A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Saturday, April 12, 2025

Misi Makan di Setia City Mall: Sukiya Tokyo Bowls & Noodles – Makanan Jepun Halal

Awal tahun lalu iaitu pada 12 Januari 2025, saya bersama keluarga berjalan-jalan ke Setia City Mall untuk pertama kali. Alang-alang dah sampai, saya pun memulakan misi mencari tempat makan yang rare sikit, bukan fast food biasa atau kedai makan yang dah selalu pergi.

Setia City Mall
 
Puas berjalan, akhirnya saya terjumpa sebuah restoren Jepun yang saya tak pernah cuba lagi - Sukiya Tokyo Bowls & Noodles, terletak di Lot LG-166. Restoren ini mudah diakses dan suasana yang selesa dengan dekorasi ala Jepun moden. Nampak cozy and welcoming. 

Sukiya Tokyo Bowls & Noodles

1st Impression: Jepun vibes, tapi harga mesra poket!

Mula-mula masuk restoren ni terus tengok menu yang dipaparkan.. Saya macam - "Eh... restoren ni biar betul, nampak high-end tapi harga.."

Tak padan menu dengan harga, macam tak percaya, tapi percayalah.. Harga bermula dari RM10.00++ dan menu dia mudah faham, straightforward sekali dengan harga. Apa yang kita tengok di menu itulah yang kita dapat. 


Menu Sukiya


Status HALAL Malaysia

Sukiya di Malaysia beroperasi dengan pemantauan halal JAKIM. Mereka telah mengambil langkah untuk memastikan semua bahan mentah yang digunakan adalah halal dari pembekal yang diiktiraf. Mereka juga berusaha untuk mendapatkan sijil halal untuk setiap cawangan mereka. Jadi kepada kita sebagai Muslim, bolehlah makan tanpa was-was.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk: sukiya.my/halal_policy


Gyudon
Unagi Don
Set ala-carte
Family set
Minuman


Menu & Pilihan

Sukiya terkenal dengan hidangan Gyudon (nasi dengan daging lembu), tetapi mereka juga menawarkan pelbagai pilihan lain seperti:

  • Unagi Don – nasi dengan belut panggang.
  • Tokyo Ramen – mi Jepun dengan pelbagai pilihan topping.
  • Volcano Chili Ramen – untuk yang sukakan pedas.

Harga purata untuk satu hidangan utama adalah sekitar RM15–RM30, menjadikannya pilihan yang berpatutan untuk makanan Jepun berkualiti.


Order table no. 3


Menu Pilihan: Spicy Ontama Gyudon size S

Saya cuba Gyudon – nasi Jepun dengan hirisan daging lembu. Daging dia lembut, tak liat langsung, dan kuah dia sedap meresap sampai ke nasi. Nasi pula beras sushi jadi cepat kenyang.


Menu yang dipesan

Tip: Kalau anda suka pedas, cuba Volcano Ramen – memang level pedas berapi!


Jom kita close-up satu-persatu makanan yang saya pesan..

Spicy Ontama Gyudon
Gyudon

Kombinasi dengan nasi panas memang puas hati. Servis juga pantas dan mesra.

Miso sup dan tembikai
Japanese pickles - acar kubis
Deep fried chicken gyoza & miso up set


Ini pula pesanan my parents..

Chicken Katsu Curry 


Untuk minuman, saya pilih cold green tea dan versi panas. Simple, tapi cukup kenyang.

Hot green tea


Pengalaman Peribadi

Walau pun baru pertama kali saya makan di sini tapi saya suka kerana:

  • Harga mampu milik untuk makanan Jepun asli.
  • Servis cepat & mesra pelanggan.
  • Sesuai untuk makan santai, sendiri atau bersama keluarga.
  • Pilihan makanan mesra Muslim.
  • Dekat dengan mall dan boleh shopping.




Lokasi

Sukiya Tokyo Bowls & Noodles

Lot LG-166, Setia City Mall,

No. 7, Persiaran Setia Dagang,

Bandar Setia Alam, 40170 Shah Alam, 

Selangor Darul Ehsan


Sebelum saya mengakhiri blog post kali ini, saya nak main teka-teki. Kepada pembaca yang dapat meneka berapa harga makanan saya sekeluarga makan di sini, saya akan bayar pembaca yang dapat meneka dengan tepat atau jumlah paling hampir dengan harga makanan yang saya makan di Sukiya Tokyo Bowls & Noodles.. Nama pemenang dengan jawapan akan disiarkan dalam blog akan datang. 

