A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Friday, January 29, 2021

Beli Baju Baharu Di AEON Seremban 2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Ramai antara kita masih melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini. Akibat terlalu lama berkurung, macam-macam kenangan berjalan-jalan di shopping mall muncul dalam fikiran saya. Rindu dengan keadaan di mana kita boleh berjalan-jalan bebas ke mana sahaja tanpa SOP sebelum Covid-19 melanda. 

Jadi hari ini saya ingin nak menulis blog post semasa saya membeli pakaian baharu di AEON Seremban 2 pada 19 Disember 2020 lalu. Pagi itu saya tak jangka mama akan bawa saya pergi berjalan-jalan ke AEON. Al-maklum keadaan Covid-19 di Seremban ketika itu sangat membimbangkan iaitu masih zon merah. 

Shopping mall

Bila mama pelawa berjalan-jalan tentulah saya tak menolak. Pagi itu saya terus bersiap. Perjalanan dari rumah ke AEON Seremban 2 mengambil masa hanya 15 minit. Setelah tiba di pintu masuk AEON seperti biasa kami diarahkan mengimbas QR code MySejahtera dan mengambil suhu. 

Check in MySejahtera

Selepas itu kami menuju ke kedai alat tulis, Popular Bookstore. Mama ingin membeli stationery dan persiapan saya untuk sesi persekolahan 2021. Banyak juga alat tulis dan buku rujukan mama beli untuk saya. Selain itu saya juga beli komik kegemaran iaitu Bro, Don't Like That La, Bro : Back To School.

Selepas keluar dari Popular Bookstore, kami ke kedai pakaian. Saya ingin membeli baju baharu memandangkan baju yang ada sekarang banyak dah sempit.

Memilih baju baru

Mama menyuruh saya membeli beberapa helai baju kemeja dan T-shirt. Saya sangat gembira dapat memilih sendiri baju mengikut kegemaran saya.

Membeli-belah di AEON Seremban 2

Selepas ke kedai pakaian, kami terus ke Ground Floor menuju ke pintu keluar. Sambil berjalan-jalan saya melihat banyak kedai di sana sudah tutup. Antaranya kedai Speedy yang biasa saya beli CD juga sudah tutup.

Sedang berjalan-jalan, tiba-tiba saya tertarik dengan lukisan yang dipamerkan di hadapan kedai Speedy tersebut. Lukisan itu dilukis sempena kempen mencegah Covid-19 anjuran pihak pengurusan AEON Seremban 2.

Pameran lukisan Kempen Mencegah Covid-19 

Saya mengambil peluang untuk bergambar bersama lukisan-lukisan tersebut sebagai kenangan.

tealive di AEON Seremban 2

Sebelum balik saya beli tealive kerana tekak rasa dahaga. Saya pesan minuman jenis Bang Bang Milk Tea with brown sugar pearl. Itulah minuman kegemaran saya apabila ke tealive.

Masa untuk pulang ke rumah

Akhirnya tiba masa untuk pulang ke rumah. Mama pesan waktu ini tak boleh berlegar-legar di shopping mall tanpa tujuan. Pergi ke shopping mall hanya perlu, setelah selesai urusan kemudian balik.

Begitulah cerita saya membeli barang di AEON Seremban 2 ketika Covid-19. Walaupun singkat tapi saya gembira kerana dapat membeli baju baharu dan minum air boba kegemaran saya.

Itu sahaja cerita untuk blog post kali ini.
Ianya merupakan kenangan terindah untuk saya kongsi dalam blog ini.
Terima kasih sudi baca.


Regards,



Nota: 

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. 

Terus sokong blog saya. Saya sangat hargai sokongan dari pembaca.
Harap maklum.  Terima kasih.
Share:

Saturday, January 16, 2021

Anyaman Kelarai Tugasan Pendidikan Seni Visual Tahun 6

Hi, assalamualaikum.. Saya ingin kongsi cerita tentang tugasan yang cikgu beri sepanjang tempoh PKPB lalu. Semasa PKPB sebelum ini, cikgu ada beri kerja sekolah melalui applikasi WhatsApp. Setiap pagi saya akan bangun awal pagi dan kemudian baca WhatsApp untuk semak kerja sekolah cikgu bagi. 

Hari ini saya kongsikan tentang kerja sekolah Pendidikan Seni Visual (PSV) saya. 

Motif anyaman kelarai

Ini adalah anyaman. Cikgu suruh saya buat anyaman yang mempunyai motif atau bentuk berbentuk selain bukan anyaman biasa. Saya pun cari contoh anyaman di Google. Kemudian saya ikut motif bentuk anyaman seperti di atas.

