A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Monday, December 28, 2020

Teringin Makan Corn Dog

Hi, assalamualaikum semua.. Blog post kali ini saya ingin bercerita tentang pengalaman makan corn dog buat kali pertama. Lama saya teringin makan corn dog. Pada awalnya saya tengok orang makan corn dog di YouTube Nino Home. Mula terjebak tengok channel Nino Home bila saya terlihat thumbnail dia buat corn dog.

Corn dog

Apa itu corn dog?

Corn dog adalah sosej yang dicucuk dengan stick bersama cheese seterusnya disalut dengan adunan tepung jagung yang tebal. Kemudian salut dengan breadcrumb dan digoreng dengan minyak yang banyak.
"A corn dog is a sausage on a stick that has been coated in a thick layer of cornmeal batter and deep fried. It originated in the United States and is commonly found in American cuisine." - Wikipedia
Makanan ini berasal dari Amerika Syarikat. 

Oleh kerana teringin makan corn dog, jadi pada hari Ahad lalu saya minta papa saya beli. Papa saya kata : "Okay, alang-alang isi minyak boleh pergi sekali beli corn dog". Kebetulan corn dog ada dijual di sebuah gerai makan berhampiran rumah saya.

Semangat dapat makan corn dog

Apabila papa saya tiba di rumah selepas mengisi minyak kereta, saya tanya papa mana corn dog yang saya pesan tadi. Papa kata dah habis. Sedih hati saya..

My first bite

Saya pun turun la bawah menuju ke dapur. Rupa-rupanya papa bergurau.. Sebenarnya papa ada beli dan letak atas meja. Papa beli 2 iaitu satu untuk papa dan satu untuk saya. Mama tak makan corn dog sebab mama tak gemar cheese kecuali cheese KFC dan cheese yang dibakar hangus seperti topping pizza. 

Cheese tarik mozzarella

Akhirnya ada rezeki saya dapat makan corn dog, alhamdulillah.. Saya suka corn dog sebab bila gigit ada mozzarella cheese yang boleh ditarik. Sejak hari itu, beberapa kali saya repeat beli corn dog. Kini corn dog menjadi salah satu makanan kegemaran saya.

Sekian untuk blog post kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca cerita saya. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Byee.. 

 Regards,


Share:

Sunday, December 20, 2020

Demon Slayer Anime Bersiri Kegemaran Saya

DEMON SLAYER ANIME BERSIRI KEGEMARAN SAYA  | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Saya bercuti lama di rumah dan kerja sekolah juga tak putus-putus saya terima sepanjang masa dalam tempoh waktu tersebut. Selepas selesai kerja sekolah, saya akan meluangkan masa menonton siri anime kegemaran saya iaitu Demon Slayer : Kimetsu no Yaiba. 

Demon Slayer : Kimetsu no Yaiba

Blog post kali ini saya ingin bercerita mengenai menceritakan anime bersiri kegemaran saya itu. Sebelum itu, saya ingin menerangkan maksud perkataan 'anime'.

Merujuk kepada Wikipedia perkataan anime bermaksud :

Anime (bahasa JepunアニメIPA: [aɲime]  ( dengar)) ialah animasi lukisan tangan dan komputer yang berasal dari Jepun. Istilah anime adalah istilah Jepun untuk animasi, yang merujuk kepada semua bentuk media animasi.[1] Di luar Jepun, anime merujuk secara khusus kepada animasi dari Jepun atau sebagai gaya animasi yang disebarkan oleh Jepun yang sering dicirikan oleh grafik berwarna, watak-watak bersemangat dan tema fantastik.

Demon Slayer ialah anime yang terkenal di Jepun. Kisah ini diadaptasi dari siri manga. Maksud Kimetsu no Yaiba menurut wikipedia seperti berikut:

Kimetsu no Yaiba (bahasa Jepun鬼滅の刃 RomajiKimetsu no Yaiba, lit. Pedang Pembunuh Iblis) merupakan sebuah siri manga Jepun oleh Koyoharu Gotōge. Siri ini diterbitkan dalam bahasa Inggeris oleh Viz Media dan disiarkan oleh Shueisha dalam bahasa Inggeris di aplikasi dan laman web Manga Plus. Adaptasi siri televisyen anime oleh Ufotable ditayangkan pada 6 April 2019.