Okay, siapa suka makanan Jepun atau ada pengalaman makan di Sukiya boleh kongsi pengalaman di ruangan komen. Kongsi juga menu kegemaran anda.. atau boleh cadangkan restoren Jepun halal lain yang mesti saya cuba.. Akhir kata, terima kasih kerana sudi singgah di blog ini.. 


Regards,

Share:

Tuesday, November 19, 2024

Makan di The Urban Affairs Dataran Centrio

MAKAN DI THE URBAN AFFAIRS DATARAN CENTRIO | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Maaf lama tak bersiaran disebabkan kerja sekolah terlalu banyak dan terpaksa focus pada exam.. 

Sementara break selepas buat homework, saya update blog ini dengan cerita #throwback pada 4 November 2024 lalu. Selepas pulang dari sekolah saya pergi makan tengah hari dengan mama di The Urban Affairs. 

The Urban Affairs 

The Urban Affairs merupakan sebuah cafe yang terletak di Dataran Centrio, Seremban 2 berhadapan Mydin Mall. Saya suka makan di sini kerana terdapat banyak pilihan makanan yang menepati citarasa saya. 

Cakes & Pastries

Menu makanan terbahagi kepada Local Classic & Fusions seperti Salted Eggs Chicken with Rice, Mee Kari Udang dan Ayam Bakar Black pepper, Burger & Sandwich, Pesta Pasta, Snacks dan Cakes & Pastries.

Cake

Makanan pilihan saya sudah tentu dari kategori Pesta Pasta iaitu Chicken Grills with pasta. Saya suka ayam grill kerana isi dia moist dan terasa perapan ayam ditambah pula sos black pepper. Sambil menunggu makanan utama disediakan, mama pesan cake (tapi saya lupa apa nama kek ini).. Sedap sangat, tak terlalu manis. Waktu menunggu pesanan makanan tak terlalu lama.

Chicken grill and laksa Johor

Saya suka makan chicken grill, makanan kegemaran mama pula laksa Johor. Mama kata laksa Johor di sini sedap dan rasanya sama seperti laksa Johor asli. Secara keseluruhannya saya berpendapat, cafe The Urban Affairs memang best dan sesuai dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat. 

Sesiapa yang ingin mencuba boleh datang ke The Urban Affairs Dataran Centrio Seremban 2. Kalau tak tahu lokasi tepat boleh guna Waze atau  Google map. Waktu operasi setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. 

Okay setakat ini sahaja post saya kali ini.. Jumpa lagi di post akan datang..



Regards,

Share:

Monday, February 12, 2024

Review Makanan di BananaBro Sunway Putra Mall

REVIEW MAKANAN DI BANANABRO SUNWAY PUTRA MALL | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada para pembaca blog ini.. Lama saya tak buat posting di blog, jadi kali ini saya ingin review restoran Bananabro cawangan Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur. Awalnya saya dan keluarga booking hotel yang berdekatan Sunway Putra Mall. Selepas check-in kami mencari restoran yang berada dalam mall tersebut kerana hampir jam 4.00 petang masih belum makan tengah hari. 

Puas pusing satu mall untuk membuat pilihan makanan yang sesuai, akhirnya kami sekeluarga sepakat untuk makan di restoran BananaBro. Masing-masing lapar nasi! Menu di Bananabro sangat sesuai bukan sahaja nasi tapi macam-macam lauk ada.. 

Restoran India BananaBro ialah destinasi makan popular yang terkenal dengan masakan asli India dengan tagline : It's A Malaysian Things - unlimited refills. Jangan risau Halal Certified.

BananaBro Sunway Putra Mall

Kakitangannya mesra jadi kami sebagai pelanggan yang baru datang kali pertama terasa dialu-alukan dan selesa.

Selain itu pelayan juga mengesyorkan beberapa pilihan menu. Terdapat beberapa pilihan menu disediakan, perut sedang lapar so rambang mata tapi akhirnya kami memilih Craving Set tambah side dishes Chef Recommendation. Ketika itu perut pun craving untuk merasa makanan yang ada dalam menu. Set lain juga berbaloi dan terdapat banyak lauk untuk dipilih. 

