A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Thursday, May 28, 2020

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1441H / 2020 PKPB

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1441H / 2020 PKPB | Salam Aidilfitri saya ucapkan kepada para pembaca blog ini. Cepat masa berlalu hari ini dah masuk raya ke-5. Macam mana sambutan Hari Raya pembaca semua?

Selamat Hari Raya Aidilfitri 

Hari ini saya nak cerita tentang sambutan Hari Raya Aidilfitri PKPB saya.. Seperti rutin Hari Raya sebelum ini, bangun awal pagi bersiap. Beza kali ini solat Hari Raya tak dibuat di masjid hanya di rumah sahaja.

Selepas itu saya bantu mama papa menyiapkan juadah Hari Raya di dapur. Mama masak sup tulang, nasi impit dan rendang. Selain itu, lemang dan rendang mama ada beli dengan officemate. Saya ada share gambar di Instagram masa saya teman mama ambil lemang di office.

Ambil lemang dan rendang

Malam sebelum raya, papa dapat sebatang lemang, rendang ayam dan rendang daging dari kawan papa iaitu jiran lama kami. Semasa berbuka puasa hari terakhir Ramadhan, saya dapat rasa juadah raya tersebut.  

Selepas juadah Hari Raya siap dihidang, kami sekeluarga bersiap untuk buat video call. Mama set tempat dan saya set segala peralatan seperti tripod dan phone. Mula-mula call nenek, Mak Uda dan Pak Usu. Selepas itu call Mak Long, Mak Ngah dan Pak Uteh. Kemudian call nenek dan atuk sebelah mama. Perasaan saya sayu sebab tak dapat jumpa mereka. Tak dapat bermain mercun dan beraya dengan sepupu seperti biasa. Tak dapat join kumpulan marhaban kampung. Semua tak dapat buat tahun ini. Sedih sangat.

Selepas buat video call kami bergambar bersama sebagai kenangan. Ini gambar kenangan Hari Raya saya. Nampak tak muka sedih tak dapat beraya di kampung.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Puas bergambar baru terasa lapar jadi kami pun makan bersama-sama. Semua juadah Hari Raya sedap belaka. Dapat makan berulang-ulang kali, alhamdulillah.

Juadah Hari Raya Aidilfitri

Pada sebelah malam saya bermain bunga api di halaman rumah. Bunga api itu dah lama simpan di stor sejak umur saya 10 tahun. Tak sangka masih elok, hehehehe. Dapatlah menghiburkan hati saya.

Bermain bunga api
Bermain bunga api

Malam hari raya kedua, mama masak nasi lemak dan ayam goreng berempah. Saya pula teringin makan ayam goreng macam saya tengok dalam video di Instagram @khairulaming. Ayam goreng tu bersalut tepung, nampak rangup dan sedap. So saya request mama buat macam tu. Mama kata mama boleh buat tapi dengan syarat saya kena tolong mama. No problem, saya pun suka tolong mama masak di dapur. Nasib baik ayam goreng tu tak meletup. 

Ayam goreng versi @khairulaming

Maka dapatlah saya makan ayam goreng macam versi @khairulaming. Rasanya sedap macam ayam goreng McDonalds, hehehe.

Begitulah serba ringkas sambutan Hari Raya Aidilfitri PKPB saya. Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1441H, Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca blog saya. 

Terima kasih.



Regards,



Share:

Monday, May 18, 2020

Hadiah Birthday Dari Mama

HADIAH BIRTHDAY DARI MAMA | Minggu lepas saya ada buat blog post tentang sambutan hari lahir saya. Cerita itu boleh baca di sini : Happy birthday day to me. Kali ini saya ingin berkongsi perasaan gembira apabila dapat hadiah yang ditunggu-tunggu dari mama. Mama beli hadiah ini secara online jadi lambat sampai. Saya terima hadiah ini selepas tarikh lahir saya. 

Apakah hadiah dari mama?

Hadiah pertama iaitu set cadar. 

Hadiah set cadar bujang

Dalam entri Deko Bilik Tidur Saya lalu, saya ada beritahu cadar saya berbunga-bunga kerana masih belum beli cadar baru. Sekarang saya sudah ada set cadar yang baru hadiah hari lahir saya. 

