A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Saturday, July 18, 2020

Hari Pertama Sekolah Semasa PKPP

HARI PERTAMA SEKOLAH SEMASA PKPP | Assalamualaikum semua pembaca blog ini. Saya harap semua sihat. Blog post kali ini saya akan menceritakan tentang hari pertama sekolah semasa Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP). Selepas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan tarikh sesi permulaan sekolah pada 15 Julai 2020, saya rasa tak sabar nak pergi sekolah. Bila lama sangat duduk di rumah saya mula rasa bosan, rindu dengan cikgu dan kawan-kawan.

Hari pertama sekolah semasa PKPP

Hari pertama tiba di sekolah pada pukul 7.05 pagi, terasa pelik dan tak biasa dengan norma baharu. Kali ini saya bersekolah mengikut Standard Operating Procedure (SOP). Dulu saya boleh makan di kantin tetapi kali ini saya makan di dalam kelas. Jarak meja pula seperti semasa peperiksaan. Selain itu saya mesti sentiasa pakai penutup muka dan kerap mencuci tangan. Mama juga beri saya sepaket tisu basah antibacterial untuk sanitize tangan. 

Saya gembira kerana jadual sekolah waktu persekolahan bermula dari pukul 7.45 pagi hingga pukul 12.05 tengah hari manakala pada hari Khamis balik pukul 12.45 tengah hari kerana menghadiri kelas Tasmik. Sebelum ini waktu persekolahan saya hingga pukul 3.30 petang kerana ada kelas tambahan persediaan UPSR.

Kadang kala selepas balik sekolah mama bawa saya ke AEON untuk beli makanan tengah hari. Saya dapat berjalan-jalan di shopping mall. Itu saja cerita saya tentang sesi persekolahan mengikut norma baharu. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.

Terima kasih sudi singgah dan baca cerita saya.

Singgah juga di YouTube saya kerana saya baru belajar edit video, ini post terkini :


Terima kasih :)



Regards,



Share:

24 comments:

  1. Seronok tidak waktu persekolahan dipendekkan?
    Rasanya pergi AEON lepas sekolah lagi seronokkan? Hehe.

    ReplyDelete
  2. Selamat kembali ke sekolah..seronok jumpa kawan2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih aunty. Seronok dapat jumpa kawan2 semula. :)

      Delete
  3. Selamat kembali ke sekolah Redza :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah
    Dapat menjalani pdp dalam norma baharu

    ReplyDelete
  5. selamat belajar dik...harap dapat biasakan diri dengan norma baru ni..dan moga covid-19 terhapus segera..Amin...

    ReplyDelete
  6. Selamat menjalani persekolahan :)

    ReplyDelete
  7. Salam, blogwalking here. Selamat menjalani persekolahan juga. :)

    ReplyDelete
  8. Patuhi SOP ya & selamat menuntut ilmu.

    ReplyDelete
  9. selamat kembali ke sekolah...anak sedara rietta pun dh kembali ke sekolah dan rietta pun dh kembali ke campus...

    ReplyDelete
  10. Selamat kembali ke sekolah semula TRC.
    Amalkan SOP InSyaAllah moga dilindungiNYA.

    ReplyDelete
  11. Semoga dipermudahkan urusan pembelajaran..

    ReplyDelete

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com