Craving Set

Selain Craving Set terdapat juga The Family Combo sesuai untuk 2 hingga 4 pax. Pilihan side dishes juga banyak.

The Family Combo

Sebaik saja pelayan sampai ke meja untuk menghidangkan makanan, saya focus pada sotong goreng. Rasa tak sabar untuk merasa sotong yang dimasak garing disaluti rempah. Selain sotong goreng, kami pesan peria goreng yang rangup. Saya bukanlah penggemar peria tapi saya boleh makan peria goreng ini kerana tak rasa pahit. Rasa rempah kari sangat sedap. Begitu juga dengan sotong, walaupun sotong nampak berminyak tapi rasa dia sedap dan lembut. 

Sotong goreng berempah

Konsep makan di sini, pelayan akan menghidangkan makanan di hadapan pelanggan dengan membawa 4 bekas kuah seperti makan di restoran daun pisang. Saya hanya perlu memilih kuah yang disediakan mengikut citarasa saya.

Craving Set

Saya makan nasi panas dengan campuran kuah kari ikan, satu keping papadom, peria, sotong, sayur kobis dan ayam goreng di atas daun pisang yang wangi. Secara tidak langsung ia meningkatkan aroma dan menarikkan rasa selera saya ketika menjamu hidangan ini lebih-lebih lagi perut pun memang tersangat lapar. 

Ayam goreng berempah

Craving Set ini juga disertakan sekali minuman teh ais yang sangat kaw dinamakan Teh Tarik LAWA, rasanya creamy, tak berapa masni sesuai dengan tekak saya. Makanan belum sampai tapi teh ais dihidangkan terlebih dahulu, memang tinggal separuh laa jawabnya. Serious sedap teh ais di BananaBro.

Teh tarik LAWA di BananaBro

Overall puas hati makan di sini dengan portion makanan yang banyak. Harga juga berpatutan, memandangkan kualiti dan rasa makanan pun sedap. Siapa pernah makan di sini setuju dengan statement saya ini?

Lepas makan, saya dan family pun melangkah keluar dari restoran dengan perut kenyang. Kali ni puas hati kerana saya boleh kata makanan di BananaBro sangat sedap dan kena citarasa kami sekeluarga. Selepas itu kami berjalan-jalan di dalam mall, membeli barang-barang keperluan sebelum balik ke bilik hotel.

Jadi bagi penggemar nasi daun pisang, boleh cuba makan di restoran BananaBro ini. Bukan hanya di Sunway Putra Mall tapi banyak cawangan BananaBro ada di tempat lain. Saya pun jika diberi peluang pasti akan datang makan di sini lagi. Itu sahaja review makanan kali ini. Semoga jumpa lagi dalam post akan datang. 

Take care & Bye..


Regards,

Share:

Thursday, September 21, 2023

Review Domino’s Pizza BoxKu

REVIEW DOMINO’S PIZZA BOXKU | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca blog ini.. Blog post kali ini saya akan review Domino's Pizza BoxKu. Selasa lalu saya tidak dapat hadir ke sekolah, cuti sakit sebab demam panas. Sekitar pukul 3.30 petang saya lapar.. Saya juga perlu makan ubat. Saya beritahu mama, saya teringin makan Domino’s pizza.. Kebetulan sebuah outlet Domino's Pizza baru dibuka di Sendayan Merchant Square iaitu berhampiran rumah saya.

Domino’s Pizza BoxKu

Kami order Domino’s Pizza secara dalam talian.. Ada set BoxKu iaitu sekeping personal pizza dan side order.

Domino’s Pizza BoxKu

Mama pesan 1 set BoxKu, 1 set pizza dan add on chicken wings bbq. Selepas pesanan dibuat saya rasa excited dan tak sabar menunggu pesanan dihantar ke rumah. Sejurus makanan tiba, bau pizza dan chicken wings menusuk hidung membuatkan perut semakin lapar.

Pesanan dalam talian

Wahhhh menarik.. Melting cheese sangat menyelerakan..

Aloha chicken pizza 

Kami pesan pizza jenis Aloha Chicken dan Prawn Sensation..

