A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Sunday, May 17, 2020

Keputusan Ujian Kelajuan Blog Saya

KEPUTUSAN UJIAN KELAJUAN BLOG SAYA | Salam Ramadhan dan Selamat Sejahtera pembaca blog ini. Semasa saya post entri Adab Bersosial Untuk Remaja kelmarin, saya mula blogwalking ke blog rakan bloggers berpandukan My Bloglist. Saya ke blog Bro Amerjaya bertajuk Blog Berat Punca Income Adsense Sikit dan Blog Tak Mesra SEO. Cara Semak Kelajuan Blog 2020 - fuh panjang betul tajuk, hehehe jangan marah #gurau. 

Walaupun blog saya masih belum layak untuk mohon Google Adsense tapi saya nak cuba semak kelajuan blog saya. Jadi saya minta bantuan Admin Blog ini iaitu mama saya buat post ini untuk tunjuk keputusan selepas saya semak kelajuan blog saya. Ada 2 keputusan ujian iaitu kelajuan guna mobile dan desktop. Berikut keputusan speed test blog saya :

MOBILE - 98%

Keputusan mobile speed test
Field Date, Origin Summary and Lab Data
Opportunities, Diagnostics and Passed audits

Itu keputusan speed test melalui mobile. Bolehlah rasa bangga sikit sebab 98% sangat laju tapi saya tak faham laporan panjang lebar tentang hasil ujian itu.

Seterusnya keputusan ujian melalui desktop :

DESKTOP - 48%

Keputusan desktop speed test 
Field Data, Origin Summary and Lab Data
Opportunities
Efficiently encode images
Diagnostics and Passed audits

Blog saya sangat baru tapi kelajuan cuma 48% sahaja, sedih! 

Saya pun tak faham laporan panjang lebar keputusan ujian speed test ni. Kalau ada rakan bloggers yang tahu boleh ajar saya macam mana nak baca laporan itu. Selain itu bolehlah juga kongsi tips macam mana nak tingkatkan kelajuan blog, SEO atau yang berkaitan dengan blogging. 

Kalau sesiapa nak check kelajuan blog masing-masing boleh guna url yang dinyatakan dalam blog post bro Amerjaya itu iaitu : https://developers.google.com/speed/pagespeed/insights. 

Lepas tu jangan lupa share berapa kelajuan blog anda di ruangan komen di bawah. Jangan malu-malu okay. Itu sahaja, terima kasih sudi baca. 



Regards,



Share:

3 comments:

  1. Terbalik dengan blog saya, result pada phone cuma 24% tapi result laptop lebih tinggi 81%. Tapi saya pernah tanya pada pakar sifu blog, katanya tak perlu laju sangat pun takpe tapi jangan terlalu lambat pula..

    ReplyDelete
  2. best kalau blog orang laju le loading..

    ReplyDelete

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com