A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Sunday, May 3, 2020

Terapi Bercerita

TERAPI BERCERITA | Assalamualaikum, Salam Sayang dan Rindu dari Cikgu Unit Bimbingan dan Kaunseling saya. Cikgu beritahu melalui WhatsApp group, rindu sangat dengan warga dan anak-anak sekolah. Saya pun rindu dengan cikgu  dan kawan-kawan.

Alhamdulillah dan syukur kita masih diberikan kesihatan yang baik. Pada 30 April 2020 lalu saya ada kongsi terapi pertama iaitu TERAPI MUZIK dalam Slot Motivasi Santai oleh Cikgu Bimbingan dan Kaunseling sekolah saya.

Kali ini Cikgu kongsi lagi tentang beberapa tips terapi yang boleh diamalkan di rumah bersama keluarga iaitu terapi kedua, TERAPI BERCERITA.

Terapi Bercerita

Kata Cikgu, sharing is caring, dengan bercerita terkadang terungkap yang terpendam di hati. Semoga hati lebih lapang, terbuka dan tenang. No stress and Stay Positive you all. Itulah ayat WhatsApp cikgu kepada saya dan kawan-kawan.

Saya memang jenis suka bercerita, pot-pet pot-pet kata mama. Saya suka cerita semula apa yang saya dengar atau tengok dari sumber seperti YouTube, cerita di tv dan sebagainya. Kadang-kadang saya tanya kepada orang dewasa seperti makcik, pakcik dan ibubapa untuk pengesahan. Itulah cara saya ingin tahu, hehehe

Baca juga : Terapi pertama iaitu TERAPI MUZIK


Cikgu akan sambung lagi untuk terapi seterusnya. 
STAY TUNED FOR NEXT THERAPY... 
Terima kasih sudi baca.

#UnitBimbingandanKaunseling 
#LoveUrself 
#KeepPositifguys 
#StayAtHome 
#staysmileandhappy 

Regards,



Share:

13 comments:

  1. Redza boleh bercerita kat blog juga.
    Bercerita buat kita menyusun ayat dan meluahkan perasaan.

    ReplyDelete
  2. nice sharing. mmg budak2 suka dgr orang bercerita kalau kita tak bercerita nt diorg tgk utube. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang pun. Suka rujuk YouTube dan search Google, hehehe 😁

      Delete
  3. Teringat kat Cikgu masa sekolah rendah...suka benar dia cerita tentang putera dan puteri raja...dikaitkan dengan permaisuri yang jahat...macam rapunzel...

    ReplyDelete
  4. dulu masa dekat sekolah pun suka bercerita jugak. sekarang ni cerita dekat blog je lah.

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan Redza :)
    Thank you for visiting my blog earlier.
    Hope everything goes well with you :)
    Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  6. Terapi melalui cerita ni dipanggil bibliotheraphy.
    Kita boleh pilih cerita yang dia boleh relate dgn keadaan semasa dia.
    Sangat berguna untuk anak2.

    ReplyDelete
  7. Memang terapi bercerita ni. Boleh keliling dunia hanya dengan bercerita.

    ReplyDelete
  8. thanks for the share...wah bagusnya cikgu sekolah....

    ReplyDelete
  9. Waah,,, bagusnya. Terapi-terapi ni memang penting untuk diri kita. Redza umur berapa ni? bagusnya ada blog. Taip blog ni pun salah satu terapi untuk kita bercerita dan berkongsi ilmu.

    ReplyDelete

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com