Prawn Sensation Pizza

Semua sedap terutamanya chicken wings iaitu makanan kegemaran saya. Rempah dari chicken wings Domino's Pizza sangat strong dan tidak rasa hanyir.

Chicken wings BBQ

Setakat ini semua makanan yang dipesan dari Domino’s Pizza menepati citarasa saya. Harga pesanan set BoxKu juga sangat jimat.. So sesiapa suka pizza atau chicken wings boleh cuba di Domino’s Pizza.. Rasa sendiri baru puas hati, betul tak? 

Okay setakat ini sahaja post saya.. Jumpa lagi di lain cerita..

Regards,


Share:

Saturday, August 26, 2023

Pengalaman Makan Malam di Gastrohub Nilai

PENGALAMAN MAKAN MALAM DI GASTROHUB NILAI | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Post kali ini masih berkaitan tentang review restoran dan makanan.. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman makan malam di sebuah restoran bernama GastroHub.

Restoran Gastrohub Nilai

Pada hari Selasa lalu (22/08/2023) saya sekeluarga berjalan-jalan di sekitar Bandar Baru Nilai. Alang-alang berada di Nilai, kami sepakat untuk singgah makan malam di restoran GastroHub. Ini adalah pengalaman pertama kami makan di restoran ini. Restoran in terletak di Persiaran Korporat, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Gastrohub Nilai

Kami tiba di sana lebih kurang pukul 8.00 malam.. Selama ini apabila pulang dari Nilai kami akan melepasi restoran ini. Baru sekarang dapat makan di restoran ini. Konsep restoran ini ala cafe and steak house. Suasa malam sungguh cantik dengan hiasan lampu seperti glass house..

Gastrohub cakes

Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu masuk restoran, kami disambut dengan pelayan yang ada di situ. Kami pun melangkah masuk ke dalam dan mencari tempat duduk yang selesa. Kami memilih meja GH 34 kerana terletak di sudut restoran, agak privacy.

Sejurus kami duduk, tidak lama waitress menyapa kami lalu menerangkan cara untuk memesan makanan. Kami membelek menu yang ada di situ melalui imbasan qr code yang ada di atas meja. 

Menu main course
Menu pasta

Saya memesan Beef Bolognese and meatball, mama pula Marinated Chicken Grill manakala papa Seafood Marinara. 

Resit pesanan makanan

Makanan tiba lebih kurang 15 minit selepas membuat pesanan.. 

 Seafood marinara
Beef Bolognese and meatball
Marinated Chicken Grill

Minuman pula saya teringin minum caramel latte. Untuk pengetahuan pembaca,  saya baru berjinak-jinak minum cafeine. Selama ini saya suka minum milo dan teh kosong. 

Menu minuman
Aneka coffee

Okay berbalik kepada cerita tadi, caramel latte di restoran itu sangat sedap, saya suka. Minuman mama pula teh tarik. Mama kata teh tarik sini sedap. Minuman untuk papa pula kopi ais.

Teh tarik dan kopi ais
Caramel latte

Sebaik sahaja makanan tiba, saya terus menjamu selera seperti orang tak makan 2 hari. Teruja dengan presentation makanan tersebut. 

Jemput makan semua

Overall makanan di sini kena dengan tekak orang muda macam saya. Sebaik sahaja habis makan papa membuat bayaran di kaunter yang terletak di luar ruang makan. Perut pun dah kenyang, sebelum balik kami  bersiar-siar sekitar Bandar Baru Nilai. 

Gambar kenangan di Gastrohub

Overall makanan di sini kena dengan tekak orang muda macam saya. Sebaik sahaja habis makan papa membuat bayaran di kaunter yang terletak di luar ruang makan. Perut pun dah kenyang, sebelum balik kami  bersiar-siar sekitar Bandar Baru Nilai. 

Baik itu sahaja untuk review restoran dan makanan di Gastrohub Nilai. Semoga perkongsian saya ini sedikit-sebanyak memberi idea kepada pembaca yang mencari tempat makan best di Nilai, Negeri Sembilan. Silalah datang ke sini kalau mahu cuba sediri makanan yang ada di sini. Citarasa semua orang tak sama selagi belum cuba sendiri.. 

Akhir kata terima kasih sudi membaca post ini. Jangan lupa tinggalkan komen pembaca tanda sokongan.. Jumpa lagi di post akan datang..


 Regards,

Share:

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com