A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Thursday, April 30, 2020

Terapi Muzik

TERAPI MUZIK | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Salam Sayang Anak yang baik lagi cerdik kata Cikgu Bimbingan dan Kaunseling sekolah saya melalui applikasi WhatsApp

Helllooooo...  

Apa khabar anak-anak yang disayangi dan dirindui. Alhamdulillah dan syukur kita masih diberikan kesihatan yang baik. Cikgu kongsi Info / Motivasi untuk hari ini tentang 7 jenis terapi yang boleh diamalkan di rumah bersama keluarga, terapi pertama TERAPI MUZIK.

Terapi Muzik
Saya pun suka dengar muzik sambil membaca komik atau ketika waktu lapang. Betul apa yang cikgu kata, mendengar muzik dapat menenangkan jiwa. Saya suka dengar lagu dari Alan Walker, Marshmello dan beberapa artis lain.

Cikgu ada beritahu terdapat 6 lagi terapi lain selain muzik tapi cikgu kata STAY TUNED FOR NEXT THERAPY... Hurrrrmmm kita bersambung. Jumpa lagi dalam entri akan datang.

#LoveUrself
#KeepPositifguys
#StayAtHome 
#staysmileandhappy 
#UnitBimbingandanKaunseling



Regards,



Share:

Wednesday, April 29, 2020

Deko Bilik Tidur Saya

DEKO BILIK TIDUR SAYA | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Kali ini saya nak cerita tentang saya pindah bilik tidur dengan tak sengaja terus jadi bedroom makeover. Dah lama saya impikan susunatur bilik tidur menarik mengikut kesukaan citarasa saya.

Sebelum ini ruang bilik tidur saya terhad. Saya tak dapat susun ikut kesukaan citarasa saya sendiri disebabkan ruang bilik tidur saya bentuk memanjang. Katil saya terpaksa diletakkan di bahagian yang sama dari mula pindah sampai sekarang. Saya tak boleh ubah melintang atau ke bahagian-bahagian lain. Susah saya nak jelaskan di sini, hehehe tapi hanya saya saja boleh faham perasaan tak best itu.

Jadi semalam saya bincang dengan mama untuk tukar bilik. Bilik yang ingin saya tukar itu adalah seperti home office mama untuk di mana mama habiskan masa membaca, buat rujukan, assignment, blogging, create planner, craft dan koleksi beg tangannya juga disimpan di bilik itu. Tak sangka mama setuju dengan cadangan saya untuk tukar bilik.

Selepas berbuka puasa dan solat, kami bertiga bergotong-royong mengangkat perabot dan katil yang ada di kedua-dua bilik berkenaan. Papa buat kerja lebih, saya dan mama tolong sikit-sikit jer, hehehe

Dekorasi bilik tidur bujang

Jom saya buat tour bilik tidur saya selepas pindah. Inilah keadaan bilik tidur saya selepas makeover. Saya suka sangat dengan susun atur sekarang, tak serabut lagi. Bila buka pintu sebelah kiri katil saya. Maaf sarung bantal dan bolster bercorak bunga sebab masih belum beli set cadar baru yang sesuai.

Koleksi Lego
Tripod stand

Di sebelah katil saya ada sebuah almari dengan 3 laci. Di atas almari tersebut saya letak koleksi Lego dan tripod stand saya.

Kotak kasut kesayangan dan paperbag Smiggle 

Pada bahagian kaki katil ada sebuah rak buku jenis Kallax beli di Ikea. Bahagian atas rak tersebut saya letak kotak kasut Nike iaitu jenama kasut kegemaran saya. Dalam kotak kasut tersebut ada juga kasut bola saya yang sudah tak digunakan lagi kerana saya dah tak join Kelab Bolasepak S2FC. Mama kata saya dah pencen berlatih main bola dengan kelab jadi simpan semula kasut itu dalam kotak sebagai kenangan, huhuhu



Koleksi komik dan buku cerita

Bahagian rak pertama dan kedua saya letak koleksi komik, buku-buku sekolah dan magazine file box.

Meja 

Di antara katil dan rak Kallax tadi ada satu meja Ikea jenia Laiva. Di situ saya kemas beg sekolah kerana segala buku-buku mudah dicapai dan di situ juga saya belajar mengikuti kelas online. Saya buat peraturan tak dibenarkan meletakkan apa-apa barang atau buku di meja itu supaya sentiasa kemas dan boleh digunakan bila-bila masa.

