A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Sunday, March 28, 2021

Bermula Kisah Chloe & Fluffy

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog saya.. Kali ini saya ingin cerita tentang Chloe and Fluffy. Tajuk post ini 'Bermula Kisah Chloe dan Fluffy' mengenai bagaimana akhirnya saya dapat memelihara kucing.

Saya minat sangat untuk memelihara kucing selepas mengikuti kisah inspirasi "A Street Cat Named Bob" di YouTube. Saya dah lama teringin pelihara kucing tetapi mama saya tak benarkan. Mama kata sepanjang mama dibesarkan mama tak penah pelihara kucing. Mama kata harga kucing mahal nanti bila saya tak pandai jaga, kucing akan mati dan membazir dengan membayar harga itu. Saya akur dengan keputusan mama.

Tetapi semasa saya pulang ke kampung minggu lalu kerana datuk saya sakit tenat (doakan supaya datuk saya kembali sihat dan dipermudahkan urusan, aaminn), mama ada cerita dengan aunty saya tentang minat hasrat saya ingin memelihara kucing. Aunty saya menawarkan kucing yang dipelihara oleh nenek sepupu saya. Nenek sepupu saya memelihara banyak kucing dan sanggup memberi saya 2 ekor kucingnya. Saya nak seekor sahaja tetapi nenek sepupu saya kata kena bela 2 ekor untuk teman. Kedua-duanya betina.

Apabila dipujuk oleh aunty saya, akhirnya mama saya setuju untuk membawa pulang 2 ekor kucing tersebut. Saya sangat gembira..

Chloe and Fluffy

Inilah kucing saya. Mama tertarik dengan salah seekor kucing saya. Mama beri nama kucing itu Chloe iaitu nama jenama beg tangan, jadi mama ingin memelihara Chloe manakala Fluffy milik saya tetapi kami pelihara bersama-sama. Chloe berumur 4 bulan manakala Fluffy berumur 6 bulan. Pada mulanya Chloe dan Fluffy sangat garang dan takut tetapi apabila saya beri makan kedua-duanya mulai jinak.


Perjalanan ke klinik veterinar

Hari ini genap seminggu kedua-duanya berada di rumah saya. Mama telah buat temujanji dengan klinik veterinar untuk pemeriksaan kesihatan Chloe and Fluffy. 


Tiba di klinik veterinar

Chloe dan Fluffy di dalam carrier

Chloe dan Fluffy tak senang duduk semasa di klinik veterinar. Bukan sahaja kedua-duanya tak senang duduk tetapi saya pun sama. Perasaan saya berdebar-debar kerana tak tahu apa yang akan berlaku kepada kedua-duanya.

Tiba giliran kedua-dua kucing saya untuk pemeriksaan.

Klinik veterinar

Mula-mula giliran Chloe kerana Chloe masih kecil. Chloe sangat tenang dan tak gelisah berbanding Fluffy.

Chloe untuk pemeriksaan kesihatan

Hai, saya Chloe

Doktor telah memeriksa Chloe. Chloe sihat dan cergas. Chloe telah divaksin dan temujanji akan datang pada 28.04.2021 nanti.

Tiba pula giliran Fluffy. Doktor menimbang dan mengambil berat badan Fluffy. Doktor memeriksa kesihatan Fluffy. 

Fluffy semasa pemeriksaan kesihatan

Fluffy tak senang duduk

Begitulah bermula kisah kucing kesayangan saya. Saya masih banyak tak tahu tentang kucing, jadi saya perlu mencari makumat tentang cara memelihara kucing.

Saya harap pembaca yang mempunyai minat memelihara kucing seperti saya boleh memberi tunjuk ajar dan panduan bagaimana memelihara kucing supaya terus sihat dan ceria.

Setakat ini sahaja cerita saya tentang Chloe dan Fluffy. 
Terima kasih sudi baca. Kita jumpa lagi di post akan datang.


Regards,



Share:

Sunday, March 14, 2021

Baca Buku Dapat Reward

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua.. Hari ini saya nak cerita tentang Baca Buku Dapat Reward. Ini bukan tajuk kempen membaca tetapi cara mama saya menggalakkan saya membaca buku ilmiah. 

Pada awalnya saya tanya ibubapa saya bagaimana cara saya dapat upah sepanjang duduk di rumah? Saya selalu menabung dari duit belanja sekolah untuk membeli barang-barang dalam wish-list saya. Bila tak sekolah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya tak dapat tambah wang simpanan sebab tiada duit belanja sekolah. 

Baca buku dapat reward

Jadi mama cadangkan saya membaca koleksi buku-buku yang ada di rumah. Mama akan bagi saya RM5.00 ringgit setiap satu buku yang saya baca. 

Buku Rekod Bacaan Nilam

Apabila saya habis membaca sesebuah buku, saya akan tulis sebagai rekod bacaan. Buku Nilam ini sebagai bukti saya habis membaca buku tersebut, tak boleh tipu-tipu. 

Buku Rekod Bacaan Nilam ini mama beli di Shopee pada bulan Disember 2020 lalu.


Buku pertama saya baca bertajuk Jadi 'Cool' + Positif - Psikologi Suka-Suka


Buku ini ditulis oleh : Pasar Cetak
Penerbit buku : Buku Prima
Sinopsis : Buku ini mengajarkan kita cara menyelesaikan masalah, menjadi cool dan tips untuk move                     on dari kegagalan. Buku ini sangat baik sesuai dan khas untuk golongan remaja.


Buku kedua : Jangan Percaya Sesiapa dan Persoal Segalanya - Trust No One


Buku ini ditulis oleh Jerry D. Gray.
Penerbit : PTS Sdn. Bhd.
Sinopsis : Buku ini menceritakn tentang misteri-misteri yang tak dapat dirungkai seperti kehilangan                         pesawat MH370 dan banjir di Acheh. Buku ini bagus untuk menambah pengetahuan bagi   
                 kepada sesiapa mereka yang suka gemar membaca buku tentang kisah misteri.


Saya akan baca 2 buku seminggu kemudian habiskannya sebelum tidur atau mengisi pada masa lapang.

Untuk pengetahuan pembaca, di rumah saya terdapat koleksi buku-buku terletak dalam almari di ruang tamu. Selain kami, sesiapa yang datang berkunjung ke rumah saya boleh membaca buku-buku tersebut. 

Koleksi buku-buku

Dari reward tersebut saya boleh beli barang yang saya nak ingin saya beli. Saya telah senaraikan wish-list saya di buku junk journal. Dalam buku tersebut di situ ada tempat ruang untuk saya tulis wish-list. Wish-list nanti tersebut saya akan buat di blog post lain. 

Setakat ini saya sudah telah membaca buku sebanyak 12 buah buku. Mungkin akan datang saya akan buat blog post tentang setiap buku yang saya baca. Siapa yang suka baca buku kita geng. 

Okay sampai di sini sahaja blog post kali ini.Terima kasih sudah singgah membaca blog post saya. Kita jumpa lagi dalam post akan datang. Bye..


Regards,



Share:

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com