DEKO BILIK TIDUR SAYA | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Kali ini saya nak cerita tentang saya pindah bilik tidur dengan tak sengaja terus jadi bedroom makeover. Dah lama saya impikan susunatur bilik tidur menarik mengikut
kesukaan citarasa saya.
Sebelum ini ruang bilik tidur saya terhad. Saya tak dapat susun ikut
kesukaan citarasa saya sendiri disebabkan
ruang bilik tidur saya bentuk memanjang. Katil saya terpaksa diletakkan di bahagian yang sama
dari mula pindah sampai sekarang. Saya tak boleh ubah melintang atau ke bahagian-bahagian lain. Susah saya nak jelaskan di sini
, hehehe tapi hanya saya saja boleh faham perasaan
tak best itu.
Jadi semalam saya bincang dengan mama untuk tukar bilik. Bilik
yang ingin saya tukar itu adalah seperti home office mama
untuk di mana mama habiskan masa membaca, buat rujukan, assignment, blogging, create planner, craft dan koleksi beg tangannya juga disimpan di bilik itu. Tak sangka mama setuju dengan cadangan saya untuk tukar bilik.
Selepas berbuka puasa dan solat, kami bertiga bergotong-royong mengangkat perabot dan katil yang ada di kedua-dua bilik berkenaan. Papa buat kerja lebih, saya dan mama tolong sikit-sikit jer, hehehe
|
Dekorasi bilik tidur bujang |
Jom saya buat tour bilik tidur saya selepas pindah. Inilah keadaan bilik tidur saya
selepas makeover. Saya suka sangat dengan susun atur sekarang, tak serabut lagi. Bila buka pintu sebelah kiri katil saya.
Maaf sarung bantal dan bolster bercorak bunga sebab masih belum beli set cadar baru yang sesuai.
|
Koleksi Lego |
|
Tripod stand |
Di sebelah katil saya ada sebuah almari dengan 3 laci. Di atas almari tersebut saya letak koleksi Lego dan tripod stand saya.
|
Kotak kasut kesayangan dan paperbag Smiggle |
Pada bahagian kaki katil ada sebuah rak buku jenis Kallax beli di Ikea.
Bahagian atas rak tersebut saya letak kotak kasut Nike iaitu jenama kasut kegemaran saya. Dalam kotak kasut tersebut ada juga kasut bola saya yang sudah tak digunakan lagi kerana saya dah tak join Kelab Bolasepak S2FC. Mama kata saya dah pencen berlatih main bola dengan kelab jadi simpan semula kasut itu dalam kotak sebagai kenangan, huhuhu
|
Koleksi komik dan buku cerita |
Bahagian rak pertama dan kedua saya letak koleksi komik, buku-buku sekolah dan magazine file box.
|
Meja |
Di antara katil dan rak Kallax tadi ada satu meja Ikea jenia Laiva. Di situ saya kemas beg sekolah kerana segala buku-buku mudah dicapai dan di situ juga saya belajar mengikuti kelas online. Saya buat peraturan tak dibenarkan meletakkan apa-apa barang atau buku di meja itu supaya sentiasa kemas dan boleh digunakan bila-bila masa.
|
Almari baju dan meja belajar Micke |
Seterusnya di bahagian kiri katil, saya letak almari baju. Bersebelahan dengan almari baju saya letak meja belajar jenis Micke dari Ikea. Atas almari baju stadium beyblade saya dan kotak kasut berisi barang-barang beyblade.
|
Ikea Micke White Desk and Computer Station |
Meja ini tempat saya buat ulangkaji dan buat kerja sekolah. Saya suka meja ini sebab banyak laci dan di bahagian kiri meja tempat simpan beg sekolah.
|
Rak pertama sebelah kiri meja |
Rak pertama saya letak mainan Hotwheel hadiah dari sepupu. Saya pernah cerita tentang sepupu saya di post ini ->
Kenangan di IKANO Power Center bersama sepupu.
|
Rak kedua |
Saya letak buku-buku kecil di rak atas dan di bawah rak pertama saya letak kamus, kitab dan buku-buku yang kerap digunakan sebagai rujukan.
Jika pembaca perasan, ada satu ruang di bahagian belakang almari Kallax hujung katil tadi. Ruang itu iaitu ruang komputer, desktop dan printer.
|
Ruang komputer |
.