Almari baju dan meja belajar Micke


Seterusnya di bahagian kiri katil, saya letak almari baju. Bersebelahan dengan almari baju saya letak meja belajar jenis Micke dari Ikea. Atas almari baju stadium beyblade saya dan kotak kasut berisi barang-barang beyblade.

Ikea Micke White Desk and Computer Station

Meja ini tempat saya buat ulangkaji dan buat kerja sekolah. Saya suka meja ini sebab banyak laci dan di bahagian kiri meja tempat simpan beg sekolah.


Rak pertama sebelah kiri meja 

Rak pertama saya letak mainan Hotwheel hadiah dari sepupu. Saya pernah cerita tentang sepupu saya di post ini -> Kenangan di IKANO Power Center bersama sepupu.

Rak kedua 
Saya letak buku-buku kecil di rak atas dan di bawah rak pertama saya letak kamus, kitab dan buku-buku yang kerap digunakan sebagai rujukan.

Jika pembaca perasan, ada satu ruang di bahagian belakang almari Kallax hujung katil tadi. Ruang itu iaitu ruang komputer, desktop dan printer. 

Ruang komputer
.
Mana-mana kerja sekolah perlu saya print, saya buat di situ. Saya update blog juga di situ. Ruang komputer ini berdepan dengan pintu tandas dan bersebelahan tingkap.

IKEA Standing Mirror sebelah pintu toilet

Ruang komputer ini tak kurang tersusun dan serabut dengan wayar berselirat dan di bawah meja ada kotak A4 berisi buku-buku lama saya.

IKEA KNAPPER standing mirror

Sebelah pintu tandas ada sebuah cermin panjang jenis Knapper juga dari Ikea. Saya suka cermin berdiri ini sebab boleh cermin diri sendiri dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Untuk pengetahuan pembaca, kebanyakkan perabot di rumah saya adalah barang Ikea kerana harga yang mampu milik dan konsep perabot di rumah saya lebih kepada warna putih.

Okay, setakat ini sahaja bedroom tour saya bersama pembaca. Kali ini saya rasa susah nak buat ayat untuk jelaskan satu persatu dengan terperinci. Saya bersemangat nak share deco bilik saya supaya jadi kenangan satu masa nanti. Entri kali ini saya minta tolong Admin Blog untuk buat ayat, semak dan betulkan ayat saya.

Apa pendapat pembaca dengan deko bilik tidur saya? Jangan lupa tinggalkan komen anda di bawah post ini. Komen anda sangat saya hargai. Pembaca yang masih belum follow blog saya, harap sudi jadi follower blog ini, tapi saya tak paksa.

Terima kasih sudi singgah di blog ini. 



Regards,



Share:

Tuesday, April 28, 2020

Adab Menuntut Ilmu

ADAB MENUNTUT ILMU | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Hari ini Cikgu Bimbingan dan Kaunseling sekolah saya kongsi pengetahuan tentang adab-adab menuntut ilmu.

Menurut cikgu, ILMU perlu dituntut dengan penuh adab demi meraih keberkatannya hingga penuntut bukan saja mendalami dan menguasai sesuatu bidang atau disiplin, bahkan bersifat merendah diri seperti resmi padi yang semakin berisi, semakin tunduk.

Adab-Adab Menuntut Ilmu

Melalui adab yang dijaga, maka akan terserlah kesungguhan dan usaha dalam menuntut ilmu kerana kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. 

Info / Motivasi untuk hari ini  :

Tuntutlah ilmu mulai dari buaian hingga liang lahat - HR. Bukhori

Jom kita sama-sama memupuk adab yang baik dalam menuntut ilmu 😊

#SalamRindu
#StayAtHome 
#SayangiDiri
#staysmileandhappy 
#UnitBimbingan&Kaunseling

Regards,



Share:

Monday, April 27, 2020

Tips Mudah Sahur

TIPS MUDAH SAHUR | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua. Salam Ramadhan Al Mubarak.. Alhamdulillah dan syukur kita masih diberikan kesihatan yang baik dan berpeluang menjalani kehidupan hari ini.  