Saya gunting kertas warna biru saiz 1cm
Lakar frame anyaman lebar 1 inci dalam kertas saiz A4, potong 1cm setiap jalur
Ambil kertas warna lain, saya guna warna hijau dan potong ikut bentuk. Saya buat bentuk hati. 
Tampal di atas anyaman 

Inilah hasil anyaman saya dengan tunjuk ajar mama. Saya tak pandai ukur dan gunting jadi mama ada bantu saya. Tugas saya buat anyaman ikut motif di Google. Tugasan ini dah siap tapi tak dapat serah sebab saya tak jumpa cikgu. 

Saya kongsi di sini sebagai kenangan dan rujukan kawan-kawan.
Itu sahaja untuk blog kali ini.


Regards,



Share:

Thursday, January 14, 2021

My First Giveaway by Blog Sal

Hi dan Assalamualaikum.. Hari ini saya ingin sertai segmen "My First Giveaway by Blog Sal". Saya jumpa giveaway ini secara kebetulan semasa saya kunjung balas blog sis NA. Kebetulan post terkini sis NA tentang penyertaannya dalam giveaway ini. Semoga ada rezeki sis NA dalam giveaway ini.

My First Giveaway by Blog Sal

Syarat-syarat penyertaan giveaway ini sangat senang :

1. Follow blog Sal, dah lama saya follow.
2. Buat entry "My First Giveaway by Blog Sal" macam saya buat sekarang. 
3. Copy dan paste poster di atas dalam entry dan backlink ke Blog Sal dalam entry giveaway.
4. Letak link entry penyertaan di Blog Sal dalam entry giveaway.

Tarikh TAMAT Giveaway : 8 Februari 2021, 11.59 pm.
Jom kita sama-sama meriahkan "My First Giveaway by Blog Sal" ini.
Semoga ada rezeki anda dalam giveaway ini.


Regards,



Share:

Tuesday, January 12, 2021

Pemulangan Buku Teks Selepas Tamat Sekolah Rendah

Hi dan Assalamualaikum semua.. Kembali lagi bersama saya di blog ini. Kali ini saya ingin bercerita tentang hari terakhir saya bersekolah di sekolah rendah. Pada 17.12.2020 lalu merupakan hari terakhir saya ke sekolah rendah. Pada hari itu, sesi pemulangan buku teks tahun 6 Jujur. Guru Kelas telah menghantar mesej melalui group WhatsApp 6 Jujur mengingatkan kepada semua pelajar untuk kumpul semua buku-buku teks, ikat dan senaraikan semua buku teks yang ada. Pelajar yang hilangkan buku teks perlu bayar harga buku yang hilang itu. Alhamdulillah, semua buku teks saya lengkap.

Pemulangan Buku Teks Sekolah

Guru Kelas juga ada mengemukakan Carta Alir Penyerahan Folder Sijil Murid & Pemulangan Buku Teks Tahun 6 2020 untuk dipatuhi supaya proses berjalan lancar. Ketika Covid-19 ini semua kena patuh kepada SOP.

SOP Pemulangan Buku Teks Sekolah

Saya pergi ke sekolah dengan papa. Saya masuk dahulu ke sekolah untuk urusan pemulangan buku teks manakala papa masuk ke sekolah selepas saya keluar. Papa ke pejabat sekolah untuk menguruskan penempatan sekolah menengah saya. 

Hari terakhir di sekolah rendah

Hari terakhir saya di sekolah ini sebagai pelajar sekolah rendah. Ketika itu, saya tak berjumpa dengan kawan lama sekelas sebab mereka datang pada waktu yang berbeza. 

Sedih meninggalkan sekolah rendah

Selepas pemulangan buku teks, saya dapat semula sijil-sijil sepanjang penglibatan saya dalam aktiviti di sekolah rendah. Ada antara sijil utama saya aktiviti di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. 

Sekolah rendah saya

Cepat sungguh masa berlalu, sudah 6 tahun saya berada di sekolah ini. Saya rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan sekolah ini. Sebenarnya saya sendiri tak faham perasaan saya ketika ini sama ada happy atau sedih. Saya gembira dan rasa tak sabar nak sekolah menengah, tapi saya pun sedih dan tak sampai hati lagi nak bila terpaksa tinggalkan sekolah ini. Begitulah perasaan saya, susah nak explain.

Begitulah cerita hari terakhir saya di sekolah rendah. Maka tahun 2020 secara rasmi saya tamat sekolah rendah. Saya cerita di sini sebagai kenangan terindah. 

