Translator

Lifestyle

I enjoy being active, it's part of my lifestyle.

Life As A Student

It's never too late to become who you should be.

Review

Review your goals twice every day in order to be focused on achieving them.

Hobby

The music stuff is just a hobby.

Event

It always seems impossible, until it's done.

Sunday, August 16, 2020

Makanan Kegemaran Saya di Secret Recipe

Bersiaran saya hari ini.. Kali ini saya nak kongsi cerita makan-makan di Secret Recipe cawangan Metro Point Kajang. Minggu lalu (9.8.2020) saya sekeluarga berjalan-jalan ke Metro Point Kajang sebab dah memandangkan sudah lama tak tidak ke sana. 

Kami ke Metro Point Kajang untuk mengisi waktu terluang di petang Ahad. Shopping mall di situ tidak terlalu sesak dengan orang ramai, jadi kami boleh berjalan-jalan window shopping. Kebetulan kami masih belum makan tengah hari jadi mama mencadangkan supaya kami makan di Secret Recipe kerana banyak pilihan makanan yang sesuai mengikut citarasa masing-masing.

Lasagna di Secret Recipe

Apabila masuk ke Secret Recipe, kami diberi menu sebesar album gambar :). Perut sedang lapar, semua gambar makanan nampak sedap. Setelah kami semua sepakat, saya panggil waitress untuk membuat pesanan. Saya pasti akan memesan lasagna apabila ke Secret Recipe. Lasagna merupakan salah satu makanan kegemaran saya. 

It's me

Setakat ini, lasagna di Secret Recipe terlalu sedap berbanding di tempat lain. Hidangan lasagna di sini dimakan sekali dengan roti. Terdapat pilihan sos tomato dimasak bersama beef atau chicken. Pilihan saya tentulah beef. Saya recommend lasagna di Secret Recipe kerana tak kedekut cheese dan sos yang agak banyak hingga meleleh. Lapisan lasagna juga lembut dan tak cepat muak.

Golden crispy chicken & apple assam boi

Papa pula memesan Golden Crispy Chicken dan apple asam boi. Papa suka minum apple assam boi sebab rasanya masam-masam manis dan sesuai dimakan dengan makanan berminyak seperti chicken chop dan fries. 


Mushroom soup dan garlic bread

Ini pula makanan yang dipesan oleh mama iaitu mushroom soup dan garlic bread. Bukan itu sahaja, mama juga memesan Singapore laksa dan chocolate banana cake kongsi antara kami bertiga. Bak kata mama, kami kena makan banyak sebab ia akan membuatkan kita kenyang dan memberi tenaga untuk ber-shopping, hehehehe..


Chocolate banana cake by Secret Recipe

Sebenarnya saya teringin makan kek durian tetapi sudah habis. Jadi saya pun setuju untuk pesan chocolate banana cake.

Hot cafe latte for mama

Ini pula air kegemaran mama iaitu hot cafe latte. Mama kata sesiapa suka coffee dan tak suka manis sangat boleh cuba air ini. Pada pendapat saya, semua makanan di Secret Recipe sedap dan memenuhi citarasa saya cuma ada duit dengan takde duit sahaja tapi bergantung kepada pocket masing-masing juga kerana harga makanan yang agak pricey.

Okay, itu sahaja perkongsian saya untuk hari ni.
Terima kasih sudi baca dan support blog saya.



Regards,





Nota : Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna 
biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. 

Harap maklum. Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Monday, August 3, 2020

Review Laverland Crunch Crispy Seaweed Snack, Sedap atau Tidak?

Hari ni saya nak buat review tak berbayar salah satu snek kegemaran saya iaitu Laverland Crunch Crispy Seaweed Snack perisa Sea Salt. Saya nak kongsi review snack seaweed kegemaran saya dalam blog ini supaya sesiapa yang berminat boleh juga cuba.

Saya beli snack ni di FamilyMart Rasah Kemayan, Seremban 2 tapi saya lupa berapa harga sebungkus seaweed snack ni. Saya suka makan seaweed tapi tak banyak seaweed snack halal. Kebanyakkan product seaweed berasal dari Korea.

Laverland Crunch Sea Salt Crispy Seaweed Sanck

Laverland Crunch Crispy Seaweed Snack ini dikeluarkan oleh MANJUN FOOD USA. Syarikat ini mengeluarkan seaweed snack dan seaweed salad topping di bawah jenama Laverland Crunch.

Diperbuat dari bahan semulajadi, 0% Trans Fat, Sea Salt, 0% MSG dan Vegan

Saya suka snack ini sebab ianya dihasilkan dari bahan semulajadi, rasa masin air laut, tiada lemak tepu, tiada MSG, tidak menggunakan product haiwan dan bebas gluten.

Laverland Crunch by MANJUN FOOD

Makan satu bungkus tak cukup sebab sikit, lepas ni boleh beli berbungkus-bungkus untuk stock, hehehehe.

All Natural Korean Seaweed

Selain perisa Sea Salt semulajadi, ada perisa Wasabi dan Habanero. Perisa wasabi sesuai kepada siapa yang suka pedas. Saya tak suka wasabi sebab pernah terkena bila makan saya terbatuk-batuk dan susah bernafas. Sejak itu saya serik makan wasabi lagi.

Rupa Crisp Seaweed Snack 

Inilah rupa sekeping crispy seaweed snack jenama Laverland Crunch. Makan sekeping tak puas, kena cuba sebungkus baru best! Maknanya snack ini memang sedap. Lepas ni saya nak cuba perisa cili Habanero. Inilah cili Habanero :

Habanero Peppers

"The habanero is a hot variety of chili pepper. Unripe habaneros are green, and they color as they mature. The most common color variants are orange and red, but the fruit may also be white, brown, yellow, green, or purple. Typically, a ripe habanero is 2–6 cm long." - Wikipedia


Siapa teringin rasa Laverland Crunch Crisp Seaweed Snack boleh cari di supermarket besar seperti AEON atau FamilyMart yang menjual product import dari Korea atau beli secara online di Lazada dan Shopee.

Setakat ini sahaja post santai saya.
Jumpa lagi di post akan datang.
Terima kasih.



Regards,



Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.