Saya kongsi info atau motivasi yang diterima dari Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah. Tajuk kali ini cikgu bagi Tips Mudah Sahur. Tips ini berguna bukan sahaja kepada budak-budak seperti saya tetapi kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah liat bangun sahur. Kena gegar berkali-kali baru bangun, sayalah tu hehehe

Tips Mudah Sahur
Semoga tips ini dapat membantu anak-anak berpuasa dengan baik.
Selamat berpuasa 😊
#UnitBimbingandanKaunseling
#LoveUrself
#KeepPositifguys
#StayAtHome 
#staysmileandhappy 

Share:

Sunday, April 26, 2020

Slot Motivasi Santai, 1 Hari 1 Perkongsian

SLOT MOTIVASI SANTAI, 1 HARI 1 PERKONGSIAN | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Entri kali ini saya akan berkongsi mesej yang disampaikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah saya. Saya akan terima Slot Motivasi Santai daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui applikasi WhatsApp seminggu sekali.

Oleh itu, saya rasa wajar dikongsi dalam blog ini daripada dibiarkan dalam WhatsApp. Apabila saya kongsi di blog bukan sahaja sebagai rujukan saya akan datang tapi sekurang-kurangnya mesej itu juga dapat disebarkan kepada orang lain.

Hargai Masa Anda 

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 telah mula berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 lalu.  Sememangnya rakyat Malaysia perlu akur dengan perintah kerajaan dalam membendung wabak COVID 19. Walaupun pelbagai perasaan yang kita alami waktu ini, kita tetap perlu bersatu hati untuk memerangi wabak ini. Apa yang boleh kita buat ialah berdoa agar wabak yang melanda negara kita pergi jauh dari BUMI MALAYSIA dan seluruh DUNIA. Kita juga perlu terus kekal positif.

Bagi anak-anak didikku sekalian, pastinya perasaan rindu kepada sekolah sudah dirasai. Demi keselamatan rakyat, proses pembelajaran di sekolah terpaksa ditangguhkan. Namun, cuti PKP bukan bermakna kita perlu cuti dari belajar. Masih ada banyak cara yang boleh kita gunakan untuk memperoleh ilmu daripada guru-guru di sekolah. Kekal positif.

Info Minda Positif daripada Unit Psikologi Kaunseling Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan KL & Putrajaya

Oleh itu, kami Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah ingin berkongsi pelbagai info dan tips yang menarik kepada murid-murid melalui sebaran outreach. Kami akan kongsikan 1 HARI 1 INFO kepada anda semua khususnya anak murid sekalian. 

Sepanjang musim PKP berlangsung, jom pastikan kita semua tetap melaksanakan aktiviti yang berfaedah seperti :

👉 Mengulangkaji pelajaran
👉 Membantu ibu bapa
👉 Membuat senaman ringan
👉 Membaca al-quran (muslim)
👉 Solat 5 waktu

Jom pastikan :

✅ 1 Hari (buat) 5 Kebaikan
✅ Hari ini lebih baik dari semalam

#stayathome
#takecare
#sayangidiri
#staysmileandhappy
#jomsebaraurapositif
#Unit Bimbingan dan Kaunseling
😎 

Regards,



Share:

Friday, April 24, 2020

Salam Ramadhan Kareem 1441H

SALAM RAMADHAN KAREEM 1441H | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua. Ramadhan datang  lagi. Alhamdulillah kita sudah selesai menjalani ibadah puasa hari pertama. Solat tarawih pula sudah masuk malam kedua.

Ramadhan Kareem 1441H / 2020

Jadi dikesempatan ini saya mengucapkan Ramadhan Kareem kepada semua pembaca blog ini. Semoga puasa, amalan kita diperbaiki dan diterima sepanjang bulan ini dan bulan-bulan seterusnya.
Aaminn. 



Regards,



Share:

Thursday, April 23, 2020

Kempen Jom Baca Bersama 2020

KEMPEN JOM BACA BERSAMA 10 MINIT | Cikgu ada blast dalam Telegram sekolah sejak beberapa hari lalu mengenai kempen Jom Baca Bersama 10 Minit anjuran pihak sekolah berkolaborasi dengan Perbadanan Perpustakaan Negeri Sembilan sempena Hari Buku & Hari Hak Cipta Sedunia hari ini, 23 April 2020. Kempen ini bermula pada pukul 11.00 pagi.