Terima kasih tak terhingga kepada semua guru yang mengajar saya di sekolah ini. Jasa guru memang tak dapat saya balas. 

Okay, terima kasih sudi baca dan jangan lupa tinggalkan komen anda supaya saya dapat ke blog anda.



Regards,


Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.
Share:

Sunday, January 10, 2021

Nike Court Borough Low 2 Review Kasut Baru Saya


Hi dan Assalamualaikum semua.. Blog post kali ini saya ingin cerita tentang kasut baru saya. Sebelum ini saya pernah cerita tentang salah satu kegemaran saya ialah mengumpul kasut idaman. Saya mula sudah minat dengan kasut idaman apabila menonton tengok satu YouTube channel FZHD. YouTube channel FZHD banyak berkongsi tentang review kasut yang saya suka. 

Kebetulan pula kasut lama saya Vans Old School sudah sempit. Masih ingat kasut lama saya, Vans Old School? Saya pernah kongsi cerita tentang kasut itu DI SINI. Pada awalnya, saya tak perasan kasut tersebut sempit sebab lama tak keluar berjalan-jalan. Hari itu, ibu bapa saya ingin keluar berjalan-jalan. Apabila saya sarung kasut lama tersebut baru saya perasan sempit dan kaki saya sakit.

Jadi mama terus bawa saya mencari kasut baru. Saya minta papa belikan saya kasut jenama Nike jenis Court Borough Low 2. Itulah kasut idaman saya kali ini. Dah lama saya kumpul duit untuk beli kasut ini tapi masih belum cukup sebab lama tak sekolah. Saya kumpul duit dari duit belanja sekolah. 

Nike Court Borough 

Jadi pada 26.12.2020 lalu, saya sekeluarga ke Mesa Mall di Nilai. Sebelum itu kami ke AEON Nilai tetapi kasut itu tiada. Kasut Nike Court Borough Low 2 ini memang rare jadi susah dapat di pasaran sekarang.

Scan MySejahtera jangan lupa

Masuk sahaja ke Mesa Mall kami terus menuju ke Original Classic. Saya berdebar sebab risau kasut ini juga tiada di sini. Alhamdulillah ada rezeki saya. Perasaan saya sangat gembira dan  tak sabar menyarung kasut baru. 

Sebelum beli kasut baru posing dengan kasut sempit

Beginilah design kasut Nike Court Borough Low 2. Kasut ini ilham dari bola keranjang retro. Saya memilih kasut ini kerana dalam kasut lembut dan selesa selain lagi satu ianya trendy. Dapat sahaja kasut, lepas bayar saya terus pakai.

Gambar kasut seterusnya saya tunjuk secara dekat dan terperinci. 

Nike Court Borough dari pandangan sisi
Nike Court Borough dari pandangan hadapan 
Nike Court Borough dari belakang
Simbol Nike warna putih di belakang kasut
Tapak kasut Nike Court Borough
Description kasut Nike Court Borough pada kotak

Untuk pengetahuan, harga asal kasut ini RM175.00 tetapi selepas diskaun 5% harga beli RM166.25. 

Yeayyy gembira dapat bergaya dengan kasut baru.. 

Bergaya dengan kasut baru

Sebelum keluar dari Mesa Mall haruslah bergambar sebagai kenangan..

Happy dapat kasut baru

Inilah cerita tentang kasut baru saya jenis Nike Court Borough Low 2 (GS). Saya kongsi cerita ini sebagai kenangan dan mungkin boleh dijadikan rujukan sekiranya ada yang berminat.

Saya juga ada buat video di YouTube untuk review kasut baru saya ini :


Okay sampai di sini sahaja blog post saya kali ini.
Terima kasih sudi baca dan jangan lupa tinggalkan komen supaya saya dapat ke blog anda.


Regards,



Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.
Share:

Saturday, January 2, 2021

Cabaran Memohon Kad Pengenalan Ketika Pandemic Covid-19

Hi, assalamualaikum semua.. Hari ini saya ingin cerita tentang cabaran memohon kad pengenalan ketika pandemic Covid-19. Pada 14 Mei 2020, umur saya genap 12 tahun. Jadi sudah sampai masa saya perlu memohon kad pengenalan. Pada ketika itu, perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) mula berkuatkuasa di kawasan saya. Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berdekatan kawasan saya ialah di UTC Ampangan.    

"Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan bertaraf Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya." - dipertik dari portal Jabatan Pendaftaran Negara 

Pada awalnya selepas sambutan hari lahir saya ke- 12, saya dan papa telah ke UTC Ampangan tetapi kami tidak dibenarkan masuk. Walaupun PKPP, ketika itu Ampangan diisytihar zon merah, jadi UTC Ampangan terpaksa ditutup sementara. Hal ini menyebabkan permohonan kad pengenalan saya lewat hingga 3 bulan. Sebelum ke sana, mama telah melayari website JPN untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan kad pengenalan terutama sekali syarat-syarat permohonan khas semasa pandemik Covid-19. 

Website JPN 

Syarat-syarat permohonan kad pengenalan bagi umur 12 tahun seperti berikut:

1. Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
2. Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur iaitu Ibu dan Bapa, atau Penjaga (Penjaga adalah datuk dan nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
3. Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
4. Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan.
5. Sekiranya Penganjur adalah selain daripada kategori di atas perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.

Permohonan janjitemu perlu dibuat dalam talian telebih dahulu. Apabila permohonan janjitemu telah diluluskan, slip perlu dicetak dan dibawa semasa ke UTC Ampangan. Oleh itu, saya ke UTC Ampangan sekali lagi pada 21 Ogos 2020. 

MySejahtera JPN di UTC Ampangan

Sebelum kami masuk ke bangunan UTC Ampangan, guard di sana bertanya tujuan kami ke situ. Mama tunjuk slip MyJanjiTemu JPN, tanpa soalan lanjut kami dibenarkan masuk tetapi sebelum itu seperti biasa scan MySejahtera dan check suhu. 

Nombor giliran

Kami terus ke kaunter JPN untuk mengisi borang JPN.KP01 dan mendapatkan nombor giliran. Nombor giliran saya 1055, jadi saya perlu tunggu 15 orang lagi sebelum tiba giliran saya.  

Giliran saya

Setelah penat menunggu, akhirnya tiba giliran saya. Mama menyerahkan semua dokumen-dokumen berkaitan permohonan kad pengenalan kepada pertugas kaunter. Petugas kaunter menyemak dokumen-dokumen tersebut dan saya menunggu di hadapannya dengan penuh debaran, dup dap dup dap.

Semasa membuat permohonan kad pengenalan untuk umur 12 tahun, jangan lupa bawa dokumen-dokumen berkaitan seperti:

1. DOKUMEN PEMOHON (asal)
- Sjil kelahiran atau Sijil Anak Angkat atau Sijil Warganegara atau Pengesahan Taraf Warganegara atau Borang Warganegara atau Lampiran A (JAKOA)
- Pasport bagi pemohon yang menetap di luar negara.

2. DOKUMEN PENGGANJUR (asal)
- Kad Pengenalan Penganjur (Ibu atau Bapa atau Penjaga)
- Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan, perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebaajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.
- Pasport negara asal Penganjur bagi yang Bukan Warganegara.

3. DOKUMEN SOKONGAN 
- Sekiranya alamat tidak selaras dengan alamat Penganjur, perlu mengemukakan Bil elektrik / bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan / perjanjian jual beli rumah, perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu / Ketua Kampung / Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan / Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL atau SALINAN YANG DISAHKAN). 

Mama membantu saya memakai vest hitam

Saya diarahkan memakai vest warna hitam yang disediakan di situ kerana saya diberitahu oleh petugas kaunter bahawa baju warna kelabu yang saya pakai tidak jelas dalam gambar kad pengenalan saya nanti. 

Resit rasmi permohonan kad pengenalan

Selesai sudah permohonan kad pengenalan saya. Kad pengenalan saya ready dalam tempoh 1 jam. Selepas 1 jam, saya perlu ke kaunter pendaftaran JPN untuk menuntut kad pengenalan yang dah siap. Sekarang saya dah ada kad pengenalan. Walaupun lewat 3 bulan tetapi saya tidak dikenakan denda kerana belum mencapai umur 13 tahun. 

Untuk makluman pembaca, denda akan dikenakan dalam situasi berikut:
dari portal JPN

Begitulah cerita tentang Cabaran Memohon Kad Pengenalan Ketika Pandemic Covid-19, tempuh dua kali permohonan, tempoh menunggu yang lama, sentiasa peka dengan penjarakan sosial ketika berada di tempat umum, nombor giliran terhad dan lain-lain lagi. Syukur semua sudah berakhir.

Terima kasih sudi baca. Kita jumpa lagi di lain cerita.
Bye..


* Entri post ini hasil idea saya tetapi telah dipinda oleh mama selaku Admin Blog ini untuk mengelakkan salah info atau bagi mendapatkan penjelasan yang jelas / tepat mengenai permohonan kad pengenalan. Harap maklum. Terima kasih.


Regards,



Share:

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com