HAPPY BIRTHDAY TO ME! | Salam Jumaat dan Salam Sejahtera kepada para pembaca blog ini. Semalam hari lahir saya ke-12. Hari Lahir saya disambut secara sederhana sahaja bersama ibu bapa saya. Alhamdulillah dapat makan chocolate cheese cake kegemaran saya dari Harold's Bread dan dapat hadiah.
Harold's Chocolate Cheese Cake |
Sempena hari lahir saya, saya ingin kongsi gambar ketika saya baby, semasa di tadika dengan kawan-kawan dan juga gambar terkini.
Saya berumur 1 tahun |
Ini gambar saya ketika umur 1 tahun. Ibu bapa saya suka bawa saya berjalan-jalan kerana ketika itu kami tinggal di Kelana Jaya ketika itu. Banyak shopping mall berdekatan rumah.
Saya berumur 3 tahun |
Gambar ini diambil pada tahun 2010 iaitu saya berumur 3 tahun. Ketika ini kami sudah berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan sebab mama dapat kerja di sini. Apabila pindah ke Seremban dan start mama mula belajar pergi di universiti kami kurang pergi berjalan-jalan. Kalau ada pun pergi jalan cuma dekat-dekat tak sampai 5 km (iyer ker?)..
Sambutan Hari Lahir saya di Taska Mutiara Hatiku |
Ini pula gambar semasa saya menyambut hari lahir ke 5 tahun di Taska Mutiara Hatiku. Masa Ketika ini saya minta mama tempah kek tema Batman. Cantik kek itu, warna biru. Saya rindu dengan kawan-kawan taska sebab dah tak jumpa mereka lagi sejak saya mula masuk ke darjah satu. Semua kawan sekolah berasingan. Mama juga ada tempah chocolate dengan plastik pembalut tema Batman dan di situ ada tulisan terdapat perkataan "Arief Redza Turns 5".
Baca post ini : Koleksi gambar kek hari lahir saya.
Sambutan hari lahir saya ke-6 |
Ini pula sambutan hari lahir saya semasa saya di Tadika Mutiara Iltizam ketika umur 6 tahun. Tema kek saya Lego. Ini kerana pada semasa saya berumur enam tahun, saya gemar membeli Lego kemudian pasang sendiri. Sekarang set mainan Lego saya dah berkecai dibuatnya. Setiap kali saudara datang ke rumah saya, kami selalu bermain dengan set Lego dan bina apa sahaja dengan mainan Lego itu. Apabila pada saya remaja nanti, saya bercadang plan nak beli Lego yang ada set besar sebagai koleksi dan hobi.
Acara makan kek :) |
Ini pula sambutan hari lahir saya semalam. Kek tak sebesar zaman kanak-kanak kerana papa dan mama tak berapa suka kek, so saya makan one slice share satu bite setiap mereka. Saya semalam duduk rumah sorang-sorang semalam, dari pagi selepas Subuh saya tak tidur tunggu mama balik dari pejabat. Sampai je mama balik di rumah, saya tertidur dari pukul 5.25 petang hingga 7.20 petang. Saya terjaga bila azan Maghrib dan tiba waktu berbuka. Bangun tengok macam-macam makanan ada di atas meja.
Set McDonalds |
Saya terasa nak makan pizza dan burger so saya minta papa beli pizza dari PizzaHut dan burger dari McDonalds. Makanan lain mama punya, hehehehe. Pada asalnya saya minta Fish Foldover dan susu kurma dari McDonalds tetapi habis, jadi papa beli cheese burger dan air cincau sahaja.
Pizza dan Spaghetti meatballs |
Alhamdulillah, kenyang. Walaupun sambutan sederhana tapi saya dapat semua yang saya ingin untuk hari itu. Agak-agaknya apa hadiah yang mama dan papa beri, sambil makan dan berfikir benda saya terfikir perkara itu.
Hadiah dari papa |
Sampai masa yang saya tunggu iaitu buka hadiah. Ini salah satu hadiah saya dapat dari papa ialah iaitu tuala kelab pasukan bolesepak kegemaran saya, Barcelona dan JDT (takde dalam gambar). Hadiah mama tak sampai lagi sebab mama beli online. Tak sabar saya tunggu. Saya terima apa sahaja hadiah pemberian mereka.
Sekian cerita tentang sambutan Hari Lahir Saya ke-12. Happy Birthday to Me! Semoga segala impian saya jadi kenyataan, aaminm.
Regards,
Selamat hari lahir, Redza. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.
ReplyDelete..آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
DeleteTerima kasih sis.
Selamat Hari Jadi Redza. Moga menjadi anak yang soleh buat papa dan mama,dan berjaya di dunia dan akhirat.Teruskan berusaha dalam melakukan perkara-perkara yang baik :D
ReplyDelete..آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
DeleteTerima kasih atas doa.
Assalamualaikum Redza. Happy birthday to you. Semoga terus membesar menjadi anak kebanggaan keluarga. Amiiin..
ReplyDeleteSS وَعَلَيْكُمُ ٱلسَّلَامُ
Delete..آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Terima kasih banyak.
Happy birthday Redza. Semoga berjaya di dunia & akhirat..
ReplyDelete..ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ
DeleteTerima kasih aunty.
Happy belated birthday. You're blessing with loving parents.
ReplyDeleteAlhamdulillah aunty NA.
DeleteSemoga aunty juga sentiasa dirahmati Illahi.
Thank you.
Selamat ulang tahun kelahiran Arief semoga menjadi anak soleh yang membahagiakan kedua ibubapa.
ReplyDeleteWah.. peminat Barcelona rupanya. Akak (ke auntie?) minat Liverpool. Tahun ni birthday celebration tak semeriah tahun2 lepas tapi tetap seronok. Alhamdulillah
ReplyDeletecomelnyaaaaa. semoga membesar jadi anak yang soleh dik..
ReplyDelete