Kempen Jom Baca Bersama dilaksanakan serentak di seluruh negara dengan hashtag trending #dudukrumah #bacadirumah #waghihmembaca #malaysiamembaca #refleksidiri #DekadMembacaKebangsaan #NegeriSembilanMembaca

Kempen Jom Baca Bersama 2020

Tugasan kepada pelajar ialah setiap pelajar dikehendaki membaca sebarang buku dalam tempoh tersebut. Kemudian ambil gambar dan post ke Facebook, WhatsApp dan Telegram sekolah. Cikgu nak tahu berapa ramai peserta mengambil bahagian dalam kempen ini. Borang secara online juga perlu diisi oleh setiap ibubapa bagi menjayakan kempen ini.

Saya sudah, anda bila lagi?

Regards,


Share:

Tuesday, April 21, 2020

Samyang Cheese Hot Chicken Flavor Ramen Pedas Tak Tertahan

SAMYANG CHEESE HOT CHICKEN FLAVOR RAMEN PEDAS TAK TERTAHAN | Saya baru pertama kali makan Samyang Cheese Hot Chicken Flavor Ramen ni walaupun dah ramai buat review. Tak kisah nak share juga  walaupun tertinggal keretapi, hehehehe

Bila lama terkurung mulalah rasa nak makan macam-macam padahal ramen bukan makanan kegemaran saya tapi bila kawan-kawan semua dah rasa Samyang Cheese ni saya pun teringin makan. Mereka kata sedap.

Samyang Cheese Hot Chicken Flavor Ramen

Apa itu ramen?

(in Japanese cuisine) quick-cooking noodles, typically served in a broth with meat and vegetables.

Saya pula penggemar cheese. Parents saya tak suka cheese lembek dalam mee. Dapatlah saya makan sebekas ramen ni seorang diri saiz big bowl, hehehe

Samyang  Cheese Hot Chicken Flavor Ramen

Saya prepare sendiri ramen ni. Mula-mula tebuk 3 lubang di bahagian segitiga untuk keluarkan air tapi jangan buka dahulu sebelum isi air panas. Selepas itu, buka suku bahagian tutup bekas dan isi air panas. Tutup semula penutup bekas, tindih dengan pinggan. Tunggu sampai mee kembang. Bila mee dah kembang, buka bahagian penutup kecil 3 segi tu dan buang air yang ada sampai mee kering.


Ramen sedia untuuuk dimakan

Kemudian masukkan perencah, gaul rata dan sedia untuk dimakan. Berdebar masa mula suap mee ke dalam mulut. Ini gambar sebelum makan samyang.

Off topic, rambut panjang dan tebal. Serabut dah sebenarnya, rimas rambut panjang.


Berdebar masa mula suapan pertama

Ini pula gambar lepas habis makan ramen dengan mulut comot dan peluh menitik. Malu sebab mulut comot lepas makan dan minum susu.


Selepas makan ramen pedas 

Pendapat saya, Samyang Cheese Hot Chicken Flavor Ramen ni pedas sangat tapi masih terasa cheese. Saya terpaksa minum susu segar sejuk segelas dan makan timun untuk hilangkan pedas. Puas hati sebab dapat rasa ramen ni.

Okay, itu sahaja cerita saya.
Terima kasih sudi baca pengalaman saya makan Samyang Cheese Hot Chicken Flavor Ramen.
Jangan lupa share komen pembaca di bawah ini.




Regards,



Share:

Monday, April 20, 2020

Segmen Apakah PERKARA pertama yang anda ingin lakukan selepas PKP by zzzyy.blogspot.com 19/04/20 to 28/04/20

SEGMEN APAKAH PERKARA PERTAMA YANG ANDA INGIN LAKUKAN SELEPAS PKP By zzzyy.blogspot.com 19.04.2020 to 28.04.2020 | Fuh panjang tajuk segmen dari sis ShirVen. Menarik segmen ini sebab kita berpeluang tahu perancangan setiap peserta selepas bebas dari pkp nanti. 