Mana-mana kerja sekolah perlu saya print, saya buat di situ. Saya update blog juga di situ. Ruang komputer ini berdepan dengan pintu tandas dan bersebelahan tingkap.
|
IKEA Standing Mirror sebelah pintu toilet |
Ruang komputer ini
tak kurang tersusun dan serabut dengan wayar
berselirat dan di bawah meja ada kotak A4 berisi buku-buku lama saya.
|
IKEA KNAPPER standing mirror |
Sebelah pintu tandas ada sebuah cermin panjang jenis Knapper juga dari Ikea. Saya suka cermin berdiri ini sebab boleh cermin diri sendiri dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Untuk pengetahuan pembaca, kebanyakkan perabot di rumah saya adalah barang Ikea kerana harga yang mampu milik dan konsep perabot di rumah saya lebih kepada warna putih.
Okay, setakat ini sahaja bedroom tour saya bersama pembaca. Kali ini saya rasa susah nak buat ayat untuk jelaskan satu persatu dengan terperinci. Saya bersemangat nak share deco bilik saya supaya jadi kenangan satu masa nanti. Entri kali ini saya minta tolong Admin Blog untuk buat ayat, semak dan betulkan ayat saya.
Apa pendapat pembaca dengan deko bilik tidur saya? Jangan lupa tinggalkan komen anda di bawah post ini. Komen anda sangat saya hargai. Pembaca yang masih belum follow blog saya, harap sudi jadi follower blog ini, tapi saya tak paksa.
Terima kasih sudi singgah di blog ini.
Regards,
Kemas.
ReplyDeleteBanyak meja khas untuk satu-satu tugasan macam meja untuk kemas beg, meja belajar dan meja untuk cetak tugasan/blogging. Besar juga bilik kalau boleh buat pembahagian macam tu.
Terima kasih aunty. Alhamdulillah besar juga bilik tidur saya. Selesa. 😊
DeleteSangat selesa bagi remaja..pelajar, syukuri keselesaan itu ya. Doakan mak ayah yang memberikan kebahagiaan untuk anak
ReplyDeleteIn shaa Allah, terima kasih cikgu.
Deletewow cantik bilik tidur ini
ReplyDeleteAlhamdulillah biasa jer 😊
DeleteSangat cantik dan kemas! Sejuk ja mata memandang hehe.
ReplyDeleteBtw saya singgah dan follow blog ni ya. Jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)
Terima kasih teacher Syed.
DeleteSaya akan kunjung balas 😊
Kemas je bila kebanyakka perabot bewarna putih. Then bila ada partition dengan rak buku tu sukaaa
ReplyDeleteWarna putih nampak ruang lebih luas.
Deletebila ruang semakin besar, seronok nak deco. suka warna putih tu. =)
ReplyDeleteYa, puas hati dengan hasil deco sendiri.
DeleteTerima kasih sis.
kemasnya bilik. cantik !
ReplyDeleteTerima kasih sis 😊
Deletewahh kemas jerk.. bagus betul.. pembersih..
ReplyDeleteTerima kasih 😊
DeleteSuka perabot ikea juga. Simple. Syukur dah dapat bilik besar dan deko ikut style sendiri. kemas bilik redza :)
ReplyDeletePerabot Ikea memang best senang susun.
DeleteTerima kasih 😊
Cantiknya bilik dia :)
ReplyDeleteTerima kasih sis. 😊
Deletenice la bro deco bilik hang. sejuk mata memandang. haha confirm banyak duit burn ke deco ni...
ReplyDeletebtw. done follow and letak dlm bloglist blog aku.... takut tertinggal update awesome dari blog hang haha.
Terima kasih bro. 😁
DeleteNanti saya kunjung balas.
Kemas dan tersusun bilik adik Redza ini hehe. By the way, kakak suka koleksi lego adik. So cool!
ReplyDeleteKakak dah follow blog adik. Jom singgah blog kakak pulak http://theblahblahspeaker.blogspot.com/ 😀
Sama hobi kita suka kumpul Lego.
DeleteTerima kasih Kak Eynapuzi sudi follow blog saya.
Saya akan kunjung balas.