Bersiaran saya hari ini.. Kali ini saya nak kongsi cerita makan-makan di Secret Recipe cawangan Metro Point Kajang. Minggu lalu (9.8.2020) saya sekeluarga berjalan-jalan ke Metro Point Kajang sebab dah memandangkan sudah lama tak tidak ke sana.
Kami ke Metro Point Kajang untuk mengisi waktu terluang di petang Ahad. Shopping mall di situ tidak terlalu sesak dengan orang ramai, jadi kami boleh berjalan-jalan window shopping. Kebetulan kami masih belum makan tengah hari jadi mama mencadangkan supaya kami makan di Secret Recipe kerana banyak pilihan makanan yang sesuai mengikut citarasa masing-masing.
Lasagna di Secret Recipe |
Apabila masuk ke Secret Recipe, kami diberi menu sebesar album gambar :). Perut sedang lapar, semua gambar makanan nampak sedap. Setelah kami semua sepakat, saya panggil waitress untuk membuat pesanan. Saya pasti akan memesan lasagna apabila ke Secret Recipe. Lasagna merupakan salah satu makanan kegemaran saya.
It's me |
Setakat ini, lasagna di Secret Recipe terlalu sedap berbanding di tempat lain. Hidangan lasagna di sini dimakan sekali dengan roti. Terdapat pilihan sos tomato dimasak bersama beef atau chicken. Pilihan saya tentulah beef. Saya recommend lasagna di Secret Recipe kerana tak kedekut cheese dan sos yang agak banyak hingga meleleh. Lapisan lasagna juga lembut dan tak cepat muak.
Golden crispy chicken & apple assam boi |
Papa pula memesan Golden Crispy Chicken dan apple asam boi. Papa suka minum apple assam boi sebab rasanya masam-masam manis dan sesuai dimakan dengan makanan berminyak seperti chicken chop dan fries.
Mushroom soup dan garlic bread |
Ini pula makanan yang dipesan oleh mama iaitu mushroom soup dan garlic bread. Bukan itu sahaja, mama juga memesan Singapore laksa dan chocolate banana cake kongsi antara kami bertiga. Bak kata mama, kami kena makan banyak sebab ia akan membuatkan kita kenyang dan memberi tenaga untuk ber-shopping, hehehehe..
Chocolate banana cake by Secret Recipe |
Sebenarnya saya teringin makan kek durian tetapi sudah habis. Jadi saya pun setuju untuk pesan chocolate banana cake.
Hot cafe latte for mama |
Ini pula air kegemaran mama iaitu hot cafe latte. Mama kata sesiapa suka coffee dan tak suka manis sangat boleh cuba air ini. Pada pendapat saya, semua makanan di Secret Recipe sedap dan memenuhi citarasa saya cuma ada duit dengan takde duit sahaja tapi bergantung kepada pocket masing-masing juga kerana harga makanan yang agak pricey.
Okay, itu sahaja perkongsian saya untuk hari ni.
Terima kasih sudi baca dan support blog saya.
Regards,
Nota : Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna
biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum. Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.
Sedap kan! Lama dah tak pekena Secrect recipe ni sejak PKP
ReplyDeleteSedap, saya suka jalan-jalan dan makan sedap hehehe!
DeleteZaman atuk kecik2 dulu, takde makanan pelik2 macam ni
ReplyDeleteAtuk, zaman sekarang macam-macam makanan pelik dari negara luar :)..
DeleteOMG!! Sedapnye.. nak kene cari jugak ni.. lama tak terjah SR..
ReplyDeleteCari sebelum PKP semula nanti terliur, hehehehe
DeleteLama dah tak makan kat secret recipe. Akak tak tahu pulak ada lasagna.
ReplyDeleteLasagna ada kak di SR, pada saya lebih sedap dari PizzaHut.
Deletesis suka mushroom soup dengan red valvel cake..
ReplyDeletesuka tengok cara penulisan adik ni..mesti ibu yang tolong semak sebelum post kan.
Saya pun suka juga mushroom soup tapi kek saya prefer perisa coklat, hihihi
DeleteYer mama saya tolong semak dan betulkan ayat saya..
Terima kasih anakdenesor :)
DeleteSuka chocolate indulgence.. hehe.. lama tak g secret recipe..
ReplyDeleteItu kek favorite saya juga :)
DeleteAunty pun suka golden crispy chicken kalau pi SR
ReplyDeleteSaya pun suka.. Taste kita samalah aunty :)
Deletewah sedapnye....dah lama juga xdine in SR....
ReplyDeleteSesekali saya sekeluarga makan di SR sebab banyak pilihan makanan sedap di SR..
Delete