 Segmen Apakah PERKARA pertama yang anda ingin lakukan selepas PKP by zzzyy.blogspot.com 19/04/20 To 28/04/20
Segmen Apakah PERKARA pertama yang anda ingin lakukan selepas PKP by zzzyy.blogspot.com 19.04.2020 to 28.04.2020

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Follow blog penganjur, http://zzzyy.blogspot.com
2. Buat satu entry tentang apa yang korang nak sangat buat bila PKP ini berakhir.
3. Backlink entry anda ke entry DI SINI.
4. Tarikh segmen dari 19.04.2020 hingga 28.04.2020 jam 6.00 am

Saya pun ingin berkongsi perkara pertama yang akan saya lakukan selepas pkp nanti. 

Hurm, kalau masa itu public holiday atau parents saya tak bekerja saya nak pergi shopping mall. Saya nak makan sedap dan shopping. Kalau hari pertama selepas pkp pada hari bekerja, saya nak keluar main basikal itu saja.

Selamat bersegmen semua.



Regards,



Share:

Sunday, April 19, 2020

Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie

SEGMEN PERTUKARAN BLOGLIST OLEH ABAM KIE | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini. Saya tak sabar nak join segmen Teacher Kie kerana beliau antara blogger yang rajin singgah di blog lama saya dan memberi kata-kata semangat supaya saya terus rajin belajar di samping blogging.

 Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie
Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie

So sesiapa yang ingin join segmen ini jangan berlengah lagi, kita tengok syarat-syarat penyertaan.

SYARAT-SYARAT

1. Buat entri / blog post bertajuk "Segmen Pertukaran Bloglist Oleh Abam Kie".

2. Follow blog Abam Kie. Jika dah lama Follow atau add, abaikan sahaja.

3. Letak banner di atas dalam entri tersebut dan backlink di post DI SINI sahaja.

4. Letakkan URL blog Abam Kie i.e www.zukidin.com di dalam blog list anda. Abam Kie pun akan letak URL blog anda di dalam blog list Abam Kie. Sila pastikan URL blog Abam Kie tu terus kekal di blog list anda. Namun harus diingat jika blog anda tidak dikemaskini melebihi 2 bulan maka ia akan dibuang dari blog list Abam Kie kerana Abam Kie mahu blog yang dikemaskini secara 'regular' sahaja berada di dalam blog list. Harap bersetuju dengan syarat ini ye.

5. Siap semua, publish entri anda. Jangan lupa hantar link blog post segmen anda dalam ruangan komen DI SINI sahaja.

6. Sila patuhi semua syarat yang diberikan. Peserta yang gagal mematuhi syarat-syarat di atas akan dibatalkan penyertaan mereka.

Maklumat lanjut berkaitan hadiah dan sebagainya boleh click banner di atas.

Okay, syarat yang dikenakan tidak menjadi masalah pada saya memandangkan saya sudah pun memenuhi syarat 1, 2 dan 4 sejak kewujudan blog ini lagi #doneriak hehehe.

Maka dengan ini semua syarat-syarat telah saya penuhi. So saya menyeru  bloggers lain yang berminat supaya meriahkan lagi segmen blog Teacher Kie or Uncle Kie. Jangan lupa tarikh tutup penyertaan seperti tertera pada banner iaitu 10 Mei 2020.

Sesiapa yang ambil bahagian dalam segmen ini, good luck saya ucapkan.



Regards,



Share:

Saturday, April 18, 2020

Pencarian Bloglist By Aisyhah Nyais

PENCARIAN BLOGLIST BY AISYHAH NYAIS | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Hari ini saya ingin sertai segmen Pencarian Bloglist by Aisyhah Nyais. Kebetulan saya masih belum follow blog beliau. Saya gembira kerana tambah lagi seorang kenalan blog ini. 

Ini merupakan blog saya yang baru. Penyertaan saya terdahulu di blog Redza Channelz. 

 Pencarian Bloglist By Aisyhah Nyais
Segmen Pencarian Bloglist By Aisyhah Nyais

Syarat-syarat sertai segmen ini seperti berikut:

1. Follow blog Aisyhah  Nyais
2. Copy banner di atas dan paste ke dalam blog entri segmen anda
3. Komen di entry DI SINI dengan url penyertaan anda
4. Tag rakan bloggers minimum 3 orang *wajib

Saya tag :


Sebanyak 10 blog akan dipilih oleh sis Aisyhah Nyais dan akan disenaraikan dalam blog beliau.

