A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Tuesday, August 31, 2021

Check-in Family Mart dan Tealive Semasa Hari Merdeka ke-64

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini. Kita berjumpa lagi dalam edisi Merdeka. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Malaysia telah menyambut Hari Kemerdekaan ke-64 pada 31 Ogos 2021. Oleh kerana pandemic, Hari Kebangsaan disambut secara sederhana tetapi meriah di setiap negeri. Saya nampak banyak Jalur Gemilang berkibar di premis perniagaan dan di kawasan kediaman.


Kredit kepada The Inspirasi

Sempena sambutan Hari Merdeka, saya keluar bersiar-siar menaiki kereta bersama keluarga. Untuk pengetahuan pembaca, Negeri Sembilan sudah masuk ke Fasa 2, jadi terdapat kelonggaran untuk merentas daerah. Kapasiti penumpang juga boleh melebihi 2 orang.

Kami tidak pergi ke tempat sesak sebaliknya ibubapa saya menunaikan permintaan saya untuk membeli minuman di Tealive dan makanan di FamilyMart. Saya memilih FamilyMart dan Tealive yang terletak di Pusat Komersial Rasah kerana ianya agak jauh sedikit dari rumah. 

Check-in Tealive

Sudah lama saya teringin minuman Tealive yang dibeli sendiri. Sebelum ini saya kirim mama apabila semasa mama ke pejabat. 

Beratur menunggu giliran di Tealive

Saya membeli minuman jenis Tealive Bang Bang Oatsem kerana saya ada terlihat di YouTube dan menonton ternampak satu channel review Tealive Oatsem. Pada awalnya saya mahu membeli original flavor yang selalu saya minum iaitu Signature Brown Sugar Pearl Milk Tea tapi saya tukar fikiran.

Tealive Bang Bang Oatsem

Ini kali pertama saya mencuba minuman tersebut. Pada pendapat saya rasa Tealive Bang Bang Oatsem tak terlalu manis berbanding Signature Brown Sugar Pearl Milk Tea. 

Setelah membeli minuman di Tealive, saya menuju ke FamilyMart yang terletak sebaris dengan Tealive.

Check-in FamilyMart

Saya rasa terlalu lama tidak pergi ke FamilyMart. Saya masih ingat semasa saya bersekolah di Seremban 2, mama akan singgah ke FamilyMart apabila mengambil saya pulang dari sekolah hampir setiap minggu terutama hari Jumaat untuk memberi makanan atau snek kegemaran saya.

Membeli makanan di FamilyMart

Kali ini saya baru repeat ke FamilyMart.. Saya terus ambil bakul kerana saya nak beli banyak makanan di sini. Saya suka makan snek tengah malam.
 
Ready-to eat meal di Family Mart

Rambang mata apabila melihat banyak makanan di rak. Tak tahu nak pilih mana satu. 

Desert di FamilyMart

Saya selalu beli aiskrim dan Oden tapi kali ini saya teringin makan Onigiri, beberapa jenis snek dan minuman untuk stok di rumah. 

Pelbagai jenis Onigiri

Onigiri (Hiragana: おにぎり, Kanji: 御握り) adalah nama Jepun bagi makanan berupa nasi yang dipadatkan atau dikepal sewaktu masih hangat sehingga berbentuk segi tiga, bulat, atau seperti karung beras. Dikenali juga dengan nama Omusubi, istilah yang kononnya digunakan oleh wanita di istana maharaja untuk menyebut Onigiri. Onigiri dimakan dengan tangan, bukan dengan penyepit. - Wikipedia
Onigiri pilihan saya

Saya pusing keliling setiap rak sampai puas hati untuk pastikan tiada lagi yang ingin dibeli. Selepas itu saya buat bayaran di kaunter.

Selepas hampir 4 bulan berkurung di rumah, sesekali keluar begini saya rasa gembira. Cepatlah Covid-19 pergi, saya rindu kehidupan sebelum ini.. Saya rasa pembaca pun sama seperti saya. 

Sekian sahaja cerita saya. Jangan lupa tinggalkan komen anda tanda anda singgah di sini.
Terima kasih sudi baca. 


