A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Friday, May 1, 2020

Dalgona Coffee versi The Redza Channelz

DALGONA COFFEE VERSI THE REDZA CHANNELZ | Pagi hari pertama dalam bulan Mei 2020 saya kongsi cerita tentang Dalgona Coffee. Pembaca mesti tentu tahu tentang dalgona coffee yang viral suatu masa dulu. Saya dapat tahu tentang dalgona coffee ni pun dari social media. Ramai kongsi di social media percubaan mereka masing-masing membuat dalgona coffee.

Inilah rupa sebenar Dalgona Coffee Viral

Saya pun tak mahu terlepas peluang cuba sendiri dalgona coffee ni. Dari hari ke hari saya pujuk mama supaya tolong saya buat dalgona coffee ni tapi mama tak layan. Mama kata : "Mama malaslah blend coffee tu lama-lama guna whisk. Buang masa. Malam nanti suruh papa tolong Arief."

Saya pun suruh papa bantu saya. Saya tulis resepi untuk papa rujuk, lekat kat fridge.

Resepi Dalgona Coffee

Papa pun sediakan semua bahan-bahan yang saya tulis dalam resepi itu. Saya tengok cara buat Dalgona Coffee ini dari YouTube dan search resepi di Google.

Kacau campuran Nescafe dan gula bersama air panas

Saya campur semua bahan-bahan dan kacau guna menggunakan whisk. Bila saya penat papa pula bergilir mengacau campuran dalgona coffee tersebut. Sekarang baru saya tahu apa maksud mama, malas nak kacau lama-lama. Lenguh tangan saya mengacau sampai gula larut dan campuran coffee tadi menjadi pekat.

Pati Dalgona Coffee

Inilah hasil mengacau bahan-bahan tadi sampai tangan saya penat. Saya malas kacau lagi sebab saya dan papa dah penat. Saya anggap campuran dalgona coffee ni siap dan boleh diminum. Tak sabar sebenarnya nak rasa dalgona coffee saya air tangan sendiri, hehehehe


Dalgona Coffee versi The Redza Channelz

Saya letak 2 sudu kecil sahaja pati Dalgona Coffee ke dalam susu segar sebab mama pesan jangan letak banyak sangat nanti susah tak boleh tidur. Rasa sikit dulu baru tambah kalau perlu. 

Inilah hasil Dalgona Coffee versi The Redza Channelz. Pada pendapat saya rasanya lebih kurang sama seperti air kotak Dutch Lady perisa coffee yang pernah saya minum. Lepas ni tak payah susah-susah buat Dalgona Coffee lagi, beli saja susu kotak tu. Saya pernah buat sekali, cukuplah. Mungkin rasanya berbeza dari segi kepekatan campuran pati coffee dalam setiap hidangan.

Okay itu saja cerita saya kali ini. Next post saya kongsi cerita lain pula okay. 
Terima kasih sudi baca.



Regards,



Share:

26 comments:

  1. Tulah kalau tiada pengadun macam leceh nak buat. Suka je minum macam biasa.

    ReplyDelete
  2. Dalgona Coffee sedap. Tapi tulah jenuh nak membuatnya. Kalau guna hand mixer pun lama juga baru dapat firm peaks tu. Kalau guna whisk memang itu je lah sekali buatnya. Sakit tangan tu, minumnya sekejap habis dah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat dalgona coffee leceh padahal minuman je pun 😁

      Delete
  3. Saya belum tergerak lagi nak buat dalgona,belum terpengaruh lagi wpun suka air bersusu. Plus kopi memang tak boleh minum sbb nanti susah tidur malam.

    Ada baca org gantikan kopi dgn bandung dll

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh boleh tukar bahan. Kalau rajin saya cuba 😊

      Delete
  4. Saya pun belum cuba lagi buat dalgona coffee..sebab saya kurang sikit kopi..orang cakap boleh gantikan dgn milo..nanti free2 nak cuba jugak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time nak cuba milo, tunggu saya rajin 😁

      Delete
  5. Dah buat 2 3 kali dah dalgona ni hehe and suka air ni sebab rasa dia sedap.
    Berlemak and rasa coffee dia takdalah kuat sangat

    ReplyDelete
  6. keinginan nak buat tu ada tapi tu lah sama cam alasan mama arief, mls whisk lama 😍😍

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. mula2 tengok gmbar, waw cantiknya Redza buat Dalgona coffee ni. camna cantik mcm tu... bila baca sampai akhir. heheheh heheh hehhe... Sis tersenyum sipu2... memang menguji kesabaran. SS pun tak terkecuali. bila minum, ok laa.. cuma tak de laa rasa gemar sgt. Apa pun, tahniah Redza n papa. Sekurangnya faham apa yang mama maksudkan tu n kenapa mama tak nak buat. hehehe cute mama. SS pun, lepas bancuh tu. rsa mcm naik sikit bicep SS. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, hehehehe gambar sekadar hiasan.
      Gambar sebenar tak sama, sedih.
      Terima kasih singgah dan follow 😊

      Delete
  8. ehee malas nak buat sebab tak suka kuppi.. cuma geram tengok cantik foam
    yang terhasil tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe kalau sesekali nak rasa beli saja.
      Buat leceh 😊

      Delete
  9. Honestly tak try lagi haha but thank you for sharing!! :)

    ReplyDelete
  10. antara minuman yang selalu berlegar kat fb haritu, sampai sekarang tak try lagi. tak minat sangat caffein. tapi kalau ada orang sudi buatkan onz je hahaha (sekadar mencuba)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang tolong buat mesti best sis SH.
      Kalau tak minat caffein mungkin tak suka dalgona coffee ni kot.

      Delete
  11. Nak tahu cara mudah buat tu tak... Caampur semua bahan tu dlm botol....
    Lepas tu shake sampai jadi.. Kalau shake lagi cepat dia jadi...

    ReplyDelete
  12. Rajinnya and nampak sedap pulak tu! Good job 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya teringin cuba Dalgona coffee ni.
      Thank you teacher.

      Delete

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com