Siapa berminat boleh join segmen ini sebelum 23 April 2020
Mari kita beri sokongan kepada rakan blogger ini.



Regards,



Share:

Friday, April 17, 2020

UPSR 2020 Dibatalkan Ulangkaji Diteruskan

UPSR 2020 DIBATALKAN ULANGKAJI DITERUSKAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua pembaca. Pengumuman pembatalan peperiksaan UPSR & PT3 tahun ini diumumkan semalam oleh Menteri Pendidikan (Kanan) Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin. Bila tanya apa perasaan saya? Tak tahu nak kata suka atau tak tapi saya tetapkan usaha dan terus bersemangat untuk belajar. Saya dah janji kepada ibu bapa saya untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Rutin harian semasa perintah kawalan pergerakan

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, cikgu saya juga tak henti-henti memberi tugasan kepada pelajar. Cikgu menggunakan applikasi WhatsApp group dan Telegram untuk memberi tugasan.

Tugasan dalam talian

Ini pula tugasan harian dari cikgu sekolah.. Tulis dan salin soalan yang diberikan.

Pembelajaran dalam talian melalui applikasi Faceboook live

Pada sebelah malam pula saya mengikuti kelas tusyen dalam talian menggunakan aplikasi Facebook live. Jadual waktu pembelajaran telah disediakan. Segala maklumat cikgu akan salurkan dalam aplikasi Whatsapp.

Begitulah rutin harian saya sepanjang perintah kawalan pergerakan ini. Masa saya banyak dihabiskan dengan mengikuti pembelajaran dalam talian.

Sekian sahaja perkongsian saya. Terima kasih sudi baca.


Regards,




Share:

Thursday, April 16, 2020

Terpaksa Tukar URL Blog

TERPAKSA TUKAR URL BLOG | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Saya rasa sedih sangat kerana terpaksa tukar url blog baru dari redzachannelz ke theredzachannelz. Ini semua angkara Facebook dan Instagram yang telah block url redzachannelz. Sedih tau!


Blog lama Redza Channelz

Saya terpaksa tukar url blog sebelum ini sebab url tersebut tak boleh link dengan akaun Facebook dan Instagram saya. Mama saya dah hubungi Facebook Developer's support channel berkali-kali tetapi masalah tetap tak selesai sejak tahun lepas. Tak tahu mana silap.


Followers blog lama

Saya sedih kerana usaha saya selama ini seperti sia-sia. Saya sudah mempunyai 39 orang Followers di blog lama. Walaupun Followers saya tak ramai tapi saya gembira kerana sekurang-kurangnya ada juga bloggers sudi mengikuti blog tersebut. 


Top 5 Commentators

Bukan itu sahaja setiap bulan pasti ada Top 5 Commentators dalam blog lama. Saya juga telah berkenalan dengan beberapa bloggers yang rajin meninggalkan komen di blog lama antaranya atuk Warisan Petani dan Mrs. A serta blogger lain.


Terima kasih sudi komen di blog saya

Pada awalnya saya susah buat keputusan untuk tinggalkan blog tersebut. Mestilah sedih selain ada 39 Followers, pageviews saya pun dah naik ke 6,115. 

Total pageviews blog lama

Bila fikir untuk jangkamasa panjang, saya perlu ambil risiko ini sekarang. Pada saya apa guna saya tak dapat auto post ke Facebook sedangkan ada kemudahan tersebut. Cara itu memudahkan kawan-kawan saya di Facebook tahu post terkini blog saya. Saya tak perlu susah payah copy paste secara manual seperti sebelum ini.

Saya harap tak akan hadapi masalah lagi dengan url blog baru. Blog ini mengisi masa lapang saya sebagai hobi. Saya juga dapat memperbaiki penulisan saya sejak menulis di blog.

Untuk pengetahuan pembaca, saya telah disable blog lama selepas saya copy semua blog posts lama ke blog ini. Malangnya komen-komen yang ditinggalkan dalam post lama tak dapat ikut sama, sedih.

Saya harap bloggers dapat memberi sokongan moral kepada saya. Saya akan blogwalking semula dan Followers blog ini akan saya senaraikan blog mereka di blog ini secara automatik. Harap sudi follow blog dan social media saya semula.

Terima kasih atas sokongan yang telah diberikan kepada saya. Saya sangat hargai.



Regards,



Share:

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com