Saya beli snack ni di FamilyMart Rasah Kemayan, Seremban 2 tapi saya lupa berapa harga sebungkus seaweed snack ni. Saya suka makan seaweed tapi tak banyak seaweed snack halal. Kebanyakkan product seaweed berasal dari Korea.
Laverland Crunch Sea Salt Crispy Seaweed Sanck |
Laverland Crunch Crispy Seaweed Snack ini dikeluarkan oleh MANJUN FOOD USA. Syarikat ini mengeluarkan seaweed snack dan seaweed salad topping di bawah jenama Laverland Crunch.
Diperbuat dari bahan semulajadi, 0% Trans Fat, Sea Salt, 0% MSG dan Vegan |
Saya suka snack ini sebab ianya dihasilkan dari bahan semulajadi, rasa masin air laut, tiada lemak tepu, tiada MSG, tidak menggunakan product haiwan dan bebas gluten.
Laverland Crunch by MANJUN FOOD |
Makan satu bungkus tak cukup sebab sikit, lepas ni boleh beli berbungkus-bungkus untuk stock, hehehehe.
All Natural Korean Seaweed |
Selain perisa Sea Salt semulajadi, ada perisa Wasabi dan Habanero. Perisa wasabi sesuai kepada siapa yang suka pedas. Saya tak suka wasabi sebab pernah terkena bila makan saya terbatuk-batuk dan susah bernafas. Sejak itu saya serik makan wasabi lagi.
Rupa Crisp Seaweed Snack |
Inilah rupa sekeping crispy seaweed snack jenama Laverland Crunch. Makan sekeping tak puas, kena cuba sebungkus baru best! Maknanya snack ini memang sedap. Lepas ni saya nak cuba perisa cili Habanero. Inilah cili Habanero :
Habanero Peppers |
"The habanero is a hot variety of chili pepper. Unripe habaneros are green, and they color as they mature. The most common color variants are orange and red, but the fruit may also be white, brown, yellow, green, or purple. Typically, a ripe habanero is 2–6 cm long." - Wikipedia
Siapa teringin rasa Laverland Crunch Crisp Seaweed Snack boleh cari di supermarket besar seperti AEON atau FamilyMart yang menjual product import dari Korea atau beli secara online di Lazada dan Shopee.
Setakat ini sahaja post santai saya.
Jumpa lagi di post akan datang.
Terima kasih.
Regards,
Thanks for sharing, Redza. Akak tak pernah cuba lagi seaweed jenama ni.
ReplyDeleteAkak kena cuba baru tahu rasa sebenar :)
DeleteSama-sama kak sudi singgah blog saya.
menarik..tu la jenama ni tak pernah lagi cuba..boleh cari la lepas ni
ReplyDeleteSilakan cari dan puas hati dapat rasa sendiri kann :)
DeleteLepas makan jangan lupa gosok gigi tau hehe
ReplyDeleteHehehehe sudah tentu sebab banyak seaweed melekat di gigi :)
Deletenampak sedap...rietta xpernah try lg...biasa yang tao kea noi tu je...kt pasar raya...
ReplyDeleteTao Kea Noi saya tak boleh makan sebab rasa MSG kuat nanti pening :(
DeleteTapi brand laverland ni okay sebab rasa masin original.
tak pernah rasa lagi ni. boleh la cuba nanti
ReplyDeleteSilakan cuba Cik TK mungkin ada di pasaraya berhampiran :)
DeleteNampak sedap.
ReplyDeleteTak pernah cuba lagi brand ni
Pada saya sedap aunty sebab rasa original :)
DeleteOh, saya ada jumpa kedai kat shopee. Pastu kat description dia tulis habanero & organic non halal. Saya oun tgh mrncari-cari lagi halal tak.
ReplyDelete