Cadar Captain America

Mama tahu saya suka cerita dari siri Marvel, jadi mama belikan saya set cadar Captain America. Saya suka warna dan gambar cadar ini. Warna biru merah terang dan menyerlah gambar Captain America. 

Cadar katil bujang

Saya gembira dapat set cadar yang sangat cantik ini. Kain cadar ini lembut dan tak panas. Sesuai juga dengan katil saya.

Seterusnya hadiah kedua ialah SmartWatch 5. 

Set SmartWatch 5
Saya tak sangka akan dapat SmartWatch idaman saya. Jam ini boleh pairing dengan iPhone saya. 

SmartWatch 5

Keistimewaan jam ini boleh buat call dan terima call, mengira steps semasa kita berjalan atau jogging, mengira tekanan darah dan degupan jantung serta beberapa keistimewaan lain yang sesuai dengan kehendak saya. Saya suka bersenam jadi jam ini memudahkan saya. 

Nike strap
Selain itu rekabentuk jam ini juga sangat cantik. Saya puas hati setelah menggunakan jam ini. Tahun ini saya dapat 2 hadiah birthday daripada mama dan papa. Alhamdulillah dengan rezeki ini.

Okay itu saja cerita saya. Saya buat entri ini sebagai kenangan pada masa akan datang.

Jangan lupa singgah YouTube saya, video tentang Unboxing My Birthday Present :)



Terima kasih sudi baca dan support.


Regards,



Share:

Sunday, May 17, 2020

Keputusan Ujian Kelajuan Blog Saya

KEPUTUSAN UJIAN KELAJUAN BLOG SAYA | Salam Ramadhan dan Selamat Sejahtera pembaca blog ini. Semasa saya post entri Adab Bersosial Untuk Remaja kelmarin, saya mula blogwalking ke blog rakan bloggers berpandukan My Bloglist. Saya ke blog Bro Amerjaya bertajuk Blog Berat Punca Income Adsense Sikit dan Blog Tak Mesra SEO. Cara Semak Kelajuan Blog 2020 - fuh panjang betul tajuk, hehehe jangan marah #gurau. 

Walaupun blog saya masih belum layak untuk mohon Google Adsense tapi saya nak cuba semak kelajuan blog saya. Jadi saya minta bantuan Admin Blog ini iaitu mama saya buat post ini untuk tunjuk keputusan selepas saya semak kelajuan blog saya. Ada 2 keputusan ujian iaitu kelajuan guna mobile dan desktop. Berikut keputusan speed test blog saya :

MOBILE - 98%

Keputusan mobile speed test
Field Date, Origin Summary and Lab Data
Opportunities, Diagnostics and Passed audits

Itu keputusan speed test melalui mobile. Bolehlah rasa bangga sikit sebab 98% sangat laju tapi saya tak faham laporan panjang lebar tentang hasil ujian itu.

Seterusnya keputusan ujian melalui desktop :

DESKTOP - 48%

Keputusan desktop speed test 
Field Data, Origin Summary and Lab Data
Opportunities
Efficiently encode images
Diagnostics and Passed audits

Blog saya sangat baru tapi kelajuan cuma 48% sahaja, sedih! 

Saya pun tak faham laporan panjang lebar keputusan ujian speed test ni. Kalau ada rakan bloggers yang tahu boleh ajar saya macam mana nak baca laporan itu. Selain itu bolehlah juga kongsi tips macam mana nak tingkatkan kelajuan blog, SEO atau yang berkaitan dengan blogging. 

Kalau sesiapa nak check kelajuan blog masing-masing boleh guna url yang dinyatakan dalam blog post bro Amerjaya itu iaitu : https://developers.google.com/speed/pagespeed/insights. 

Lepas tu jangan lupa share berapa kelajuan blog anda di ruangan komen di bawah. Jangan malu-malu okay. Itu sahaja, terima kasih sudi baca. 



Regards,



Share:

Friday, May 15, 2020

Happy Birthday Day to Me!

