HARI PERTAMA SEKOLAH SEMASA PKPP | Assalamualaikum semua pembaca blog ini. Saya harap semua sihat. Blog post kali ini saya akan menceritakan tentang hari pertama sekolah semasa Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP). Selepas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan tarikh sesi permulaan sekolah pada 15 Julai 2020, saya rasa tak sabar nak pergi sekolah. Bila lama sangat duduk di rumah saya mula rasa bosan, rindu dengan cikgu dan kawan-kawan.
Hari pertama tiba di sekolah pada pukul 7.05 pagi, terasa pelik dan tak biasa dengan norma baharu. Kali ini saya bersekolah mengikut Standard Operating Procedure (SOP). Dulu saya boleh makan di kantin tetapi kali ini saya makan di dalam kelas. Jarak meja pula seperti semasa peperiksaan. Selain itu saya mesti sentiasa pakai penutup muka dan kerap mencuci tangan. Mama juga beri saya sepaket tisu basah antibacterial untuk sanitize tangan.
Saya gembira keranajadual sekolah waktu persekolahan bermula dari pukul 7.45 pagi hingga pukul 12.05 tengah hari manakala pada hari Khamis balik pukul 12.45 tengah hari kerana menghadiri kelas Tasmik. Sebelum ini waktu persekolahan saya hingga pukul 3.30 petang kerana ada kelas tambahan persediaan UPSR.
Kadang kala selepas balik sekolah mama bawa saya ke AEON untuk beli makanan tengah hari. Saya dapat berjalan-jalan di shopping mall. Itu saja cerita saya tentang sesi persekolahan mengikut norma baharu. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Terima kasih sudi singgah dan baca cerita saya.
Singgah juga di YouTube saya kerana saya baru belajar edit video, ini post terkini :
Hari pertama sekolah semasa PKPP |
Saya gembira kerana
Kadang kala selepas balik sekolah mama bawa saya ke AEON untuk beli makanan tengah hari. Saya dapat berjalan-jalan di shopping mall. Itu saja cerita saya tentang sesi persekolahan mengikut norma baharu. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Terima kasih sudi singgah dan baca cerita saya.
Singgah juga di YouTube saya kerana saya baru belajar edit video, ini post terkini :
Terima kasih :)
Regards,