A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Monday, May 18, 2020

Hadiah Birthday Dari Mama

HADIAH BIRTHDAY DARI MAMA | Minggu lepas saya ada buat blog post tentang sambutan hari lahir saya. Cerita itu boleh baca di sini : Happy birthday day to me. Kali ini saya ingin berkongsi perasaan gembira apabila dapat hadiah yang ditunggu-tunggu dari mama. Mama beli hadiah ini secara online jadi lambat sampai. Saya terima hadiah ini selepas tarikh lahir saya. 

Apakah hadiah dari mama?

Hadiah pertama iaitu set cadar. 

Hadiah set cadar bujang

Dalam entri Deko Bilik Tidur Saya lalu, saya ada beritahu cadar saya berbunga-bunga kerana masih belum beli cadar baru. Sekarang saya sudah ada set cadar yang baru hadiah hari lahir saya. 

Cadar Captain America

Mama tahu saya suka cerita dari siri Marvel, jadi mama belikan saya set cadar Captain America. Saya suka warna dan gambar cadar ini. Warna biru merah terang dan menyerlah gambar Captain America. 

Cadar katil bujang

Saya gembira dapat set cadar yang sangat cantik ini. Kain cadar ini lembut dan tak panas. Sesuai juga dengan katil saya.

Seterusnya hadiah kedua ialah SmartWatch 5. 

Set SmartWatch 5
Saya tak sangka akan dapat SmartWatch idaman saya. Jam ini boleh pairing dengan iPhone saya. 

SmartWatch 5

Keistimewaan jam ini boleh buat call dan terima call, mengira steps semasa kita berjalan atau jogging, mengira tekanan darah dan degupan jantung serta beberapa keistimewaan lain yang sesuai dengan kehendak saya. Saya suka bersenam jadi jam ini memudahkan saya. 

Nike strap
Selain itu rekabentuk jam ini juga sangat cantik. Saya puas hati setelah menggunakan jam ini. Tahun ini saya dapat 2 hadiah birthday daripada mama dan papa. Alhamdulillah dengan rezeki ini.

Okay itu saja cerita saya. Saya buat entri ini sebagai kenangan pada masa akan datang.

Jangan lupa singgah YouTube saya, video tentang Unboxing My Birthday Present :)



Terima kasih sudi baca dan support.


Regards,



Share:

Related Posts:

16 comments:

  1. Cantik cadar tu Redza. Happy belated birthday. Yang ke berapa ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis Salbiah.
      Birthday saya 12 tahun.

      Delete
  2. Alhamdulillah..dapat hadiah idaman hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu aunty, rezeki birthday.
      Alhamdulillah..

      Delete
  3. Tertarik dengan jam tu. Seronok dapat hadiah.

    ReplyDelete
  4. Wah, dapat dua hadiah birthday.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua sekali ada 4 hadiah tapi 2 hadiah lagi tak sempat buat video, hehehehe

      Delete
  5. Happy birthday Redza. Happy happy every day k :)

    ReplyDelete
  6. Happy Birthday Redza. InsyaAllah jadi anak soleh. Happy betoi muka dapat hadiah. hehehe

    ReplyDelete
  7. tidur dengan superhero la nampaknya adik redza..

    ReplyDelete
  8. Happy Belated Birthday...wah bestnye dapat hadiah dr ibu tericnta...

    ReplyDelete
  9. Happy Belated Birthday adik Redza! Cantiknya smart watch tu hehe

    ReplyDelete
  10. happy birthday. may all ur dreams come true.

    ReplyDelete

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Visitors

A visitor from Moscow viewed 'Cabaran Memohon Kad Pengenalan Ketika Pandemic Cov' 9 hrs 12 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'Cabaran Memohon Kad Pengenalan Ketika Pandemic Cov' 9 hrs 13 mins ago
A visitor from Ampang viewed 'Review Jujur Seoul Garden Korbi Grill @ MyTown ~ T' 7 days 15 hrs ago
A visitor from Johor bahru viewed 'GATSBY Styling Pomade Minyak Rambut Pilihan Saya ~' 9 days ago
A visitor from Jakarta viewed 'Review Laverland Crunch Crispy Seaweed Snack, Seda' 11 days 14 hrs ago
A visitor from Kota bharu viewed 'Kedai Tayar Murah Di Bukit Kemuning, Shah Alam ~ T' 11 days 18 hrs ago

Popular Posts

Copyright © 2025 The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com