HAPPY BIRTHDAY TO ME! | Salam Jumaat dan Salam Sejahtera kepada para pembaca blog ini. Semalam hari lahir saya ke-12. Hari Lahir saya disambut secara sederhana sahaja bersama ibu bapa saya. Alhamdulillah dapat makan chocolate cheese cake kegemaran saya dari Harold's Bread dan dapat hadiah.

Harold's Chocolate Cheese Cake

Sempena hari lahir saya, saya ingin kongsi gambar ketika saya baby, semasa di tadika dengan kawan-kawan dan juga gambar terkini. 

Saya berumur 1 tahun

Ini gambar saya ketika umur 1 tahun. Ibu bapa saya suka bawa saya berjalan-jalan kerana ketika itu kami tinggal di Kelana Jaya ketika itu. Banyak shopping mall berdekatan rumah. 

Saya berumur 3 tahun

Gambar ini diambil pada tahun 2010 iaitu saya berumur 3 tahun. Ketika ini kami sudah berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan sebab mama dapat kerja di sini. Apabila pindah ke Seremban dan start mama mula belajar pergi di universiti kami kurang pergi berjalan-jalan. Kalau ada pun pergi jalan  cuma dekat-dekat tak sampai 5 km (iyer ker?)..

Sambutan Hari Lahir saya di Taska Mutiara Hatiku

Ini pula gambar semasa saya menyambut hari lahir ke 5 tahun di Taska Mutiara Hatiku. Masa Ketika ini saya minta mama tempah kek tema Batman. Cantik kek itu, warna biru. Saya rindu dengan kawan-kawan taska sebab dah tak jumpa mereka lagi sejak saya mula masuk ke darjah satu. Semua kawan sekolah berasingan. Mama juga ada tempah chocolate dengan plastik pembalut tema Batman dan di situ ada tulisan terdapat perkataan "Arief Redza Turns 5".


Sambutan hari lahir saya ke-6

Ini pula sambutan hari lahir saya semasa saya di Tadika Mutiara Iltizam ketika umur 6 tahun. Tema kek saya Lego. Ini kerana pada semasa saya berumur enam tahun, saya gemar membeli Lego kemudian pasang sendiri. Sekarang set mainan Lego saya dah berkecai dibuatnya. Setiap kali saudara datang ke rumah saya, kami selalu bermain dengan set Lego dan bina apa sahaja dengan mainan Lego itu. Apabila pada saya remaja nanti, saya bercadang plan nak beli Lego yang ada set besar sebagai koleksi dan hobi.

Acara makan kek :)

Ini pula sambutan hari lahir saya semalam. Kek tak sebesar zaman kanak-kanak kerana papa dan mama tak berapa suka kek, so saya makan one slice share satu bite setiap mereka. Saya semalam duduk rumah sorang-sorang semalam, dari pagi selepas Subuh saya tak tidur tunggu mama balik dari pejabat. Sampai je mama balik di rumah, saya tertidur dari pukul 5.25 petang hingga 7.20 petang. Saya terjaga bila azan Maghrib dan tiba waktu berbuka. Bangun tengok macam-macam makanan ada di atas meja.

Set McDonalds

Saya terasa nak makan pizza dan burger so saya minta papa beli pizza dari PizzaHut dan burger dari McDonalds. Makanan lain mama punya, hehehehe. Pada asalnya saya minta Fish Foldover dan susu kurma dari McDonalds tetapi habis, jadi papa beli cheese burger dan air cincau sahaja.

Pizza dan Spaghetti meatballs

Alhamdulillah, kenyang. Walaupun sambutan sederhana tapi saya dapat semua yang saya ingin untuk hari itu. Agak-agaknya apa hadiah yang mama dan papa beri, sambil makan dan berfikir benda saya terfikir perkara itu.

Hadiah dari papa

Sampai masa yang saya tunggu iaitu buka hadiah. Ini salah satu hadiah saya dapat dari papa ialah iaitu tuala kelab pasukan bolesepak kegemaran saya, Barcelona dan JDT (takde dalam gambar). Hadiah mama tak sampai lagi sebab mama beli online. Tak sabar saya tunggu. Saya terima apa sahaja hadiah pemberian mereka.   

