A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Monday, February 12, 2024

Review Makanan di BananaBro Sunway Putra Mall

REVIEW MAKANAN DI BANANABRO SUNWAY PUTRA MALL | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada para pembaca blog ini.. Lama saya tak buat posting di blog, jadi kali ini saya ingin review restoran Bananabro cawangan Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur. Awalnya saya dan keluarga booking hotel yang berdekatan Sunway Putra Mall. Selepas check-in kami mencari restoran yang berada dalam mall tersebut kerana hampir jam 4.00 petang masih belum makan tengah hari. 

Puas pusing satu mall untuk membuat pilihan makanan yang sesuai, akhirnya kami sekeluarga sepakat untuk makan di restoran BananaBro. Masing-masing lapar nasi! Menu di Bananabro sangat sesuai bukan sahaja nasi tapi macam-macam lauk ada.. 

Restoran India BananaBro ialah destinasi makan popular yang terkenal dengan masakan asli India dengan tagline : It's A Malaysian Things - unlimited refills. Jangan risau Halal Certified.

BananaBro Sunway Putra Mall

Kakitangannya mesra jadi kami sebagai pelanggan yang baru datang kali pertama terasa dialu-alukan dan selesa.

Selain itu pelayan juga mengesyorkan beberapa pilihan menu. Terdapat beberapa pilihan menu disediakan, perut sedang lapar so rambang mata tapi akhirnya kami memilih Craving Set tambah side dishes Chef Recommendation. Ketika itu perut pun craving untuk merasa makanan yang ada dalam menu. Set lain juga berbaloi dan terdapat banyak lauk untuk dipilih. 

Craving Set

Selain Craving Set terdapat juga The Family Combo sesuai untuk 2 hingga 4 pax. Pilihan side dishes juga banyak.

The Family Combo

Sebaik saja pelayan sampai ke meja untuk menghidangkan makanan, saya focus pada sotong goreng. Rasa tak sabar untuk merasa sotong yang dimasak garing disaluti rempah. Selain sotong goreng, kami pesan peria goreng yang rangup. Saya bukanlah penggemar peria tapi saya boleh makan peria goreng ini kerana tak rasa pahit. Rasa rempah kari sangat sedap. Begitu juga dengan sotong, walaupun sotong nampak berminyak tapi rasa dia sedap dan lembut. 

Sotong goreng berempah

Konsep makan di sini, pelayan akan menghidangkan makanan di hadapan pelanggan dengan membawa 4 bekas kuah seperti makan di restoran daun pisang. Saya hanya perlu memilih kuah yang disediakan mengikut citarasa saya.

Craving Set

Saya makan nasi panas dengan campuran kuah kari ikan, satu keping papadom, peria, sotong, sayur kobis dan ayam goreng di atas daun pisang yang wangi. Secara tidak langsung ia meningkatkan aroma dan menarikkan rasa selera saya ketika menjamu hidangan ini lebih-lebih lagi perut pun memang tersangat lapar. 

Ayam goreng berempah

Craving Set ini juga disertakan sekali minuman teh ais yang sangat kaw dinamakan Teh Tarik LAWA, rasanya creamy, tak berapa masni sesuai dengan tekak saya. Makanan belum sampai tapi teh ais dihidangkan terlebih dahulu, memang tinggal separuh laa jawabnya. Serious sedap teh ais di BananaBro.

Teh tarik LAWA di BananaBro

Overall puas hati makan di sini dengan portion makanan yang banyak. Harga juga berpatutan, memandangkan kualiti dan rasa makanan pun sedap. Siapa pernah makan di sini setuju dengan statement saya ini?

Lepas makan, saya dan family pun melangkah keluar dari restoran dengan perut kenyang. Kali ni puas hati kerana saya boleh kata makanan di BananaBro sangat sedap dan kena citarasa kami sekeluarga. Selepas itu kami berjalan-jalan di dalam mall, membeli barang-barang keperluan sebelum balik ke bilik hotel.

Jadi bagi penggemar nasi daun pisang, boleh cuba makan di restoran BananaBro ini. Bukan hanya di Sunway Putra Mall tapi banyak cawangan BananaBro ada di tempat lain. Saya pun jika diberi peluang pasti akan datang makan di sini lagi. Itu sahaja review makanan kali ini. Semoga jumpa lagi dalam post akan datang. 

Take care & Bye..


Regards,

Share:

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com