama keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan. Boleh buat kerja yang tertangguh contoh update blog ini. Harap ada orang yang sudi singgah blog saya.

Mama pesan, apa pun keputusan nanti terimalah seadanya. Mama kata setiap orang ada perjalanan hidup masing-masing yang telah ditentukanNya, jadi tak perlu membandingkan diri dengan orang lain. Lega sikit bila mama kata begitu.

Sampai sini saja.. Kita jumpa lagi di next post.


Regards,

Share:

Saturday, April 12, 2025

Misi Makan di Setia City Mall: Sukiya Tokyo Bowls & Noodles – Makanan Jepun Halal

Awal tahun lalu iaitu pada 12 Januari 2025, saya bersama keluarga berjalan-jalan ke Setia City Mall untuk pertama kali. Alang-alang dah sampai, saya pun memulakan misi mencari tempat makan yang rare sikit, bukan fast food biasa atau kedai makan yang dah selalu pergi.

Setia City Mall
 
Puas berjalan, akhirnya saya terjumpa sebuah restoren Jepun yang saya tak pernah cuba lagi - Sukiya Tokyo Bowls & Noodles, terletak di Lot LG-166. Restoren ini mudah diakses dan suasana yang selesa dengan dekorasi ala Jepun moden. Nampak cozy and welcoming. 

Sukiya Tokyo Bowls & Noodles

1st Impression: Jepun vibes, tapi harga mesra poket!

Mula-mula masuk restoren ni terus tengok menu yang dipaparkan.. Saya macam - "Eh... restoren ni biar betul, nampak high-end tapi harga.."

Tak padan menu dengan harga, macam tak percaya, tapi percayalah.. Harga bermula dari RM10.00++ dan menu dia mudah faham, straightforward sekali dengan harga. Apa yang kita tengok di menu itulah yang kita dapat. 


Menu Sukiya


Status HALAL Malaysia

Sukiya di Malaysia beroperasi dengan pemantauan halal JAKIM. Mereka telah mengambil langkah untuk memastikan semua bahan mentah yang digunakan adalah halal dari pembekal yang diiktiraf. Mereka juga berusaha untuk mendapatkan sijil halal untuk setiap cawangan mereka. Jadi kepada kita sebagai Muslim, bolehlah makan tanpa was-was.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk: sukiya.my/halal_policy


Gyudon
Unagi Don
Set ala-carte
Family set
Minuman


Menu & Pilihan

Sukiya terkenal dengan hidangan Gyudon (nasi dengan daging lembu), tetapi mereka juga menawarkan pelbagai pilihan lain seperti:

  • Unagi Don – nasi dengan belut panggang.
  • Tokyo Ramen – mi Jepun dengan pelbagai pilihan topping.
  • Volcano Chili Ramen – untuk yang sukakan pedas.

Harga purata untuk satu hidangan utama adalah sekitar RM15–RM30, menjadikannya pilihan yang berpatutan untuk makanan Jepun berkualiti.


Order table no. 3


Menu Pilihan: Spicy Ontama Gyudon size S

Saya cuba Gyudon – nasi Jepun dengan hirisan daging lembu. Daging dia lembut, tak liat langsung, dan kuah dia sedap meresap sampai ke nasi. Nasi pula beras sushi jadi cepat kenyang.


Menu yang dipesan

Tip: Kalau anda suka pedas, cuba Volcano Ramen – memang level pedas berapi!


Jom kita close-up satu-persatu makanan yang saya pesan..

Spicy Ontama Gyudon
Gyudon

Kombinasi dengan nasi panas memang puas hati. Servis juga pantas dan mesra.

Miso sup dan tembikai
Japanese pickles - acar kubis
Deep fried chicken gyoza & miso up set


Ini pula pesanan my parents..

Chicken Katsu Curry 


Untuk minuman, saya pilih cold green tea dan versi panas. Simple, tapi cukup kenyang.

Hot green tea


Pengalaman Peribadi

Walau pun baru pertama kali saya makan di sini tapi saya suka kerana:

  • Harga mampu milik untuk makanan Jepun asli.
  • Servis cepat & mesra pelanggan.
  • Sesuai untuk makan santai, sendiri atau bersama keluarga.
  • Pilihan makanan mesra Muslim.
  • Dekat dengan mall dan boleh shopping.




Lokasi

Sukiya Tokyo Bowls & Noodles

Lot LG-166, Setia City Mall,

No. 7, Persiaran Setia Dagang,

Bandar Setia Alam, 40170 Shah Alam, 

Selangor Darul Ehsan


Sebelum saya mengakhiri blog post kali ini, saya nak main teka-teki. Kepada pembaca yang dapat meneka berapa harga makanan saya sekeluarga makan di sini, saya akan bayar pembaca yang dapat meneka dengan tepat atau jumlah paling hampir dengan harga makanan yang saya makan di Sukiya Tokyo Bowls & Noodles.. Nama pemenang dengan jawapan akan disiarkan dalam blog akan datang. 

Okay, siapa suka makanan Jepun atau ada pengalaman makan di Sukiya boleh kongsi pengalaman di ruangan komen. Kongsi juga menu kegemaran anda.. atau boleh cadangkan restoren Jepun halal lain yang mesti saya cuba.. Akhir kata, terima kasih kerana sudi singgah di blog ini.. 


Regards,

Share:

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com