A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Saturday, January 2, 2021

Cabaran Memohon Kad Pengenalan Ketika Pandemic Covid-19

Hi, assalamualaikum semua.. Hari ini saya ingin cerita tentang cabaran memohon kad pengenalan ketika pandemic Covid-19. Pada 14 Mei 2020, umur saya genap 12 tahun. Jadi sudah sampai masa saya perlu memohon kad pengenalan. Pada ketika itu, perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) mula berkuatkuasa di kawasan saya. Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berdekatan kawasan saya ialah di UTC Ampangan.    

"Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan bertaraf Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya." - dipertik dari portal Jabatan Pendaftaran Negara 

Pada awalnya selepas sambutan hari lahir saya ke- 12, saya dan papa telah ke UTC Ampangan tetapi kami tidak dibenarkan masuk. Walaupun PKPP, ketika itu Ampangan diisytihar zon merah, jadi UTC Ampangan terpaksa ditutup sementara. Hal ini menyebabkan permohonan kad pengenalan saya lewat hingga 3 bulan. Sebelum ke sana, mama telah melayari website JPN untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan kad pengenalan terutama sekali syarat-syarat permohonan khas semasa pandemik Covid-19. 

Website JPN 

Syarat-syarat permohonan kad pengenalan bagi umur 12 tahun seperti berikut:

1. Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
2. Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur iaitu Ibu dan Bapa, atau Penjaga (Penjaga adalah datuk dan nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
3. Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
4. Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan.
5. Sekiranya Penganjur adalah selain daripada kategori di atas perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.

Permohonan janjitemu perlu dibuat dalam talian telebih dahulu. Apabila permohonan janjitemu telah diluluskan, slip perlu dicetak dan dibawa semasa ke UTC Ampangan. Oleh itu, saya ke UTC Ampangan sekali lagi pada 21 Ogos 2020. 

MySejahtera JPN di UTC Ampangan

Sebelum kami masuk ke bangunan UTC Ampangan, guard di sana bertanya tujuan kami ke situ. Mama tunjuk slip MyJanjiTemu JPN, tanpa soalan lanjut kami dibenarkan masuk tetapi sebelum itu seperti biasa scan MySejahtera dan check suhu. 

Nombor giliran

Kami terus ke kaunter JPN untuk mengisi borang JPN.KP01 dan mendapatkan nombor giliran. Nombor giliran saya 1055, jadi saya perlu tunggu 15 orang lagi sebelum tiba giliran saya.  

Giliran saya

Setelah penat menunggu, akhirnya tiba giliran saya. Mama menyerahkan semua dokumen-dokumen berkaitan permohonan kad pengenalan kepada pertugas kaunter. Petugas kaunter menyemak dokumen-dokumen tersebut dan saya menunggu di hadapannya dengan penuh debaran, dup dap dup dap.

Semasa membuat permohonan kad pengenalan untuk umur 12 tahun, jangan lupa bawa dokumen-dokumen berkaitan seperti:

1. DOKUMEN PEMOHON (asal)
- Sjil kelahiran atau Sijil Anak Angkat atau Sijil Warganegara atau Pengesahan Taraf Warganegara atau Borang Warganegara atau Lampiran A (JAKOA)
- Pasport bagi pemohon yang menetap di luar negara.

2. DOKUMEN PENGGANJUR (asal)
- Kad Pengenalan Penganjur (Ibu atau Bapa atau Penjaga)
- Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan, perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebaajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.
- Pasport negara asal Penganjur bagi yang Bukan Warganegara.

3. DOKUMEN SOKONGAN 
- Sekiranya alamat tidak selaras dengan alamat Penganjur, perlu mengemukakan Bil elektrik / bil air / bil pembentungan / bil utiliti / cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan / perjanjian jual beli rumah, perjanjian atau resit sewa rumah / dokumen sokongan dari Penghulu / Ketua Kampung / Tuai Rumah / ADUN / Ahli Parlimen / Majikan / Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau lain-lain dokumen seumpamanya. (ASAL atau SALINAN YANG DISAHKAN). 

Mama membantu saya memakai vest hitam

Saya diarahkan memakai vest warna hitam yang disediakan di situ kerana saya diberitahu oleh petugas kaunter bahawa baju warna kelabu yang saya pakai tidak jelas dalam gambar kad pengenalan saya nanti. 

Resit rasmi permohonan kad pengenalan

Selesai sudah permohonan kad pengenalan saya. Kad pengenalan saya ready dalam tempoh 1 jam. Selepas 1 jam, saya perlu ke kaunter pendaftaran JPN untuk menuntut kad pengenalan yang dah siap. Sekarang saya dah ada kad pengenalan. Walaupun lewat 3 bulan tetapi saya tidak dikenakan denda kerana belum mencapai umur 13 tahun. 

Untuk makluman pembaca, denda akan dikenakan dalam situasi berikut:
dari portal JPN

Begitulah cerita tentang Cabaran Memohon Kad Pengenalan Ketika Pandemic Covid-19, tempuh dua kali permohonan, tempoh menunggu yang lama, sentiasa peka dengan penjarakan sosial ketika berada di tempat umum, nombor giliran terhad dan lain-lain lagi. Syukur semua sudah berakhir.

Terima kasih sudi baca. Kita jumpa lagi di lain cerita.
Bye..


* Entri post ini hasil idea saya tetapi telah dipinda oleh mama selaku Admin Blog ini untuk mengelakkan salah info atau bagi mendapatkan penjelasan yang jelas / tepat mengenai permohonan kad pengenalan. Harap maklum. Terima kasih.


Regards,



Share:

6 comments:

  1. Mencabar sebab kena buat temu janji.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dah ada IC 🥳

    ReplyDelete
  3. Memang betul-betul cabaran nak buat apa pun di musim covid ini..

    ReplyDelete
  4. Kalau budak 12 tahun kena buat temujanji juga ka? Sebeb taun lepas buat untuk akak dia.. tak ada temujanji..

    ReplyDelete

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com