A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Thursday, April 16, 2020

Terpaksa Tukar URL Blog

TERPAKSA TUKAR URL BLOG | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Saya rasa sedih sangat kerana terpaksa tukar url blog baru dari redzachannelz ke theredzachannelz. Ini semua angkara Facebook dan Instagram yang telah block url redzachannelz. Sedih tau!


Blog lama Redza Channelz

Saya terpaksa tukar url blog sebelum ini sebab url tersebut tak boleh link dengan akaun Facebook dan Instagram saya. Mama saya dah hubungi Facebook Developer's support channel berkali-kali tetapi masalah tetap tak selesai sejak tahun lepas. Tak tahu mana silap.


Followers blog lama

Saya sedih kerana usaha saya selama ini seperti sia-sia. Saya sudah mempunyai 39 orang Followers di blog lama. Walaupun Followers saya tak ramai tapi saya gembira kerana sekurang-kurangnya ada juga bloggers sudi mengikuti blog tersebut. 


Top 5 Commentators

Bukan itu sahaja setiap bulan pasti ada Top 5 Commentators dalam blog lama. Saya juga telah berkenalan dengan beberapa bloggers yang rajin meninggalkan komen di blog lama antaranya atuk Warisan Petani dan Mrs. A serta blogger lain.


Terima kasih sudi komen di blog saya

Pada awalnya saya susah buat keputusan untuk tinggalkan blog tersebut. Mestilah sedih selain ada 39 Followers, pageviews saya pun dah naik ke 6,115. 

Total pageviews blog lama

Bila fikir untuk jangkamasa panjang, saya perlu ambil risiko ini sekarang. Pada saya apa guna saya tak dapat auto post ke Facebook sedangkan ada kemudahan tersebut. Cara itu memudahkan kawan-kawan saya di Facebook tahu post terkini blog saya. Saya tak perlu susah payah copy paste secara manual seperti sebelum ini.

Saya harap tak akan hadapi masalah lagi dengan url blog baru. Blog ini mengisi masa lapang saya sebagai hobi. Saya juga dapat memperbaiki penulisan saya sejak menulis di blog.

Untuk pengetahuan pembaca, saya telah disable blog lama selepas saya copy semua blog posts lama ke blog ini. Malangnya komen-komen yang ditinggalkan dalam post lama tak dapat ikut sama, sedih.

Saya harap bloggers dapat memberi sokongan moral kepada saya. Saya akan blogwalking semula dan Followers blog ini akan saya senaraikan blog mereka di blog ini secara automatik. Harap sudi follow blog dan social media saya semula.

Terima kasih atas sokongan yang telah diberikan kepada saya. Saya sangat hargai.



Regards,



Share:

28 comments:

  1. Alahai.. Sian Redza.. Takpe.. Acik follow balik ye..

    ReplyDelete
  2. Hai,Redza. Akak follower baru kat sini. Jemput singgah blog akak di https://inspiringsharing.blogspot.com

    Link blog akak pun pernah kena blok kat IG & FB. Akak report pd kedua-duanya. Kena remove link blog buat sementara waktu. Lepas sebulan,baru diaorg unblock.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sis, I'll follow your blog.
      Saya dah give up sis. Sedih bila link kena blocked kat Fb & IG kan :(

      Delete
  3. Dah follow balik blog ni. Saya #4. Harap berkekalan blog ni.

    ReplyDelete
  4. harap yg ni bertahan yea. saya follower yg ke 6 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, saya sangat harap begitu.
      Thanks sis / aunty 😊

      Delete
  5. semoga ada hikmah semua yang berlaku ni. it's never too late to start back. fighting. jangan patah semangat. followed you here.

    ReplyDelete
  6. Halo, adik Redza.
    Tetap semangat menulis ya meski url lama berganti alamat.

    Semoga blog baru ini cepat dikenal banyak orang.

    Salam dari Indonesia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Terima kasih atas sokongan bro HS 😊

      Delete
  7. eeehhhh kena start over lah yea...maaf xarif tentang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kena start semula dari awal.
      Takpe, saya pun baru juga dalam blogging.

      Delete
  8. Salam kenal Redza..... Tak pe janagan risau, lets move on hokey! Blog ni kalau kita rajin komen insyaallah mereka akan dtg komen balik

    ReplyDelete
  9. Ala, sedihnya.. Lama atau sekejap, hasil blog kita tetap ada nilai tersendiri. Tak apa, teruskan lagi menulis ya! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sis, kecewa sangat bila terpaksa buat semula.
      Terima kasih atas sokongan.

      Delete
  10. Jangan sedih²..dah follow balik yang baru ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sokongan moral & sudi follow semula blog saya 😊

      Delete
  11. SAYA JUGA HADAPI MASALAH YANG SAMA.

    SEKARANG HANYA SHARE KAT TWITTER SAJA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama, blog lama takde masalah share dengan Twitter.
      Harap Fb janganlah buat hal lagi.

      Delete
  12. Salam Redza..aunty follow dah follow..jangan susah hati k..yang penting redza terus menulis..salam kenal dari aunty zahirah dzahir puan empunya www.iradzahir.com 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam aunty.
      Saya sangat hargai sokongan aunty, terima kasih 😊

      Delete
  13. ooo boleh pulak jadi problem macam ni ya..
    xpe xpe jangan givap.. kami ada ni squad acik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana squad acik2 sudi beri sokongan moral 😊

      Delete

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com