A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Monday, December 28, 2020

Teringin Makan Corn Dog

Hi, assalamualaikum semua.. Blog post kali ini saya ingin bercerita tentang pengalaman makan corn dog buat kali pertama. Lama saya teringin makan corn dog. Pada awalnya saya tengok orang makan corn dog di YouTube Nino Home. Mula terjebak tengok channel Nino Home bila saya terlihat thumbnail dia buat corn dog.

Corn dog

Apa itu corn dog?

Corn dog adalah sosej yang dicucuk dengan stick bersama cheese seterusnya disalut dengan adunan tepung jagung yang tebal. Kemudian salut dengan breadcrumb dan digoreng dengan minyak yang banyak.
"A corn dog is a sausage on a stick that has been coated in a thick layer of cornmeal batter and deep fried. It originated in the United States and is commonly found in American cuisine." - Wikipedia
Makanan ini berasal dari Amerika Syarikat. 

Oleh kerana teringin makan corn dog, jadi pada hari Ahad lalu saya minta papa saya beli. Papa saya kata : "Okay, alang-alang isi minyak boleh pergi sekali beli corn dog". Kebetulan corn dog ada dijual di sebuah gerai makan berhampiran rumah saya.

Semangat dapat makan corn dog

Apabila papa saya tiba di rumah selepas mengisi minyak kereta, saya tanya papa mana corn dog yang saya pesan tadi. Papa kata dah habis. Sedih hati saya..

My first bite

Saya pun turun la bawah menuju ke dapur. Rupa-rupanya papa bergurau.. Sebenarnya papa ada beli dan letak atas meja. Papa beli 2 iaitu satu untuk papa dan satu untuk saya. Mama tak makan corn dog sebab mama tak gemar cheese kecuali cheese KFC dan cheese yang dibakar hangus seperti topping pizza. 

Cheese tarik mozzarella

Akhirnya ada rezeki saya dapat makan corn dog, alhamdulillah.. Saya suka corn dog sebab bila gigit ada mozzarella cheese yang boleh ditarik. Sejak hari itu, beberapa kali saya repeat beli corn dog. Kini corn dog menjadi salah satu makanan kegemaran saya.

Sekian untuk blog post kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca cerita saya. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Byee.. 

 Regards,


Share:

Sunday, December 20, 2020

Demon Slayer Anime Bersiri Kegemaran Saya

DEMON SLAYER ANIME BERSIRI KEGEMARAN SAYA  | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Saya bercuti lama di rumah dan kerja sekolah juga tak putus-putus saya terima sepanjang masa dalam tempoh waktu tersebut. Selepas selesai kerja sekolah, saya akan meluangkan masa menonton siri anime kegemaran saya iaitu Demon Slayer : Kimetsu no Yaiba. 

Demon Slayer : Kimetsu no Yaiba

Blog post kali ini saya ingin bercerita mengenai menceritakan anime bersiri kegemaran saya itu. Sebelum itu, saya ingin menerangkan maksud perkataan 'anime'.

Merujuk kepada Wikipedia perkataan anime bermaksud :

Anime (bahasa JepunアニメIPA: [aɲime]  ( dengar)) ialah animasi lukisan tangan dan komputer yang berasal dari Jepun. Istilah anime adalah istilah Jepun untuk animasi, yang merujuk kepada semua bentuk media animasi.[1] Di luar Jepun, anime merujuk secara khusus kepada animasi dari Jepun atau sebagai gaya animasi yang disebarkan oleh Jepun yang sering dicirikan oleh grafik berwarna, watak-watak bersemangat dan tema fantastik.

Demon Slayer ialah anime yang terkenal di Jepun. Kisah ini diadaptasi dari siri manga. Maksud Kimetsu no Yaiba menurut wikipedia seperti berikut:

Kimetsu no Yaiba (bahasa Jepun鬼滅の刃 RomajiKimetsu no Yaiba, lit. Pedang Pembunuh Iblis) merupakan sebuah siri manga Jepun oleh Koyoharu Gotōge. Siri ini diterbitkan dalam bahasa Inggeris oleh Viz Media dan disiarkan oleh Shueisha dalam bahasa Inggeris di aplikasi dan laman web Manga Plus. Adaptasi siri televisyen anime oleh Ufotable ditayangkan pada 6 April 2019.

Kisah Cerita ini mengisahkan ialah tentang dua beradik iaitu Kamado Tanjiro (abang) dan Nezuko Kamado (kakak yang menjadi separa demon (syaitan)). Kawan mereka Zenitsu (watak penakut tetapi kuat) dan Inosuke (selalu cari gaduh). 

Kamado Tanjiro dan Nezuko Kamado

Cerita ini mengisahkan ibu Tanjiro dan bapanya dibunuh oleh demon. Demon tersebut telah masuk merasuk ke dalam tubuh kakaknya hingga Kerana itulah menyebabkan dia menjadi separa demon. Tanjiro dan kawan-kawannya meyertai ahli Demon Slayer kerana untuk mencari penawar untuk bagi memulihkan pulihkan kakaknya supaya yang kembali menjadi separa demon kepada manusia biasa. Cerita ini belum berakhir tapi malangnya watak kegemaran saya Rengoku mati di Official Demon Slayer Movie: Mugen Train. 

Rengoku

Watak kegemaran saya ialah Tanjiro, Giyu, Zenitsu dan Rengoku. Rengoku mati kerana berlawan dengan Upper Moon Demon iaitu Akaza. Rengoku berbuat membuat demikian kerana untuk menyelamatkan penumpang di dalam kereta api. Cerita tu memang sangat best. Jalan cerita ini sangat simple dan kadang-kala buat saya ketawa, rasa seram dan sedih. Saya tak sabar untuk menonton siri kedua Demon Slayer. 

Selain itu, saya suka cerita ini kerana memberi pengajaran kepada menggambarkan saya supaya tidak mementingkan diri sendiri dan sentiasa sayangi orang yang kita sayang sementara mereka masih hidup. Abaikan sahaja watak khinzir dan istilah syaitan dalam cerita ini kerana saya focus kepada jalan cerita yang memberi pengajaran kepada saya selagi ia tidak menyimpang kepada aqidah Islam. Jika pembaca ingin tahu lebih lanjut cerita ini anda boleh tengok di Netflix. Banyak cerita menarik di platform tersebut

Selepas menonton cerita ini, saya terus minat dengan watak dalam cerita Demon Slayer ini. Saya ingin mengumpul duit di sesi persekolahan tahun 2021 untuk collect figure semua watak Demon Slayer terutama sekali Rengoku dan Zenitsu. 

Sekian untuk blog post kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca cerita saya. Sehingga kita berjumpa lagi di post seterusnya.

Byee...

 Regards,


Share:

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com