A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Sunday, May 23, 2021

NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.
Kali ini saya ingin sertai giveaway sebab masih tiada kerana masih belum ada idea untuk cerita saya. Saya pernah beritahu dalam post Segmen & Giveaway sebelum ini iaitu saya suka join Segmen & Giveaway untuk tambah kenalan dari kalangan kakak-kakak, abang-abang, aunty dan uncle.

Untuk pengetahuan pembaca, setiap post dalam blog ini adalah dari tunjuk ajar mama saya. Saya tak meletakkan harapan tinggi untuk dipilih sebagai pemenang tetapi jika ada rezeki syukur alhamdulillah.. Giveaway kali ini mudah, rakan bloggers lain pun boleh turut serta..

Kali ini saya berpeluang menyertai giveaway anjuran kak SitiYangMenaip (SYM) - sebagai tanda hormat saya panggil kakak yer. Dah lama saya follow blog kak SYM. Saya suka cerita kak SYM yang suka melancong ke luar negara.

https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip

Untuk giveaway kak SYM, saya pilih penyertaan Category Satu.

Syarat Penyertaan Category Satu

1. Follow Blog SITI YANG MENAIP 
2. Subscribe YouTube Channel SITIYANGMENAIP -> DI SINI - Optional
    - Saya subscribed sebab saya pun ada YouTube Channel #kitasupportkita
3. Buat tajuk entry 'NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip'
4. Letak banner giveaway seperti di atas dan backlink pada entry DI SINI.
5. Publish entry penyertaan, tinggalkan link penyertaan dan nyatakan category pilihan di ruangan komen di entry INI sahaja.
6. Nyatakan YouTube channel peserta supaya kak SYM boleh subscribe kembali channel peserta.
    YouTube channel saya : The Redza Channelz

Tempoh giveaway : 16 May 2021 - 31 May 2021

Syarat-syarat sangat mudah.. Masih banyak masa lagi.. Cepat join sebelum terlambat!!!
Akhir kata, semoga ada rezeki kepada peserta yang menyertai giveaway kak SYM ini. 



Regards,



Share:

Saturday, May 22, 2021

Sambutan Hari Lahir Saya

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan. Hari ini sudah hari ke-10 kita umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam musim Covid-19. Pada 14.05.2021 lalu merupakan hari lahir saya ke 13 tahun. Sambutan kali ini kurang meriah kerana pkp PKP 3.0 sepertimana yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia yang dilaksanakan oleh rakyat Malaysia

Sekiranya bukan kerana Covid-19, bila birthday saya kami sekeluarga akan keluar ke shopping mall mama ajak saya pergi berjalan-jalan. Jadi kali ini mama hanya pergi ke Baker's Cottage membeli kek birthday saya di samping menu lain iaitu ayam panggang black paper dan tart telur. Kek yang mama beli untuk saya adalah jenis red velvet kerana ada krim keju di dalamnya. Mama tahu saya suka cheese, jadi mama pun beli khas untuk saya sempena sambutan birthday saya.

Baker's Cottage red velvet cake 

Inilah rupa bentuk kek red velvet saya secara dekat. Rasa kek ini sangat sedap. Selain red velvet di Baker's Cottage juga terdapat pelbagai kek dan pelbagai makanan. Gambar di bawah ini merupakan pelbagai jenis kek yang lain. 

Baker's Cottage cakes

Baker's Cottage cakes

Selain kek, terdapat tart telur dijual di sini. Saya sekeluarga suka tart telur di Baker's Cottage sebab tak hanyir dan wangi.  

Baker's Cottage egg tarts

Di Baker's Cottage juga dijual pelbagai jenis roti dan minuman. Sempena menyambut birthday saya, mama beli egg tart, kek red velvet dan black paper roasted chicken. 

Happy birthday to me

Tiba sahaja di rumah, mama menyiapkan segala makanan dan persiapan sambutan hari lahir saya. Saya rasa sungguh teruja. Mama mengambil menangkap beberapa foto dan video sebagai kenangan. 



Sambutan hari lahir ke-13

Selepas mengambil foto keluarga, saya makan bersama-sama mama dan papa. Walaupun hanya sambut bertiga tetapi saya rasa gembira.

Kek red velvet dan tart telur dari Baker's Cottage

Ini antara makanan yang dihidangkan sempena birthday saya. 

Baker's Cottage black paper roasted chicken

Begitu serba ringkas sambutan hari lahir saya ke-13. Saya mesti kongsi cerita dalam blog ini sebagai kenangan. Sekian sahaja daripada saya.. Terima kasih sudi singgah di blog saya.


Akhir kata, saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca beragama Islam. Jaga diri dan stay safe kepada semua.

Byeeee...


Regards,

Share:

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com