Bila lama terkurung mulalah rasa nak makan macam-macam padahal ramen bukan makanan kegemaran saya tapi bila kawan-kawan semua dah rasa Samyang Cheese ni saya pun teringin makan. Mereka kata sedap.
Samyang Cheese Hot Chicken Flavor Ramen |
Apa itu ramen?
(in Japanese cuisine) quick-cooking noodles, typically served in a broth with meat and vegetables.
Saya pula penggemar cheese. Parents saya tak suka cheese lembek dalam mee. Dapatlah saya makan sebekas ramen ni seorang diri saiz big bowl, hehehe
Samyang Cheese Hot Chicken Flavor Ramen |
Saya prepare sendiri ramen ni. Mula-mula tebuk 3 lubang di bahagian segitiga untuk keluarkan air tapi jangan buka dahulu sebelum isi air panas. Selepas itu, buka suku bahagian tutup bekas dan isi air panas. Tutup semula penutup bekas, tindih dengan pinggan. Tunggu sampai mee kembang. Bila mee dah kembang, buka bahagian penutup kecil 3 segi tu dan buang air yang ada sampai mee kering.
Ramen sedia untuuuk dimakan |
Kemudian masukkan perencah, gaul rata dan sedia untuk dimakan. Berdebar masa mula suap mee ke dalam mulut. Ini gambar sebelum makan samyang.
Off topic, rambut panjang dan tebal. Serabut dah sebenarnya, rimas rambut panjang.
Berdebar masa mula suapan pertama |
Ini pula gambar lepas habis makan ramen dengan mulut comot dan peluh menitik. Malu sebab mulut comot lepas makan dan minum susu.
Selepas makan ramen pedas |
Pendapat saya, Samyang Cheese Hot Chicken Flavor Ramen ni pedas sangat tapi masih terasa cheese. Saya terpaksa minum susu segar sejuk segelas dan makan timun untuk hilangkan pedas. Puas hati sebab dapat rasa ramen ni.
Okay, itu sahaja cerita saya.
Terima kasih sudi baca pengalaman saya makan Samyang Cheese Hot Chicken Flavor Ramen.
Jangan lupa share komen pembaca di bawah ini.
Regards,
Pernah makan. Memang pedas tapi sedap. Ketagih juga makan.
ReplyDeleteYa addicted. Susah nak berhenti masa makan. Serik sekejap. Tak tau bila akan repeat.
Deletepedas mmg xla. dah stop mkn pedas 😅
ReplyDeletePedas sangat pun tak baik untuk perut kann.
DeleteBetul ke gambo tu Redza? Dan Redza ke yg tulis blog ni.... Mcm tak percaya je hahhaha...
ReplyDeleteNampak mcm sedap pulak! Tetiba pulak aunty rasa teringin
Betulah itu saya aunty. Saya draft content blog selepas itu mama saya akan edit ikut bahasa yang sesuai. Blog ini mama buat untuk baiki penulisan Bahasa Melayu saya.
DeletePernah cuba yang pek hitam tu. Memang tak tahan podeh. Yang ni belum cuba lagi.
ReplyDeletePek hitam tu podeh teruk, saya pun tak tahan.
Deletekalau acik nie memang surrender lah.. tak tahan pedas.. Mahu berguling nanti.. hehehe..
ReplyDeleteohsem redza dapat habiskan..
Kalau tak tahan better jangan cuba nanti sakit perut aunty.
DeleteSetakat cuba pertama kali okay lah aunty, hehehe
Kejap,awak Redza pemilik blog umur berapa? Bagusnya ada blog dan pandai menulis. keep it up!
ReplyDeletesetakat ni pernah makan samyang tak tahu perisa apa,itupun adik bg rasa sikit,mmg tak nak beli sbb mahal. T_T tp mee segera paling sedap bg saya,Maggie Pedas Giler Ayam Bakar atau Ghost Pepper tu..
Ya saya pemilik blog, umur saya 12 tahun.
DeleteMama saya Admin blog ini so dia akan monitor entri dan edit mana yang perlu sebab ayat saya kadang-kadang tak betul.
Saya pun suka makan Maggie Pedas Giler Ayam Bakar, bila-bila saya akan buat review. Ghost Pepper memang tak berani cuba takut sakit perut.