A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Thursday, June 4, 2020

Potong rambut semasa PKPB

POTONG RAMBUT SEMASA PKPB | Hari ini dah masuk Syawal ke-12 tapi musim Covid-19 tak rasa Raya. Kita kembali jalani kehidupan normal baharu lebih awal kerana tidak dibenarkan berkunjung ke rumah-rumah berhari raya. Selamat datang ke post saya. Ada cerita baru saya nak kongsi hari ini. Post ini saya ingin bercerita pasal tentang potong rambut dalam tempoh PKP / PKPB yang sedang berlangsung kita hadapi sekarang.

Sepanjang tempoh PKP kedai gunting rambut tidak dibenarkan beroperasi. Jadi rambut saya semakin panjang dan serabut. Last saya gunting rambut pada 3 bulan lalu. Gambar di bawah saya kongsi keadaan rambut saya sekarang iaitu sebelum saya potong rambut.

Potong rambut semasa PKPB

Bila rambut semakin tebal saya rasa rasa kepala saya berat, serabut dan gatal. Saya percaya ramai lelaki di luar sana pun rasa begitu. 

Sebelum potong rambut

Sejak beberapa minggu yang lalu, saya beritahu mama saya rimas dengan rambut saya. Saya minta mama potong rambut saya. Mama kata mama tak pandai potong rambut. Kalau nak bagi botak mama boleh buat. Aduhai stress! Saya tak nak botak.

Saya dapat idea. Saya cadangkan mama beli mesin potong rambut. Saya tunjuk mama beberapa jenis mesin potong rambut di Shopee dan Lazada. Jadi mama dan saya mencari mesin potong rambut secara online. Akhirnya mama beli di Shopee beberapa hari lalu. Mesin potong rambut tersebut mama terima semalam. Cerita lanjut Saya akan buat review tentang mesin potong rambut itu dalam post akan datang.

Jadi hari ini masa untuk potong rambut saya.

Salon di rumah :)

Sebelum potong rambut saya, mama tengok tutorial potong rambut di YouTube. Hari ini mama buka salon di rumah. Saya adalah pelanggan pertama mama, hehehehe. Saya start potong rambut pukul 5.00 petang dan selesai pada pukul 6.30 petang. Selepas itu saya kemas dan sapu rambut di lantai, kemudian terus pergi mandi.

Inilah hasilnya. Alhamdulillah dapat style rambut yang sesuai dengan saya.

Selepas potong rambut

Pembaca boleh lihat sendiri perbezaan saya sebelum dan selepas gunting rambut. Nampak sangat bebeza. Saya sangat gembira dan selesa selepas gunting rambut. Pada masa yang sama papa sempat mengusik saya. Papa kata : "Barulah kurus, hehehe". Eh saya memang pun kurus, hehehe.

Perbezaan sebelum dan selepas potong rambut

Okay, sampai di sini sahaja post kali ini. Jika ada pembaca yang ingin kongsi pengalaman potong rambut semasa PKPB boleh komen di bawah. Terima kasih kerana sudi baca. Tunggu cerita saya di next post.


Regards,



Share:

7 comments:

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com