REVIEW : RESTORAN KAKI KAMBING 66 | Don't under estimate the power of kaki kambing hehehe.. First of all terima kasih sudi singgah di blog saya.. Post kali ini saya nak buat review tentang Restoran Kaki Kambing 66 yang terletak di Jalan Idaman Villa 1A, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Restoran Kaki Kambing 66 |
Sejak saya berumur 12 tahun, saya tahu tempat ni tapi baru sekarang parents saya datang makan di sini.. Ini kerana mama belum terbuka hati untuk makan di sini risau dihidangkan kaki kambing.. Mama sangat particular bab makanan so saya akur dengan keputusan mama..
Hari ini bila mama tiba di rumah pulang dari pejabat, mama beritahu saya ingin makan malam di Restoran Kaki Kambing 66.. Saya agak terkejut sebab tiba-tiba mama ubah pendirian. Mama kata kawan mama dah pergi makan dan ternyata sedap so mama nak cuba sendiri.
Maka hari ini saya makan malam di sini bersama keluarga.. First impression ketika sampai keadaan restoran biasa sahaja, tiada yang menarik dari segi hiasan. Tambahan pula orang tak ramai, saya agak cuak.. Betul kaa sedap?
Bila kami dapat menu, saya agak terkejut kerana pelbagai jenis makanan ada di sini.. Kawan mama recommend nasi lemak ayam goreng berempah dan sup kambing.. Of course makanan berasaskan kambing sebab nama pun Restoran Kaki Kambing kann...
Saya pesan nasi lemak telur mata sebab tak terasa sangat nak makan berat..
Nasi lemak telur mata |
Papa pesan nasi lemak ayam goreng berempah..
Nasi lemak ayam goreng berempah |
Sementara mama pesan set sup gearbox kambing.. Set ni beserta nasi dan ulam..
Sup gearbox kambing |
Nasi putih, ulam dan sambal |
Minuman pula saya pesan horlick ais manakala papa dan mama teh ais..
Bila makanan sampai, saya rasa sesudu nasi, memang sedap. Nasi lembut, terasa santan dan secara spontan saya kat wow sedap.. Papa pun cakap sedap. Saya makan ayam goreng berempah papa pesan, garing dan rasa rempah meresap dalam daging ayam.. Fuh mantap!
Saya pun rasa sup gearbox memang sedap, cukup segala rempah, langsung takde bau kambing.. Daging kambing yang melekat pada tulang mudah ditarik dengan garfu, lembut.. Overall saya recommend restoran ini untuk pembaca datang dan cuba sendiri..
Untuk maklumat lanjut boleh juga search di Google baca review dari pengunjung restoran sebelum ni.. Kebanyakkan review rate 5 bintang..
Berikut antara review yang dinyatakan:
Review Restoran Kaki Kambing 66 di Google |
Untuk makluman restoran ini dibuka pada pukul 12.30 tengah hari dan tutup pada 10.00 malam - sila check waktu operasi dari semasa ke semasa.. Jadi andai ada di antara pembaca ingin cuba makan di sini sangat dialu-alukan.. Kena cuba sendiri baru puas hati terutama kepada penggemar daging kambing..
Boleh repeat lain kali tambahan pula dekat dengan rumah saya.. Okay sekian sahaja post saya kali ini.. Jumpa lagi di lain kali.
Regards,