Kisah Cerita ini mengisahkan ialah tentang dua beradik iaitu Kamado Tanjiro (abang) dan Nezuko Kamado (kakak yang menjadi separa demon (syaitan)). Kawan mereka Zenitsu (watak penakut tetapi kuat) dan Inosuke (selalu cari gaduh). 

Kamado Tanjiro dan Nezuko Kamado

Cerita ini mengisahkan ibu Tanjiro dan bapanya dibunuh oleh demon. Demon tersebut telah masuk merasuk ke dalam tubuh kakaknya hingga Kerana itulah menyebabkan dia menjadi separa demon. Tanjiro dan kawan-kawannya meyertai ahli Demon Slayer kerana untuk mencari penawar untuk bagi memulihkan pulihkan kakaknya supaya yang kembali menjadi separa demon kepada manusia biasa. Cerita ini belum berakhir tapi malangnya watak kegemaran saya Rengoku mati di Official Demon Slayer Movie: Mugen Train. 

Rengoku

Watak kegemaran saya ialah Tanjiro, Giyu, Zenitsu dan Rengoku. Rengoku mati kerana berlawan dengan Upper Moon Demon iaitu Akaza. Rengoku berbuat membuat demikian kerana untuk menyelamatkan penumpang di dalam kereta api. Cerita tu memang sangat best. Jalan cerita ini sangat simple dan kadang-kala buat saya ketawa, rasa seram dan sedih. Saya tak sabar untuk menonton siri kedua Demon Slayer. 

Selain itu, saya suka cerita ini kerana memberi pengajaran kepada menggambarkan saya supaya tidak mementingkan diri sendiri dan sentiasa sayangi orang yang kita sayang sementara mereka masih hidup. Abaikan sahaja watak khinzir dan istilah syaitan dalam cerita ini kerana saya focus kepada jalan cerita yang memberi pengajaran kepada saya selagi ia tidak menyimpang kepada aqidah Islam. Jika pembaca ingin tahu lebih lanjut cerita ini anda boleh tengok di Netflix. Banyak cerita menarik di platform tersebut

Selepas menonton cerita ini, saya terus minat dengan watak dalam cerita Demon Slayer ini. Saya ingin mengumpul duit di sesi persekolahan tahun 2021 untuk collect figure semua watak Demon Slayer terutama sekali Rengoku dan Zenitsu. 

Sekian untuk blog post kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca cerita saya. Sehingga kita berjumpa lagi di post seterusnya.

Byee...

 Regards,


Share:

Monday, October 26, 2020

Segmen | Subscribe YouTuber & Follow Blogger Up Traffic

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca..

Hari ini saya join Segmen To Subscribe YouTuber & Follow Blog by Madam Caramel.. Saya sudah ada channel YouTube sendiri. Selama ni saya berfikir cara untuk promote YouTube channel saya. Saya dah letak di blog tapi masih belum menarik perhatian pembaca. Susah dapat Subscriber. Jadi melalui segmen ini saya berpeluang bertukar-tukar blog link dan YouTube channels serta menambahkan lagi followers blog ini.

Sesiapa yang ingin join boleh click banner di bawah : 
Subscribe YouTube Channel
Segmen To Subscribe YouTuber & Follow Blog by Madam Caramel

Madam Caramel meminta peserta beri komen mengenai blognya. 

Saya suka baca post tentang review, jenjalanjom dan food di blog Madam Caramel. Selain itu Setakat ini saya tiada takde komen apa-apa tentang blog Madam Caramel sebab saya sendiri tak berapa pandai menulis di blog. Semua ini dari atas tunjuk ajar mama saya.

Sesiapa nak join ada masa lagi sehingga 31 Oktober 2020.

Sekian sahaja, terima kasih.

Regards,



Share:

Sunday, October 25, 2020

Kuiz BSN Celik Kewangan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Pada hari Jumaat (23 Oktober 2020) lalu, guru kelas saya iaitu Cikgu Fizah ada menghantar mesej melalui WhatsApp Group menyuruh para pelajar menyertai kuiz yang dianjurkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). Kuiz tersebut berkenaan pengurusan wang dalam kehidupan. Kategori ini terbuka kepada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Oleh itu, sebentar tadi saya baru sahaja menjawab kuiz Celik Kewangan anjuran daripada BSN tersebut. Saya dapat tahu kuiz ini daripada guru kelas.

