DAPAT BERMAIN BASIKAL SEMULA | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Saya ingin kongsi cerita perasaan gembira dapat bermain basikal semula. Kalau pembaca nak tahu sebelum musim Covid-19 melanda, setiap petang saya akan bermain basikal di sekitar taman perumahan tempat tinggal saya. Jika hujung minggu begini, saya bermain basikal sambil teman mama gardening.
Saya dan basikal Garion kesayangan |
Semasa saya menaiki basikal, saya
Dah 3 bulan lebih saya duduk dalam rumah tak keluar ke mana-mana walaupun melepasi pintu pagar luar bermula dari cuti persekolahan pertengahan tahun (14 Mac2020 hingga kini). Apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan boleh merentas negeri, saya telah diberi kelonggaran oleh ibu bapa saya untuk keluar rumah bermain basikal sahaja. Saya masih tidak dibenarkan ke shopping mall, sedih. Kini saya rasa gembira dapat bermain basikal semula.
Saya juga pernah kongsi dalam Segmen Apakah Perkara Pertama yang Anda Lakukan Selepas PKP?
Walaupun PKP belum berakhir tapi saya dapat menunaikan hasrat itu.
Okay sampai di sini sahaja cerita saya dalam blog kali ini. Saya harap semua pembaca gembira membaca blog saya.
Terima kasih, bye..
Memang best dapat main basikal..tapi kena hati²
ReplyDeleteYa betul Cikgu.
DeleteTerima kasih.
aktiviti sihat..
ReplyDeleteBetul aunty, keluar peluh bila naik basikal pusing taman, hehehe
DeleteItulah bila nikmat ditarik kemudian diberi semula rasa syukur sangatkan?
ReplyDeleteRedza mesti seronok dapat main basikal.
Sangat terasa hilang nikmat semasa covid-19.
DeleteKeluar pun kena pakai mask, tak dapat bebas bernafas seperti biasa.
Seronok sangat dapat naik basikal sekarang, hehehe
Terbaik karangannya
ReplyDeleteTerima kasih atuk.
DeleteMama duduk sebelah ajar saya buat karangan dalam blog ini.
tengok basikal awak teringin pulak akak nak main basikal hehe. alahai comelnya adik redza ni..
ReplyDeleteAkak belilah basikal untuk bersiar-siar, boleh exercise.
DeleteTerima kasih kak.
Bestnyaaa....!! Hati-hati bawa basikal tu tau dik..
ReplyDeleteTerima kasih Cik TK.
DeleteBanyak kali juga jatuh tapi tak serik sebab suka naik basikal, hehehe.
kat kawasan temlat tinggal rietta pun meriah anak anak main basikal....ceria masing masing....
ReplyDeleteBoleh keluar sekarang jadi ramai budak-budak macam saya mula bermain di luar.
DeleteTerima kasih sudi baca blog saya.