A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Saturday, January 16, 2021

Anyaman Kelarai Tugasan Pendidikan Seni Visual Tahun 6

Hi, assalamualaikum.. Saya ingin kongsi cerita tentang tugasan yang cikgu beri sepanjang tempoh PKPB lalu. Semasa PKPB sebelum ini, cikgu ada beri kerja sekolah melalui applikasi WhatsApp. Setiap pagi saya akan bangun awal pagi dan kemudian baca WhatsApp untuk semak kerja sekolah cikgu bagi. 

Hari ini saya kongsikan tentang kerja sekolah Pendidikan Seni Visual (PSV) saya. 

Motif anyaman kelarai

Ini adalah anyaman. Cikgu suruh saya buat anyaman yang mempunyai motif atau bentuk berbentuk selain bukan anyaman biasa. Saya pun cari contoh anyaman di Google. Kemudian saya ikut motif bentuk anyaman seperti di atas.

Saya gunting kertas warna biru saiz 1cm
Lakar frame anyaman lebar 1 inci dalam kertas saiz A4, potong 1cm setiap jalur
Ambil kertas warna lain, saya guna warna hijau dan potong ikut bentuk. Saya buat bentuk hati. 
Tampal di atas anyaman 

Inilah hasil anyaman saya dengan tunjuk ajar mama. Saya tak pandai ukur dan gunting jadi mama ada bantu saya. Tugas saya buat anyaman ikut motif di Google. Tugasan ini dah siap tapi tak dapat serah sebab saya tak jumpa cikgu. 

Saya kongsi di sini sebagai kenangan dan rujukan kawan-kawan.
Itu sahaja untuk blog kali ini.


Regards,



Share:

18 comments:

  1. Cantik. Boleh whatsapp cikgu juga hehe

    ReplyDelete
  2. Zaman dulu2, masa atuk sekolah pun ada buat bendalah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelarai ni anyaman tradisional turun-temurun sehingga kini..
      Sampai zaman saya masih lagi buat anyaman macam atuk buat, hehehe :)

      Delete
  3. Teringat sekolah memang suka buat anyaman.

    ReplyDelete
  4. Kalau tak tampal bentuk hati lagi cantik besar dan jelas nampak nyaman tu. Pendapat aunty jer... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama pun kata macam aunty, tak cantik bila tampal sebab tak nampak motif kelarai. Saya cuma ikut arahan cikgu. :)

      Delete
  5. antara kerja2 plg sy suka ms pendidikan seni ms sek ren dulu. x penah misses dpt gantung lukisan (lukisan terpilih) kt dpn kelas...

    ReplyDelete
  6. lama dh tak buat mcm ni.. zaman skolah dh berlalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini hasil kraftangan aktiviti sekolah, kalau tidak saya pun tak tahu buat. :)

      Delete
  7. cantik dik...hasil sangat krratif

    ReplyDelete
  8. tgk visual mcm susah je..bila tgk tugasan yg dah siap wahh cantiknyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak faham pada awalnya.
      Mama tunjuk cara anyam baru saya boleh buat. :)

      Delete

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com