A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

About Me

SALAM PERKENALAN DARI BLOG THE REDZA CHANNELZ | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua yang sedang membaca blog ini..

Tuan Blog

Nama saya Arief Redza, panggil saya Redza. Saya sepatutnya menduduki UPSR tahun 2020 so boleh teka umur saya. Saya sedang bersekolah di sebuah Sekolah Kebangsaan di Seremban 2, Negeri Sembilan. Hobi saya bermain bola sepak, berbasikal, melayari internet dan membaca.

The Redza Channelz

Ilham Blog

Saya mula menceburi dunia blogging pada bulan Jun 2019. Entri pertama di blog Redza Channelz bertarikh 27 April 2019. Saya pilih niche Lifestyle kerana scope yang luas.

Blog ini masih baru diwujudkan hasil cadangan dan idea dari mama saya. Ianya salah satu cara untuk saya memperbaiki penulisan karangan saya dan secara tak langsung sebagai journal saya. Saya juga suka baca blog orang lain kerana setiap blog ada cerita tersendiri. Dari situ timbul minat saya untuk berkongsi cerita saya melalui blog. Saya juga boleh baca semula cerita saya yang sudah jadi kenangan.

Untuk pengetahuan pembaca, mama merupakan Admin blog ini. Bab edit gambar dan susunan blog (technical part) saya serah kepada mama kerana saya masih belum faham terms blog seperti sidebar, header, SEO, meta tag, widget dan sebagainya. Tapi nama dan template blog saya pilih sendiri dan mama set up semua.

Namun, penceritaan entri blog adalah idea saya sendiri. Setiap entri dalam blog ini saya akan draft dahulu manakala mama akan semak dan olah ayat saya supaya lebih menarik dan mesra pembaca.

Saya akan berkongsi segala cerita dan aktiviti kegemaran saya dalam blog ini.  Saya boleh dianggap budak baru belajar.. So pakcik-makcik, abang-abang, kakak-kakak sila beri tunjuk ajar..

Berkat kesabaran dan sokongan pembaca tak mustahil suatu hari nanti saya dapat menjana pendapatan sampingan (side income) melalui blog, in shaa Allah. Masih jauh perjalanan namun itu impian saya.

Welcome to my blog, The Redza Channelz

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog The Redza Channelz (dahulunya dikenali sebagai blog Redza Channelz). Mengapa nama blog bertukar? Anda boleh baca di entri ini -> Terpaksa tukar url blog.

So welcome to my blog!




Okay setakat itu sahaja pengenalan dari saya.. Saya harap pengunjung blog ini sudi berikan sokongan kepada saya supaya terus menulis.. Saya juga berangan-angan untuk menjadi Vlogger tapi masih belum ada skill membuat rakaman video atau editting.. Banyak lagi perkara perlu saya explore.

Thank you for reading..

Regards,



Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com