SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1441H / 2020 PKPB | Salam Aidilfitri saya ucapkan kepada para pembaca blog ini. Cepat masa berlalu hari ini dah masuk raya ke-5. Macam mana sambutan Hari Raya pembaca semua?
Selamat Hari Raya Aidilfitri |
Hari ini saya nak cerita tentang sambutan Hari Raya Aidilfitri PKPB saya.. Seperti rutin Hari Raya sebelum ini, bangun awal pagi bersiap. Beza kali ini solat Hari Raya tak dibuat di masjid hanya di rumah sahaja.
Selepas itu saya bantu mama papa menyiapkan juadah Hari Raya di dapur. Mama masak sup tulang, nasi impit dan rendang. Selain itu, lemang dan rendang mama ada beli dengan officemate. Saya ada share gambar di Instagram masa saya teman mama ambil lemang di office.
Ambil lemang dan rendang |
Malam sebelum raya, papa dapat sebatang lemang, rendang ayam dan rendang daging dari kawan papa iaitu jiran lama kami. Semasa berbuka puasa hari terakhir Ramadhan, saya dapat rasa juadah raya tersebut.
Selepas juadah Hari Raya siap dihidang, kami sekeluarga bersiap untuk buat video call. Mama set tempat dan saya set segala peralatan seperti tripod dan phone. Mula-mula call nenek, Mak Uda dan Pak Usu. Selepas itu call Mak Long, Mak Ngah dan Pak Uteh. Kemudian call nenek dan atuk sebelah mama. Perasaan saya sayu sebab tak dapat jumpa mereka. Tak dapat bermain mercun dan beraya dengan sepupu seperti biasa. Tak dapat join kumpulan marhaban kampung. Semua tak dapat buat tahun ini. Sedih sangat.
Selepas buat video call kami bergambar bersama sebagai kenangan. Ini gambar kenangan Hari Raya saya. Nampak tak muka sedih tak dapat beraya di kampung.
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri |
Puas bergambar baru terasa lapar jadi kami pun makan bersama-sama. Semua juadah Hari Raya sedap belaka. Dapat makan berulang-ulang kali, alhamdulillah.
Juadah Hari Raya Aidilfitri |
Pada sebelah malam saya bermain bunga api di halaman rumah. Bunga api itu dah lama simpan di stor sejak umur saya 10 tahun. Tak sangka masih elok, hehehehe. Dapatlah menghiburkan hati saya.
Bermain bunga api |
Bermain bunga api |
Malam hari raya kedua, mama masak nasi lemak dan ayam goreng berempah. Saya pula teringin makan ayam goreng macam saya tengok dalam video di Instagram @khairulaming. Ayam goreng tu bersalut tepung, nampak rangup dan sedap. So saya request mama buat macam tu. Mama kata mama boleh buat tapi dengan syarat saya kena tolong mama. No problem, saya pun suka tolong mama masak di dapur. Nasib baik ayam goreng tu tak meletup.
Ayam goreng versi @khairulaming |
Maka dapatlah saya makan ayam goreng macam versi @khairulaming. Rasanya sedap macam ayam goreng McDonalds, hehehe.
Begitulah serba ringkas sambutan Hari Raya Aidilfitri PKPB saya. Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1441H, Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca blog saya.
Terima kasih.
Regards,
Alhamdulillah. Dapat makan ayam goreng.
ReplyDeleteHarap-harap tahun depan dapat beraya bersama saudara-mara.
Alhamdulillah rezeki, hehehe.
DeleteHarap dapat berkumpul next year, aminn.
alahai muka sedih pun comel je. selamat hari raya maaf zahir batin adik redza. moga nanti boleh balik kampung jumpa nenek dan saudara mara semua..
ReplyDeleteBelum terlambat utk ucapkan Selamat Hari Raya
ReplyDeleteSelamat Hari Raya, Redza..sedap2 juadah hari raya..
ReplyDeleteselamat hari raya boy. pakcik pun masa kanak2 suka sgt sambut raya. gi jln2 umah org kg utk kutip duit raya. bila semakin besar makin malu plak nak berkunjung ke rumah org....
ReplyDeleteBetul, cepat ja masa berlalu. Selamat Hari Raya Redza. Sedap2 juadah hari raya.
ReplyDeleteselamat hari raya....
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri
ReplyDeletebanyak dapat duit raya?
Hai Redza...Bagusnya awak sebaya anak murid saya. Salam perkenalan.
ReplyDeleteSelamat hari raya!