DAPAT BERMAIN BASIKAL SEMULA | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Saya ingin kongsi cerita perasaan gembira dapat bermain basikal semula. Kalau pembaca nak tahu sebelum musim Covid-19 melanda, setiap petang saya akan bermain basikal di sekitar taman perumahan tempat tinggal saya. Jika hujung minggu begini, saya bermain basikal sambil teman mama gardening.
![]() |
| Saya dan basikal Garion kesayangan |
Semasa saya menaiki basikal, saya
Dah 3 bulan lebih saya duduk dalam rumah tak keluar ke mana-mana walaupun melepasi pintu pagar luar bermula dari cuti persekolahan pertengahan tahun (14 Mac2020 hingga kini). Apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan boleh merentas negeri, saya telah diberi kelonggaran oleh ibu bapa saya untuk keluar rumah bermain basikal sahaja. Saya masih tidak dibenarkan ke shopping mall, sedih. Kini saya rasa gembira dapat bermain basikal semula.
Saya juga pernah kongsi dalam Segmen Apakah Perkara Pertama yang Anda Lakukan Selepas PKP?
Walaupun PKP belum berakhir tapi saya dapat menunaikan hasrat itu.
Okay sampai di sini sahaja cerita saya dalam blog kali ini. Saya harap semua pembaca gembira membaca blog saya.
Terima kasih, bye..