Apa yang saya perlu buat untuk menyertai kuiz ini?

Video BSN Celik Kewangan


Mula-mula saya dikehendaki menonton video Celik Kewangan di YouTube youtube berdurasi 4:32. Video tersebut memberi informasi mengenai pengurusan kewangan ideal. Selesai menonton video Celik Kewangan tersebut, saya dikehendaki menjawab sebanyak 10 soalan kuiz berdasarkan video tersebut. 

Saya agak berdebar semasa mula-mula menjawab kuiz tersebut kerana bimbang akan gagal.

Keputusan Kuiz BSN Celik Kewangan

Akhirnya, saya berjaya menjawab semua soalan dengan betul, syukur alhamdulillah. Guru kelas saya menyuruh suruh para pelajar menyertai membuat kuiz ini supaya dapat disenaraikan untuk menyenaraikan di dalam buku Pentaksiran Awal Jasmani, Sukan dan Kokorikulum (PAJSK). Ia dianggap sebagai salah satu daripada program kokurikulum.

Sijil Penyertaan Kuiz BSN Celik Kewangan

Ini adalah sijil penyertaan saya untuk diberi kepada guru kelas. Okay sampai di sini sahaja post blog saya kali ini.

Terima kasih sudi baca. 


Regards,



Share:

Saturday, October 17, 2020

Jurassic Research Center SkyAvenue GentingHighlands Best!

Ini cerita lama cuma lambat share dalam blog ni. Kali ini saya nak cerita tentang pengalaman saya ke Jurassic Research Center di Genting Highlands. Ia merupakan satu tarikan baru di SkyAvenue, Resort World Genting Highlands.    

Pada 19 September 2020 lalu, saya dan keluarga bercuti di Genting Highlands. Ia merupakan kali pertama saya menginap di hotel semasa ke Genting Highlands. Saya menghabiskan masa di Genting Highlands menaiki cable car, makan dan membeli-belah. Cuaca di sana agak sejuk.

Ripley's Adventureland

Share:

Sunday, August 16, 2020

Makanan Kegemaran Saya di Secret Recipe

Bersiaran saya hari ini.. Kali ini saya nak kongsi cerita makan-makan di Secret Recipe cawangan Metro Point Kajang. Minggu lalu (9.8.2020) saya sekeluarga berjalan-jalan ke Metro Point Kajang sebab dah memandangkan sudah lama tak tidak ke sana. 

Kami ke Metro Point Kajang untuk mengisi waktu terluang di petang Ahad. Shopping mall di situ tidak terlalu sesak dengan orang ramai, jadi kami boleh berjalan-jalan window shopping. Kebetulan kami masih belum makan tengah hari jadi mama mencadangkan supaya kami makan di Secret Recipe kerana banyak pilihan makanan yang sesuai mengikut citarasa masing-masing.

Lasagna di Secret Recipe

Apabila masuk ke Secret Recipe, kami diberi menu sebesar album gambar :). Perut sedang lapar, semua gambar makanan nampak sedap. Setelah kami semua sepakat, saya panggil waitress untuk membuat pesanan. Saya pasti akan memesan lasagna apabila ke Secret Recipe. Lasagna merupakan salah satu makanan kegemaran saya. 

It's me

Setakat ini, lasagna di Secret Recipe terlalu sedap berbanding di tempat lain. Hidangan lasagna di sini dimakan sekali dengan roti. Terdapat pilihan sos tomato dimasak bersama beef atau chicken. Pilihan saya tentulah beef. Saya recommend lasagna di Secret Recipe kerana tak kedekut cheese dan sos yang agak banyak hingga meleleh. Lapisan lasagna juga lembut dan tak cepat muak.

Golden crispy chicken & apple assam boi

Papa pula memesan Golden Crispy Chicken dan apple asam boi. Papa suka minum apple assam boi sebab rasanya masam-masam manis dan sesuai dimakan dengan makanan berminyak seperti chicken chop dan fries. 


Mushroom soup dan garlic bread

Ini pula makanan yang dipesan oleh mama iaitu mushroom soup dan garlic bread. Bukan itu sahaja, mama juga memesan Singapore laksa dan chocolate banana cake kongsi antara kami bertiga. Bak kata mama, kami kena makan banyak sebab ia akan membuatkan kita kenyang dan memberi tenaga untuk ber-shopping, hehehehe..


