SLOT MOTIVASI SANTAI, 1 HARI 1 PERKONGSIAN | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Entri kali ini saya akan berkongsi mesej yang disampaikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah saya. Saya akan terima Slot Motivasi Santai daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui applikasi WhatsApp seminggu sekali.
Oleh itu, saya rasa wajar dikongsi dalam blog ini daripada dibiarkan dalam WhatsApp. Apabila saya kongsi di blog bukan sahaja sebagai rujukan saya akan datang tapi sekurang-kurangnya mesej itu juga dapat disebarkan kepada orang lain.
Oleh itu, saya rasa wajar dikongsi dalam blog ini daripada dibiarkan dalam WhatsApp. Apabila saya kongsi di blog bukan sahaja sebagai rujukan saya akan datang tapi sekurang-kurangnya mesej itu juga dapat disebarkan kepada orang lain.
Hargai Masa Anda |
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 telah mula berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 lalu. Sememangnya rakyat Malaysia perlu akur dengan perintah kerajaan dalam membendung wabak COVID 19. Walaupun pelbagai perasaan yang kita alami waktu ini, kita tetap perlu bersatu hati untuk memerangi wabak ini. Apa yang boleh kita buat ialah berdoa agar wabak yang melanda negara kita pergi jauh dari BUMI MALAYSIA dan seluruh DUNIA. Kita juga perlu terus kekal positif.
Bagi anak-anak didikku sekalian, pastinya perasaan rindu kepada sekolah sudah dirasai. Demi keselamatan rakyat, proses pembelajaran di sekolah terpaksa ditangguhkan. Namun, cuti PKP bukan bermakna kita perlu cuti dari belajar. Masih ada banyak cara yang boleh kita gunakan untuk memperoleh ilmu daripada guru-guru di sekolah. Kekal positif.
Info Minda Positif daripada Unit Psikologi Kaunseling Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan KL & Putrajaya |
Oleh itu, kami Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah ingin berkongsi pelbagai info dan tips yang menarik kepada murid-murid melalui sebaran outreach. Kami akan kongsikan 1 HARI 1 INFO kepada anda semua khususnya anak murid sekalian.
Sepanjang musim PKP berlangsung, jom pastikan kita semua tetap melaksanakan aktiviti yang berfaedah seperti :
π Mengulangkaji pelajaran
π Membantu ibu bapa
π Membuat senaman ringan
π Membaca al-quran (muslim)
π Solat 5 waktu
Jom pastikan :
✅ 1 Hari (buat) 5 Kebaikan
✅ Hari ini lebih baik dari semalam
#stayathome
#takecare
#sayangidiri
#sayangidiri
#staysmileandhappy
#jomsebaraurapositif
#Unit Bimbingan dan Kaunseling
#Unit Bimbingan dan Kaunseling
π
Regards,
Mesej yang bagus, dik.
ReplyDeleteTerima kasih sis π
DeleteSalam kenal..AD follow here..wah tips yang berguna untuk students kan..nice sharing
ReplyDeleteTerima kasih AD sudi singgah dan follow π
Deletemesej yang bermanfaat untuk Redza dan kami semua.. ππ
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih sis π
DeleteAnak mama x rindu sekolah pun haha tapi homework dia mmg byk la
ReplyDeleteSaya rindu kawan-kawan. Saya pun setiap hari banyak homework dan kelas online.
Delete