PENGALAMAN MAKAN MALAM DI GASTROHUB NILAI | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Post kali ini masih berkaitan tentang review restoran dan makanan.. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman makan malam di sebuah restoran bernama GastroHub.
 |
Restoran Gastrohub Nilai |
Pada hari Selasa lalu (22/08/2023) saya sekeluarga berjalan-jalan di sekitar Bandar Baru Nilai. Alang-alang berada di Nilai, kami sepakat untuk singgah makan malam di restoran GastroHub. Ini adalah pengalaman pertama kami makan di restoran ini. Restoran in terletak di Persiaran Korporat, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
 |
Gastrohub Nilai |
Kami tiba di sana lebih kurang pukul 8.00 malam.. Selama ini apabila pulang dari Nilai kami akan melepasi restoran ini. Baru sekarang dapat makan di restoran ini. Konsep restoran ini ala cafe and steak house. Suasa malam sungguh cantik dengan hiasan lampu seperti glass house..
 |
Gastrohub cakes |
Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu masuk restoran, kami disambut dengan pelayan yang ada di situ. Kami pun melangkah masuk ke dalam dan mencari tempat duduk yang selesa. Kami memilih meja GH 34 kerana terletak di sudut restoran, agak privacy.
Sejurus kami duduk, tidak lama waitress menyapa kami lalu menerangkan cara untuk memesan makanan. Kami membelek menu yang ada di situ melalui imbasan qr code yang ada di atas meja.
 |
Menu main course |
 |
Menu pasta |
Saya memesan Beef Bolognese and meatball, mama pula Marinated Chicken Grill manakala papa Seafood Marinara.
 |
Resit pesanan makanan |
Makanan tiba lebih kurang 15 minit selepas membuat pesanan..
 |
Seafood marinara |
 |
Beef Bolognese and meatball |
 |
Marinated Chicken Grill |
Minuman pula saya teringin minum caramel latte. Untuk pengetahuan pembaca, saya baru berjinak-jinak minum cafeine. Selama ini saya suka minum milo dan teh kosong.
 |
Menu minuman |
 |
Aneka coffee |
Okay berbalik kepada cerita tadi, caramel latte di restoran itu sangat sedap, saya suka. Minuman mama pula teh tarik. Mama kata teh tarik sini sedap. Minuman untuk papa pula kopi ais.
 |
Teh tarik dan kopi ais |
 |
Caramel latte |
Sebaik sahaja makanan tiba, saya terus menjamu selera seperti orang tak makan 2 hari. Teruja dengan presentation makanan tersebut.
 |
Jemput makan semua |
Overall makanan di sini kena dengan tekak orang muda macam saya. Sebaik sahaja habis makan papa membuat bayaran di kaunter yang terletak di luar ruang makan. Perut pun dah kenyang, sebelum balik kami bersiar-siar sekitar Bandar Baru Nilai.
 |
Gambar kenangan di Gastrohub |
Overall makanan di sini kena dengan tekak orang muda macam saya. Sebaik sahaja habis makan papa membuat bayaran di kaunter yang terletak di luar ruang makan. Perut pun dah kenyang, sebelum balik kami bersiar-siar sekitar Bandar Baru Nilai.
Baik itu sahaja untuk review restoran dan makanan di Gastrohub Nilai. Semoga perkongsian saya ini sedikit-sebanyak memberi idea kepada pembaca yang mencari tempat makan best di Nilai, Negeri Sembilan. Silalah datang ke sini kalau mahu cuba sediri makanan yang ada di sini. Citarasa semua orang tak sama selagi belum cuba sendiri..
Akhir kata terima kasih sudi membaca post ini. Jangan lupa tinggalkan komen pembaca tanda sokongan.. Jumpa lagi di post akan datang..
Regards,

Nampak sedap ni...
ReplyDeleteTekak Redza mesti sama dgn akk.
Akk pon suka western. Hehe
Caffeine lgi akk suka 😁
Ya, samalah citarasa kita..hehehe
Delete