Chocolate banana cake by Secret Recipe

Sebenarnya saya teringin makan kek durian tetapi sudah habis. Jadi saya pun setuju untuk pesan chocolate banana cake.

Hot cafe latte for mama

Ini pula air kegemaran mama iaitu hot cafe latte. Mama kata sesiapa suka coffee dan tak suka manis sangat boleh cuba air ini. Pada pendapat saya, semua makanan di Secret Recipe sedap dan memenuhi citarasa saya cuma ada duit dengan takde duit sahaja tapi bergantung kepada pocket masing-masing juga kerana harga makanan yang agak pricey.

Okay, itu sahaja perkongsian saya untuk hari ni.
Terima kasih sudi baca dan support blog saya.



Regards,





Nota : Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna 
biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. 

Harap maklum. Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.
Share:

Monday, August 3, 2020

Review Laverland Crunch Crispy Seaweed Snack, Sedap atau Tidak?

Hari ni saya nak buat review tak berbayar salah satu snek kegemaran saya iaitu Laverland Crunch Crispy Seaweed Snack perisa Sea Salt. Saya nak kongsi review snack seaweed kegemaran saya dalam blog ini supaya sesiapa yang berminat boleh juga cuba.

Saya beli snack ni di FamilyMart Rasah Kemayan, Seremban 2 tapi saya lupa berapa harga sebungkus seaweed snack ni. Saya suka makan seaweed tapi tak banyak seaweed snack halal. Kebanyakkan product seaweed berasal dari Korea.

Laverland Crunch Sea Salt Crispy Seaweed Sanck

Laverland Crunch Crispy Seaweed Snack ini dikeluarkan oleh MANJUN FOOD USA. Syarikat ini mengeluarkan seaweed snack dan seaweed salad topping di bawah jenama Laverland Crunch.

Diperbuat dari bahan semulajadi, 0% Trans Fat, Sea Salt, 0% MSG dan Vegan

Saya suka snack ini sebab ianya dihasilkan dari bahan semulajadi, rasa masin air laut, tiada lemak tepu, tiada MSG, tidak menggunakan product haiwan dan bebas gluten.

Laverland Crunch by MANJUN FOOD

Makan satu bungkus tak cukup sebab sikit, lepas ni boleh beli berbungkus-bungkus untuk stock, hehehehe.

All Natural Korean Seaweed

Selain perisa Sea Salt semulajadi, ada perisa Wasabi dan Habanero. Perisa wasabi sesuai kepada siapa yang suka pedas. Saya tak suka wasabi sebab pernah terkena bila makan saya terbatuk-batuk dan susah bernafas. Sejak itu saya serik makan wasabi lagi.

Rupa Crisp Seaweed Snack 

Inilah rupa sekeping crispy seaweed snack jenama Laverland Crunch. Makan sekeping tak puas, kena cuba sebungkus baru best! Maknanya snack ini memang sedap. Lepas ni saya nak cuba perisa cili Habanero. Inilah cili Habanero :

Habanero Peppers

"The habanero is a hot variety of chili pepper. Unripe habaneros are green, and they color as they mature. The most common color variants are orange and red, but the fruit may also be white, brown, yellow, green, or purple. Typically, a ripe habanero is 2–6 cm long." - Wikipedia


Siapa teringin rasa Laverland Crunch Crisp Seaweed Snack boleh cari di supermarket besar seperti AEON atau FamilyMart yang menjual product import dari Korea atau beli secara online di Lazada dan Shopee.

Setakat ini sahaja post santai saya.
Jumpa lagi di post akan datang.
Terima kasih.



Regards,



Share:

Saturday, July 18, 2020

Hari Pertama Sekolah Semasa PKPP

HARI PERTAMA SEKOLAH SEMASA PKPP | Assalamualaikum semua pembaca blog ini. Saya harap semua sihat. Blog post kali ini saya akan menceritakan tentang hari pertama sekolah semasa Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP). Selepas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan tarikh sesi permulaan sekolah pada 15 Julai 2020, saya rasa tak sabar nak pergi sekolah. Bila lama sangat duduk di rumah saya mula rasa bosan, rindu dengan cikgu dan kawan-kawan.

