Hari ini hujung minggu, mama tak kerja jadi saya boleh buat S'mores dip kerana resepi ini perlu menggunakan stove dan oven. Mestilah kena ada perlu pengawasan mama untuk gunakan peralatan memasak tersebut.
S'mores dip |
Apa tu S'mores dip? Bila saya beritahu mama, mama pun tak tahu. Makanan bernama S'mores ialah sejenis snack tradisional untuk kanak-kanak yang dibuat semasa camping.
A s'more is a traditional camping snack that has been popular with kids—and their parents!— for years and years. Although many different varieties of s'mores have developed over time, the s'more is basically a sandwich of roasted marshmallows and chocolate between graham crackers.
Walau bagaimanapun, tiada siapa tahu dari mana nama asal-usul makanan / resepi ini seperti yang dinyatakan dalam article berikut:
No one knows for sure who invented the s'more. However, the first published recipe for "some mores" was in a 1927 publication called Tramping and Trailing with the Girl Scouts. Loretta Scott Crew, who made them for Girl Scouts by the campfire, is given credit for the recipe. - Sumber:
www.wonderopolis.org/wonder/why-are-they-called-s-mores
Saya tiba-tiba teringin makan S'mores dip selepas melihat video resepi ini daripada di Instagram dan YouTube. Saya rujuk resepi dari channel YouTube bernama Haley D. Williams. Selepas saya tahu bahan-bahan membuat S'mores dip, saya pun meminta mama beli di AEON Seremban 2. Kebetulan mama cuti kerana ada urusan di pejabat post AEON pada hari Khamis lalu dan mama membenarkan saya ikut sekali ke AEON..
Siapa nak tahu, resepi S'mores dip sangat mudah, hanya menggunakan 3 bahan sahaja iaitu 1 sudu butter, 2 keping coklat (jenama ikut kegemaran masing-masing) dan marshmallow. Sebelum beli marshmallow pastikan ada logo halal kerana selalunya marshmallow yang dijual kebanyakan tidak halal.
Marshmallow adalah ejaan yang sebenar bukan seperti ejaan dalam gambar. Sorry spelling error. |
2 keping coklat saiz besar |
Jom saya tunjuk cara-cara membuat S'mores dip ini berpandukan gambar-gambar berikut:
Mula-mula panaskan oven dalam pada suhu 200 darjah celcius. Potong coklat menjadi kepingan seperti dalam gambar. Resepi asal menggunakan coklat chips. Gunalah coklat apa pun janji coklat.
Potong coklat kecil-kecil seperti dalam gambar |
Kemudian cairkan 1 sudu besar butter dalam baking tray atas stove dengan api kecil. Kalau api besar butter akan hangus.
Cairkan 1 sudu besar butter atas api kecil |
Seterusnya masukan coklat. Kacau hingga semua coklat cair sekata.
Masukkan coklat |
Kacau hingga semua coklat cair |
Apabila semua coklat dah cair padam api. Kemudian potong marshmallow kepada dua bahagian dan susun di atas coklat yang telah cair.
Susun marshmallow yang telah dipotong kepada 2 bahagian di atas coklat cair |
Kemudian, masukkan ke dalam oven |
Selepas selesai susun marshmallow, letak dalam oven selama 5 hingga 10 minit. Bila nampak bahagian atas marshmallow mulai hangus, buka penutup oven dan off oven. S'mores dip sudah siap.
Tunggu hingga permukaan marshmallow mulai hangus |
Inilah hasilnya, S'mores dip.. Nampak sedap, yummy!
S'mores dip |
S'mores dip ni boleh dinikmati dengan makan begitu sahaja atau pun makan dengan biskut crackers.
S'mores dip |
S'mores dip cair semasa panas |
Lapisan marshmallow dan coklat |
Setelah siap saya makan S'mores dip ini bersama mama. Mama kata : "Manis, ini makanan budak-budak tak sesuai untuk orang tua macam mama." hehehehe. Kalau guna coklat chips seperti resepi asal mungkin kurang manis.
S'mores dip ini sesuai dimakan apabila semasa breakfast dan tea time. Ini saya semasa tea time hari ini di mini garden untuk dapatkan feel makan makanan western lah katakan, hehehehe.
Siapa suka dessert boleh cuba S'mores dip ni. Akhir kata, kurangkan manis dalam masakan, lebihkan manis dalam senyuman, hehehehe
Okay ini sahaja cerita saya. Jumpa lagi dalam post akan datang.
Regards,
Rasanya pernah nampak orang lain makan S'mores tapi akak tak pernah cuba lagi.
ReplyDeleteAkak boleh cuba satu hari nanti sebab senang buat S'mores dip ni. :)
DeleteLepas ni auntie boleh la try ikut resepi Arief..Qaisara suruh auntie buat tapi oven auntie dah lama tak pernah guna langsung..tak tau la boleh guna lagi ke tak..tq Arief share resepi
ReplyDeleteAunty jangan lupa buat tau bila oven boleh guna nanti.
DeleteSedap sebab ada coklat dan marshmallow mesti Qaisara suka :)
S'mores memang popular kat overseas pon..selalu juga buat S'mores ni sebab senang kan
ReplyDeleteOooo memang senang buat dan macam dessert juga kann.
DeleteTerima kasih sudi kongsi info.
Heheheheh betul aunty, anak-anak aunty mesti suka sebab budak-budak macam saya suka makanan manis terutama coklat..
ReplyDelete