Regards,

Share:

Monday, August 9, 2021

Persediaan Menyambut Tahun Baru 1443 Hijrah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Blog post kali ini mama suruh saya buat post mengenai persediaan menyambut Tahun Baru 1443 Hijrah memandangkan esok kita akan menyambut tahun baru dalam kalendar Islam iaitu 1 Muharam 1443 Hijrah atau Awal Muharram. 

Mama suruh saya cari dan baca article mengenai maksud Awal Muharram atau Maal Hijrah, peristiwa sempena Awal Muharram dan amalan sunnah yang baik dibuat dalam bulan Muharram. Jadi saya kena tulis maklumat tersebut dan kongsi di sini sebagai nota dan kongsi bersama pembaca semua.

Mekah

Apa yang saya ingat masa belajar ustazah saya pernah beritahu, perkataan hijrah bermaksud 'perpindahan' iaitu perpindahan orang Islam dari Mekah ke Madinah bermula pada 1 Muharram iaitu tarikh tahun baru bagi umat Islam. 

Peristiwa Hijrah Rasulullah

Tahun Hijrah adalah tahun Islam yang dikira sempena peristiwa perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah pada 16 Julai 622 Masihi.

Orang pertama yang berhijrah ke Madinah ialah Abu Salamah bin Abd al-Asad. Rombongan pertama yang berhijrah seramai 70 orang. Mereka berhijrah dalam kumpulan kecil supaya tidak diketahui oleh orang Musyrikin Mekah.

Tujuan Penghijrahan adalah untuk memastikan kejayaan orang Islam dari segi agama, moral, sosio-ekonomi dan politik.

Saya baru Google untuk tahu tema sambutan Maal Hijrah tahun 1443H / 2021M peringkat kebangsaan ialah "Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti".

Selain dari memahami nilai murni dari peristiwa penghijrahan Rasullullah, saya juga mengambil kesempatan sempena Tahun Baru Islam ini untuk menanam azam, berubah dengan meninggalkan perkara yang tidak baik menjadi lebih baik. Sebelum ni saya suka tangguh belajar, saya mula berazam untuk rajin belajar dan buat ulangkaji. 

Ustazah saya pernah berpesan, sempena menyambut Awal Muharram kita digalakkan untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun. 

Bacaan Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun Hijrah

Doa akhir tahun dibaca sebelum masuk waktu solat Maghrib seelok-eloknya pada waktu Asar hari ini, 9 Ogos 2021 manakala doa awal tahun dibaca selepas solat Maghrib iaitu pada malam 10 Ogos 2021 (malam Awal Muharram).

Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun Hijrah



Amalan Sunnah Bulan Muharram

Apa yang saya baca banyak amalan sunnah boleh dibuat dalam bulan Muharram.

Dipetik dari hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, ertinya : 
"Seseorang datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya, setelah bulan Ramadhan puasa di bulan apa yang lebih afdhal? Nabi SAW menjawab : "Puasa di bulan Allah iaitu bulan yang kalian sebut dengan Muharram. - HR. Ibnu Majjah 
Saya tulis di sini supaya saya ingat untuk puasa sunat Hari Asyura, 10 Muharram bersamaan 19 Ogos 2021. Kelebihan puasa pada 10 Muharram adalah penghapusan dosa setahun yang lalu. 

Amalan puasa sunat ini boleh dibuat pada 8, 9 dan 10 Muharram sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah ra, Rasulullah SAW bersabda, ertinya:
"Aku berharap pada Allah dengan puasa Asyura ini dapat menghapus dosa selama setahun sebelumnya." - H.R Bukhari dan Muslim.
Ibnu Abbas ra juga berkata : "Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW berupaya keras untuk puasa pada suatu hari melebihi yang lainnya kecuali pada hari ini, iaitu as Syura dan bulan Ramadhan." - H.R. Bukhari dan Muslim.
Begitulah hasil pembacaan saya yang telah dirumus oleh mama. Setelah membaca dari banyak sumber, saya dapati maklumat ini sangat berguna kepada saya. Semoga ianya juga bermanfaat kepada pembaca semua. Salam Maal Hijrah saya sekeluarga ucapkan kepada semua pembaca.

Terima kasih sudi singgah.


Regards,



Share:

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com