Hari pertama sekolah semasa PKPP

Hari pertama tiba di sekolah pada pukul 7.05 pagi, terasa pelik dan tak biasa dengan norma baharu. Kali ini saya bersekolah mengikut Standard Operating Procedure (SOP). Dulu saya boleh makan di kantin tetapi kali ini saya makan di dalam kelas. Jarak meja pula seperti semasa peperiksaan. Selain itu saya mesti sentiasa pakai penutup muka dan kerap mencuci tangan. Mama juga beri saya sepaket tisu basah antibacterial untuk sanitize tangan. 

Saya gembira kerana jadual sekolah waktu persekolahan bermula dari pukul 7.45 pagi hingga pukul 12.05 tengah hari manakala pada hari Khamis balik pukul 12.45 tengah hari kerana menghadiri kelas Tasmik. Sebelum ini waktu persekolahan saya hingga pukul 3.30 petang kerana ada kelas tambahan persediaan UPSR.

Kadang kala selepas balik sekolah mama bawa saya ke AEON untuk beli makanan tengah hari. Saya dapat berjalan-jalan di shopping mall. Itu saja cerita saya tentang sesi persekolahan mengikut norma baharu. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.

Terima kasih sudi singgah dan baca cerita saya.

Singgah juga di YouTube saya kerana saya baru belajar edit video, ini post terkini :


Terima kasih :)



Regards,



Share:

Saturday, July 4, 2020

Smores Dip 3 Bahan Sahaja Tetap Sedap

S'MORES DIP 3 BAHAN SAHAJA TETAP SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca. Lama saya tak post cerita dalam blog. Saya sibuk buat kerja sekolah. Banyak kerja sekolah saya kena siapkan setiap hari.

Hari ini hujung minggu, mama tak kerja jadi saya boleh buat S'mores dip kerana resepi ini perlu menggunakan stove dan oven. Mestilah kena ada perlu pengawasan mama untuk gunakan peralatan memasak tersebut

S'mores dip 

Apa tu S'mores dip? Bila saya beritahu mama, mama pun tak tahu. Makanan bernama S'mores ialah sejenis snack tradisional untuk kanak-kanak yang dibuat semasa camping.

A s'more is a traditional camping snack that has been popular with kids—and their parents!— for years and years. Although many different varieties of s'mores have developed over time, the s'more is basically a sandwich of roasted marshmallows and chocolate between graham crackers.

Walau bagaimanapun, tiada siapa tahu dari mana nama asal-usul makanan / resepi ini seperti yang dinyatakan dalam article berikut:

No one knows for sure who invented the s'more. However, the first published recipe for "some mores" was in a 1927 publication called Tramping and Trailing with the Girl Scouts. Loretta Scott Crew, who made them for Girl Scouts by the campfire, is given credit for the recipe. - Sumber:  
www.wonderopolis.org/wonder/why-are-they-called-s-mores

Saya tiba-tiba teringin makan S'mores dip selepas melihat video resepi ini daripada di Instagram dan YouTube. Saya rujuk resepi dari channel YouTube bernama Haley D. Williams. Selepas saya tahu bahan-bahan membuat S'mores dip, saya pun meminta mama beli di AEON Seremban 2. Kebetulan mama cuti kerana ada urusan di pejabat post AEON pada hari Khamis lalu dan mama membenarkan saya ikut sekali ke AEON..

Siapa nak tahu, resepi S'mores dip sangat mudah, hanya  menggunakan 3 bahan sahaja iaitu 1 sudu butter, 2 keping coklat (jenama ikut kegemaran masing-masing) dan marshmallow. Sebelum beli marshmallow pastikan ada logo halal kerana selalunya marshmallow yang dijual kebanyakan tidak halal.

Marshmallow adalah ejaan yang sebenar bukan seperti ejaan dalam gambar. Sorry spelling error.
2 keping coklat saiz besar

Jom saya tunjuk cara-cara membuat S'mores dip ini berpandukan gambar-gambar berikut:

Mula-mula panaskan oven dalam pada suhu 200 darjah celcius. Potong coklat menjadi kepingan seperti dalam gambar. Resepi asal menggunakan coklat chips. Gunalah coklat apa pun janji coklat.


Potong coklat kecil-kecil seperti dalam gambar

Kemudian cairkan 1 sudu besar butter dalam baking tray atas stove dengan api kecil. Kalau api besar butter akan hangus.

