A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Thursday, June 18, 2020

Menang Peraduan Zoo Cikgu Khairi

MENANG PERADUAN ZOO CIKGU KHAIRI | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua. Lama saya tak tulis post baru di blog ini. Komen pembaca pun saya masih belum sempat jawab, sorry. Nanti saya jawab okay. Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi tinggalkan komen. Harap semua dapat beri sokongan supaya saya terus bersemangat menulis blog.

Kali ini saya nak kongsi cerita tentang peraduan Zoo Cikgu Khairi. Cikgu Khairi ialah cikgu tuition saya. Beliau mengajar matapelajaran Sains. Pada 3 Mei 2020 lalu, Cikgu Khairi telah mengadakan peraduan melukis. Peraduan ini bertujuan memberi kesedaran dan menyokong pihak Zoo Negara dalam usaha mengekalkan haiwan yang sedang pupus di negara kita di samping mengumpul dana. Tema lukisan ialah haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang hampir pupus. Tarikh tutup peraduan 2 minggu dari tarikh 3 Mei 2020.

Sebelum cerita tentang Zoo Cikgu Khairi, saya kongsi sedikit gambar ketika berkunjung ke Zoo Negara. Saya masih ingat lagi kali terakhir ke Zoo Negara pada 23 November 2012 ketika berumur 4 tahun.

Stylo, botol air gantung di leher :)

Seronok betul dapat tengok haiwan secara live.

First time tengok gajah real
Pose dengan zirafah
Cubaan beramah-mesra dengan ular sawa
Tak lepas peluang bergambar di Birds Photo Corner sumbangan Bank Rakyat
Akhirnya penat, tak larat nak jalan

Okay sambung semula cerita tentang Zoo Cikgu Khairi.

Jadi saya pilih Harimau Malaya memandangkan banyak sumber rujukan berkenaan haiwan ini. Lagi pun saya minat bola sepak jadi saya terus dapat idea Harimau Malaya iaitu pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia..


Arahan peraduan lukisan Zoo Cikgu Khairi
Hasil lukisan peserta di Facebook Cikgu Khairi

Ini pula hasil lukisan saya..

Dengan muka bangga menunjukkan hasil lukisan Harimau Malaya >_<
Harimau Malaya

Bukan sahaja lukisan tapi peserta dikehendaki menulis ringkasan tentang haiwan atau tumbuhan yang dipilih.

Info tentang Harimau Malaya

Harimau Malaya :
"Sub-spesies harimau yang lebih besar boleh mencecah panjang 3.3 meter (11 kaki) dan berat 300 kilogram (660 paun). Selain kebesaran dan kegagahannya, ciri-ciri terpenting yang dimilikinya ialah corak belang menegak bewarna hitam yang melapisi bulunya yang bewarna keputihan atau merah kejinggaan. Harimai juga ialah haiwan yang hampir pupus tetapi ia takkan tidak akan pupus di hati rakyat Malaysia."

Pada 20 Mei 2020, Cikgu Khairi mengumumkan pemenang peraduan lukisan ini. Saya tak mengharap 100% akan menang dengan bergaya (tempat pertama) sebab kawan-kawan lain hebat-hebat belaka. Jadi saya tak berapa ambil peduli jumlah vote yang saya dapat.

Siapa sangka semasa Cikgu Khairi mengumumkan pemenang, lukisan saya terpilih di tempat ke-3  Hadiah Pilihan Juri. Syukur alhamdulillah.. Cikgu Khairi ada kata beritahu beliau nak akan hantar sendiri hadiah ke rumah pemenang. Saya rasa tak percaya Cikgu nak datang.

Tiba-tiba pada 7 Jun 2020 sedang asyik bermain Lego dalam bilik, mama saya panggil : "Arief, Cikgu Khairi datang.." Mengelabah saya turun tergesa-gesa. Tak sempat tengok cermin. Saya sejenis jaga penampilan sebelum jumpa orang luar walaupun sekadar ambil barang poslaju atau orang hantar barang cash on delivery. Kali ni tak sempat terus ambil kunci grill, keluar jumpa Cikgu Khairi. Saya cuma hanya sempat pakai topi basahan (topi lama).

Bukan itu sahaja, saya ingat Cikgu Khairi setakat bagi hadiah sahaja tapi Cikgu juga ada tanya soalan mengejut. Arghhh saya tak sedia, macam mana ni, berdebar dibuatnya. Cikgu pula rakam moment itu, malu saya, tergagap-gagap saya, dah la diri tak siap sedia.