Sekian cerita tentang sambutan Hari Lahir Saya ke-12. Happy Birthday to Me! Semoga segala impian saya jadi kenyataan, aaminm.


Regards,



Share:

Wednesday, May 13, 2020

Adab Bersosial Untuk Remaja

ADAB BERSOSIAL UNTUK REMAJA | Salam Ramadhan dan Selamat Sejahtera kepada semua. Hari ini Cikgu Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah saya berkongsi tentang Adab Bersosial Untuk Remaja. Mama pesan supaya masukkan pesanan Cikgu itu di blog post supaya saya boleh rujuk dan ingat selalu tentang adab-adab yang telah diajar.


10 Adab Bersosial Untuk Remaja

Berikut 10 Adab Bersosial Untuk Remaja :

1. Ucapkan TOLONG, jika memerlukan pertolongan,
2. Ucapkan TERIMA KASIH, apabila menerima sesuatu,
3. Ucapkan MAAFKAN SAYA, jika melakukan kesilapan,
4. TUTUP TELEFON, apabila rakan ingin bercakap,
5. PANDANG MATA, apabila rakan bercakap,
6. Pastikan rakan HABIS BERCAKAP, sebelum anda memberi respon,
7. BERJABAT TANGAN secara mesra dan sopan,
8. Menyatakan SOKONGAN kepada rakan,
9. MENYAPA RAKAN dengan memberi salam atau bertanya khabar, dan
10. MEMBUKA PINTU untuk rakan.

Saya tak sangka ada adab bersama rakan. Saya selalu buat ikut suka janji tak sakitkan hati rakan atau tak jadi punca pergaduhan gaduh. Saya rasa adab di atas bukan sahaja kepada rakan tetapi boleh dilakukan diamalkan semasa berkomunikasi dengan setiap orang.

Terima kasih sudi baca.
  



Regards,



Share:

Saturday, May 9, 2020

Ibu Bapa Sebagai Model

IBU BAPA  SEBAGAI MODEL | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Hari ini Slot Motivasi Santai dari Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah berkongsi sedikit ilmu kepada pelajar,  so saya post di sini sebagai perkongsian bersama.


Ibu bapa sebagai model

Ibu bapa sebagai model mempunyai nilai diri yang tinggi, mengamalkan cara hidup yang sihat, pemikiran positif, berkemahiran sosial, kemas/anggun dan fleksibel.

Ibu Bapa Sebagai Model - Nak Cemerlang

Kecemerlangan akan tercipta apabila pelajar biasa, daripada keluarga biasa, dengan kecerdasan biasa, belajar di sekolah biasa berusaha secara luar biasa.

Renungan Ibu Bapa Sebagai Model

Renungan
Anak-anak tidak dilahirkan terus berjaya, bahagia, pandai, menang...Anak-anak juga tidak dilahirkan terus gagal, menderita, kecewa, jahil, kalah...Tetapi anak-anak mempunyai potensi untuk kedua-duanya.

Selain itu, cikgu saya sentiasa turut berpesan kepada pelajar dan mendoakan semoga kita semua sihat sejahtera dan selamat daripada segala wabak terutama penyakit Covid ini. Sayangilah diri dan keluarga kerana anda sangat berharga dan bernilai di dunia ini.



Regards,



Share:

Sunday, May 3, 2020

Terapi Bercerita

TERAPI BERCERITA | Assalamualaikum, Salam Sayang dan Rindu dari Cikgu Unit Bimbingan dan Kaunseling saya. Cikgu beritahu melalui WhatsApp group, rindu sangat dengan warga dan anak-anak sekolah. Saya pun rindu dengan cikgu  dan kawan-kawan.

Alhamdulillah dan syukur kita masih diberikan kesihatan yang baik. Pada 30 April 2020 lalu saya ada kongsi terapi pertama iaitu TERAPI MUZIK dalam Slot Motivasi Santai oleh Cikgu Bimbingan dan Kaunseling sekolah saya.