Cairkan 1 sudu besar butter atas api kecil

Seterusnya masukan coklat. Kacau hingga semua coklat cair sekata. 

Masukkan coklat
Kacau hingga semua coklat cair

Apabila semua coklat dah cair padam api. Kemudian potong marshmallow kepada dua bahagian dan susun di atas coklat yang telah cair. 

Susun marshmallow yang telah dipotong kepada 2 bahagian di atas coklat cair
Kemudian, masukkan ke dalam oven

Selepas selesai susun marshmallow, letak dalam oven selama 5 hingga 10 minit. Bila nampak bahagian atas marshmallow mulai hangus, buka penutup oven dan off oven. S'mores dip sudah siap. 

Tunggu hingga permukaan marshmallow mulai hangus

Inilah hasilnya, S'mores dip.. Nampak sedap, yummy! 

S'mores dip

S'mores dip ni boleh dinikmati dengan makan begitu sahaja atau pun makan dengan biskut crackers.

S'mores dip
S'mores dip cair semasa panas
Lapisan marshmallow dan coklat

Setelah siap saya makan S'mores dip ini bersama mama. Mama kata : "Manis, ini makanan budak-budak tak sesuai untuk orang tua macam mama." hehehehe. Kalau guna coklat chips seperti resepi asal mungkin kurang manis.



S'mores dip ini sesuai dimakan apabila semasa breakfast dan tea time. Ini saya semasa tea time hari ini di mini garden untuk dapatkan feel makan makanan western lah katakan, hehehehe.

Siapa suka dessert boleh cuba S'mores dip ni. Akhir kata, kurangkan manis dalam masakan, lebihkan manis dalam senyuman, hehehehe

Okay ini sahaja cerita saya. Jumpa lagi dalam post akan datang.




Regards,



Share:

Sunday, June 21, 2020

Dapat Bermain Basikal Semula

DAPAT BERMAIN BASIKAL SEMULA | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Saya ingin kongsi cerita perasaan gembira dapat bermain basikal semula. Kalau pembaca nak tahu sebelum musim Covid-19 melanda, setiap petang saya akan bermain basikal di sekitar taman perumahan tempat tinggal saya. Jika hujung minggu begini, saya bermain basikal sambil teman mama gardening.


Saya dan basikal Garion kesayangan

Semasa saya menaiki basikal, saya berangan macam berangan-angan seolah-olah saya naik menaiki MotoGP dan pada masa yang sama saya membuat ulasan seorang diri seperti menjadi host pengulas sukan (tolong jangan gelak, hehehe). Pada awal Covid-19 melanda dunia sebelum PKP dilaksanakan, saya bersuka-ria menaiki basikal tetapi malangnya, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kita dilarang untuk berada di luar rumah tambahan pula kawasan taman perumahan saya pernah diisytiharkan zon merah.

Dah 3 bulan lebih saya duduk dalam rumah tak keluar ke mana-mana walaupun melepasi pintu pagar luar bermula dari cuti persekolahan pertengahan tahun (14 Mac2020 hingga kini). Apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan boleh merentas negeri, saya telah diberi kelonggaran oleh ibu bapa saya untuk keluar rumah bermain basikal sahaja. Saya masih tidak dibenarkan ke shopping mall, sedih. Kini saya rasa gembira dapat bermain basikal semula.

Pengalaman saya yang paling seronok menaiki basikal ialah bersama-sama cousin saya yang bernama Edica pada tahun lepas sewaktu cuti sekolah akhir tahun. Semasa itu saya tidak pandai lagi menaiki basikal saiz besar seperti dalam gambar di atas. Pembaca boleh lihat sendiri di lutut sebelah kanan terdapat parut jatuh menaiki basikal itu buat kali pertama, ada kesan sampai sekarang.

Sebut tentang basikal itu, ianya dibeli oleh mama. Mama hadiahkan basikal itu kepada saya kerana rajin mengulang kaji tanpa disuruh. Basikal ini jenama Garion, basikal ini juga jenis mountain bike. Saya berterima kasih kepada mama kerana membeli menghadiahkan saya basikal itu.

Walaupun PKP belum berakhir tapi saya dapat menunaikan hasrat itu.

Okay sampai di sini sahaja cerita saya dalam blog kali ini. Saya harap semua pembaca gembira membaca blog saya.

Terima kasih, bye..


Share:

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com