Apa pun, inilah hadiah Cikgu beri.. Original pencil case jenama Q UNCLE (boleh search di Google siapa nak tahu)..

Saya sangat suka hadiah ini sebab comel dan rare

Okay kalau Cikgu Khairi baca blog saya, sekarang saya tebus semula soalan yang saya tak dapat jawab di sini :

"Cikgu Khairi : Bagitahu nama dan sekolah.
Saya : ......... 

Cikgu Khairi : "Arief nak tanya, mana lagi seronok, tuition online ker atau tuition kat tempat tuition? Saya : Tuition online.

Cikgu Khairi : Kenapa di rumah lebih seronok?
Saya : Boleh tanya soalan kepada cikgu.

Cikgu Khairi : Tuition tak tanya cikgu soalan?
Saya : Tanya, tapi ada kawan kacau kat sebelah, ajak borak.

Cikgu Khairi : Oook. Apa lagi seronok bila tuition online?

Saya : Dapat borak dengan Cikgu.

Cikgu Khairi : Selain daripada itu? Ker awak lebih suka belajar di dalam bilik sendiri?

Saya : Ya.


Cikgu Khairi : Ada tempat sendirilah.
Saya : Ya


Cikgu Khairi : Selain daripada tu, awak rindu tak sekolah?
Saya : Rindu.

Cikgu Khairi : Kalau tuition?
Saya : Bolehlah

Cikgu Khairi : Saya nak tanya soalan lagi. Awak tahu tak apa maksud merdeka?
Saya : Tahu, bebas daripada penjajah.

Cikgu Khairi : Bila Malaysia merdeka?
Saya : 31 Ogos 1957

Cikgu Khairi : Okay, apa beza Malaysia Merdeka, pembentukan Malaysia bila pula?
Saya : Saya tak tahu. Sekarang saya tahu, 16 September 1963.

Cikgu Khairi : Banyak-banyak lagu Merdeka, lagu apa awak ingat?
Saya : Tanggal 31, bulan 8 lima puluh tujuh..

Cikgu Khairi : Saya nyanyi satu lagu : buruh, nelayan dan juga petani.. Gaya hidup kini dah berubah. Anak-anak terasuh mindanya... Okay sambung...
Saya : Tak ingat.. Oooo itu lagu Keranamu Malaysia. 

Ini lirik lagu Keranamu Malaysia tapi saya tak hafal :

Buruh, nelayan dan juga petani 
Gaya hidup kini dah berubah 
Anak-anak terasuh mindanya 
Lahir generasi bijak pandai 
Pakar IT, pakar ekonomi 
Jaguh sukan dan juga jutawan 
Berkereta jenama negara 
Megah menyusur di jalan raya 
Alam cyber teknologi terkini 
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa 
Kita semua pasti merasa bangga 
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya 
Keranamu kami hidup selesa 
Limpah budi kemakmuran negara 
Keranamu kami bebas merdeka 
Keranamu myawa dipertaruhkan 
Keranamu rela kami berjuang 
Demi bangsa kedaulatan negara 
(ulang dari mula) 

Keranamu Negara Malaysia Malaysia... 
Terima kasih Malaysia!


Cikgu Khairi : Apa pesanan awak kepada kawan-kawan yang lain.
Saya : Belajar rajin-rajin.

Cikgu Khairi : Itu jer? Tak nak pesan untuk Covid-19 ni?
Saya : Duduk rumah, jaga diri baik-baik. Kita jaga kita.

Cikgu Khairi : Okay terima kasih, assalamualaikum.
Saya : Wa'alaikumsalam.."


* Tulisan purple pembetulan

Lepas tu Cikgu Khairi beredar, saya masuk ke rumah. Dalam rumah saya rasa tak senang hati sebab macam tak sangka percaya dan masih nervous sebab tak dapat jawab soalan dengan baik. Saya pun lupa nak pelawa Cikgu Khairi masuk walaupun sekadar ajak-ajak ayam, hehehe.

Okay, pelangaman pengalaman ini akan saya akan ingat sampai bila-bila. Terima kasih kepada Cikgu Khairi yang telah menganjurkan peraduan ini dan memberi hadiah character Cony dari cartoon Line Town Wikia.

Itu saja, terima kasih sudi baca.
Jumpa lagi di next post.. 

Regards,



Cerita di post ini hasil idea dan tulisan saya tetapi telah disemak / disunting oleh Puan Admin. 
Harap maklum.
Share:

6 comments:

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com