HARI PERTAMA SEKOLAH SEMASA PKPP | Assalamualaikum semua pembaca blog ini. Saya harap semua sihat. Blog post kali ini saya akan menceritakan tentang hari pertama sekolah semasa Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP). Selepas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan tarikh sesi permulaan sekolah pada 15 Julai 2020, saya rasa tak sabar nak pergi sekolah. Bila lama sangat duduk di rumah saya mula rasa bosan, rindu dengan cikgu dan kawan-kawan.
Hari pertama sekolah semasa PKPP
Hari pertama tiba di sekolah pada pukul 7.05 pagi, terasa pelik dan tak biasa dengan norma baharu. Kali ini saya bersekolah mengikut Standard Operating Procedure (SOP). Dulu saya boleh makan di kantin tetapi kali ini saya makan di dalam kelas. Jarak meja pula seperti semasa peperiksaan. Selain itu saya mesti sentiasa pakai penutup muka dan kerap mencuci tangan. Mama juga beri saya sepaket tisu basah antibacterial untuk sanitize tangan.
Saya gembira kerana jadual sekolahwaktu persekolahan bermula dari pukul 7.45 pagi hingga pukul 12.05 tengah hari manakala pada hari Khamis balik pukul 12.45 tengah hari kerana menghadiri kelas Tasmik. Sebelum ini waktu persekolahan saya hingga pukul 3.30 petang kerana ada kelas tambahan persediaan UPSR.
Kadang kala selepas balik sekolah mama bawa saya ke AEON untuk beli makanan tengah hari. Saya dapat berjalan-jalan di shopping mall. Itu saja cerita saya tentang sesi persekolahan mengikut norma baharu. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Terima kasih sudi singgah dan baca cerita saya.
Singgah juga di YouTube saya kerana saya baru belajar edit video, ini post terkini :
Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.
Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.
The Author
Assalamualaikum.. Hello & Welcome to my blog!
I'm Arief Redza Based in Seremban, N9 On Blogger since June 2019
*************** Advertorial, Collaboration & Review feel free to contact me via :
Selamat kembali ke sekolah
ReplyDeleteTerima kasih Cikgu Badar :)
DeleteSeronok tidak waktu persekolahan dipendekkan?
ReplyDeleteRasanya pergi AEON lepas sekolah lagi seronokkan? Hehe.
Hehehehe aunty memahami :)
DeleteSelamat kembali ke sekolah..seronok jumpa kawan2..
ReplyDeleteTerima kasih aunty. Seronok dapat jumpa kawan2 semula. :)
DeleteSelamat kembali ke sekolah Redza :)
ReplyDeleteTerima kasih uncle KK :)
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteDapat menjalani pdp dalam norma baharu
Ya betul atuk. Pergerakan terbatas. :)
Deleteselamat belajar dik...harap dapat biasakan diri dengan norma baru ni..dan moga covid-19 terhapus segera..Amin...
ReplyDeleteAmin, terima kasih kak Cuya :)
DeleteSelamat menjalani persekolahan :)
ReplyDeleteTerima kasih kak Syaz :)
DeleteSalam, blogwalking here. Selamat menjalani persekolahan juga. :)
ReplyDeleteW'salam GV. Terima kasih :)
DeletePatuhi SOP ya & selamat menuntut ilmu.
ReplyDeleteYa, in shaa Allah.
DeleteTerima kasih :)
selamat kembali ke sekolah...anak sedara rietta pun dh kembali ke sekolah dan rietta pun dh kembali ke campus...
ReplyDeleteSelamat kembali belajar kepada semua :)
DeleteSelamat kembali ke sekolah semula TRC.
ReplyDeleteAmalkan SOP InSyaAllah moga dilindungiNYA.
Terima kasih aunty :)
DeleteAmin.
Semoga dipermudahkan urusan pembelajaran..
ReplyDeleteTerima kasih uncle Ejulz :)
Delete