Hi, assalamualaikum semua.. Blog post kali ini saya ingin bercerita tentang pengalaman makan corn dog buat kali pertama. Lama saya teringin makan corn dog. Pada awalnya saya tengok orang makan corn dog di YouTube Nino Home. Mula terjebak tengok channel Nino Home bila saya terlihat thumbnail dia buat corn dog.
Corn dog |
Apa itu corn dog?
Corn dog adalah sosej yang dicucuk dengan stick bersama cheese seterusnya disalut dengan adunan tepung jagung yang tebal. Kemudian salut dengan breadcrumb dan digoreng dengan minyak yang banyak.
"A corn dog is a sausage on a stick that has been coated in a thick layer of cornmeal batter and deep fried. It originated in the United States and is commonly found in American cuisine." - Wikipedia
Makanan ini berasal dari Amerika Syarikat.
Oleh kerana teringin makan corn dog, jadi pada hari Ahad lalu saya minta papa saya beli. Papa saya kata : "Okay, alang-alang isi minyak boleh pergi sekali beli corn dog". Kebetulan corn dog ada dijual di sebuah gerai makan berhampiran rumah saya.
Semangat dapat makan corn dog |
Apabila papa saya tiba di rumah selepas mengisi minyak kereta, saya tanya papa mana corn dog yang saya pesan tadi. Papa kata dah habis. Sedih hati saya..
My first bite |
Saya pun turun la bawah menuju ke dapur. Rupa-rupanya papa bergurau.. Sebenarnya papa ada beli dan letak atas meja. Papa beli 2 iaitu satu untuk papa dan satu untuk saya. Mama tak makan corn dog sebab mama tak gemar cheese kecuali cheese KFC dan cheese yang dibakar hangus seperti topping pizza.
Cheese tarik mozzarella |
Akhirnya ada rezeki saya dapat makan corn dog, alhamdulillah.. Saya suka corn dog sebab bila gigit ada mozzarella cheese yang boleh ditarik. Sejak hari itu, beberapa kali saya repeat beli corn dog. Kini corn dog menjadi salah satu makanan kegemaran saya.
Sekian untuk blog post kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca cerita saya. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Byee..
Regards,
Belum pernah cuba lagi.
ReplyDeleteSeronok dapat tarik keju.
Kalau suka keju, kena cuba satu hari nanti :)
Deletesedapnya corndog!
ReplyDeleteSaya pun suka, sedap!
DeletePart paling best bila makan corndog adalah cheese tu. Memang sesuai untuk yang suka cheese kan.
ReplyDeleteBetul sis..
DeleteCheese memang kegemaran saya.
Tak pernah cuba lagi.. Menarik juga ini untuk dicuba..
ReplyDelete