Kali ini Cikgu kongsi lagi tentang beberapa tips terapi yang boleh diamalkan di rumah bersama keluarga iaitu terapi kedua, TERAPI BERCERITA.

Terapi Bercerita

Kata Cikgu, sharing is caring, dengan bercerita terkadang terungkap yang terpendam di hati. Semoga hati lebih lapang, terbuka dan tenang. No stress and Stay Positive you all. Itulah ayat WhatsApp cikgu kepada saya dan kawan-kawan.

Saya memang jenis suka bercerita, pot-pet pot-pet kata mama. Saya suka cerita semula apa yang saya dengar atau tengok dari sumber seperti YouTube, cerita di tv dan sebagainya. Kadang-kadang saya tanya kepada orang dewasa seperti makcik, pakcik dan ibubapa untuk pengesahan. Itulah cara saya ingin tahu, hehehe

Baca juga : Terapi pertama iaitu TERAPI MUZIK


Cikgu akan sambung lagi untuk terapi seterusnya. 
STAY TUNED FOR NEXT THERAPY... 
Terima kasih sudi baca.

#UnitBimbingandanKaunseling 
#LoveUrself 
#KeepPositifguys 
#StayAtHome 
#staysmileandhappy 

Regards,



Share:

Friday, May 1, 2020

Dalgona Coffee versi The Redza Channelz

DALGONA COFFEE VERSI THE REDZA CHANNELZ | Pagi hari pertama dalam bulan Mei 2020 saya kongsi cerita tentang Dalgona Coffee. Pembaca mesti tentu tahu tentang dalgona coffee yang viral suatu masa dulu. Saya dapat tahu tentang dalgona coffee ni pun dari social media. Ramai kongsi di social media percubaan mereka masing-masing membuat dalgona coffee.

Inilah rupa sebenar Dalgona Coffee Viral

Saya pun tak mahu terlepas peluang cuba sendiri dalgona coffee ni. Dari hari ke hari saya pujuk mama supaya tolong saya buat dalgona coffee ni tapi mama tak layan. Mama kata : "Mama malaslah blend coffee tu lama-lama guna whisk. Buang masa. Malam nanti suruh papa tolong Arief."

Saya pun suruh papa bantu saya. Saya tulis resepi untuk papa rujuk, lekat kat fridge.

Resepi Dalgona Coffee

Papa pun sediakan semua bahan-bahan yang saya tulis dalam resepi itu. Saya tengok cara buat Dalgona Coffee ini dari YouTube dan search resepi di Google.

Kacau campuran Nescafe dan gula bersama air panas

Saya campur semua bahan-bahan dan kacau guna menggunakan whisk. Bila saya penat papa pula bergilir mengacau campuran dalgona coffee tersebut. Sekarang baru saya tahu apa maksud mama, malas nak kacau lama-lama. Lenguh tangan saya mengacau sampai gula larut dan campuran coffee tadi menjadi pekat.

Pati Dalgona Coffee

Inilah hasil mengacau bahan-bahan tadi sampai tangan saya penat. Saya malas kacau lagi sebab saya dan papa dah penat. Saya anggap campuran dalgona coffee ni siap dan boleh diminum. Tak sabar sebenarnya nak rasa dalgona coffee saya air tangan sendiri, hehehehe


Dalgona Coffee versi The Redza Channelz

Saya letak 2 sudu kecil sahaja pati Dalgona Coffee ke dalam susu segar sebab mama pesan jangan letak banyak sangat nanti susah tak boleh tidur. Rasa sikit dulu baru tambah kalau perlu. 

Inilah hasil Dalgona Coffee versi The Redza Channelz. Pada pendapat saya rasanya lebih kurang sama seperti air kotak Dutch Lady perisa coffee yang pernah saya minum. Lepas ni tak payah susah-susah buat Dalgona Coffee lagi, beli saja susu kotak tu. Saya pernah buat sekali, cukuplah. Mungkin rasanya berbeza dari segi kepekatan campuran pati coffee dalam setiap hidangan.

Okay itu saja cerita saya kali ini. Next post saya kongsi cerita lain pula okay. 
Terima kasih sudi baca.



Regards,



Share:

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com