Hi dan Assalamualaikum semua.. Kembali lagi bersama saya di blog ini. Kali ini saya ingin bercerita tentang hari terakhir saya bersekolah di sekolah rendah. Pada 17.12.2020 lalu merupakan hari terakhir saya ke sekolah rendah. Pada hari itu, sesi pemulangan buku teks tahun 6 Jujur. Guru Kelas telah menghantar mesej melalui group WhatsApp 6 Jujur mengingatkan kepada semua pelajar untuk kumpul semua buku-buku teks, ikat dan senaraikan semua buku teks yang ada. Pelajar yang hilangkan buku teks perlu bayar harga buku yang hilang itu. Alhamdulillah, semua buku teks saya lengkap.
Pemulangan Buku Teks Sekolah |
Guru Kelas juga ada mengemukakan Carta Alir Penyerahan Folder Sijil Murid & Pemulangan Buku Teks Tahun 6 2020 untuk dipatuhi supaya proses berjalan lancar. Ketika Covid-19 ini semua kena patuh kepada SOP.
SOP Pemulangan Buku Teks Sekolah |
Saya pergi ke sekolah dengan papa. Saya masuk dahulu ke sekolah untuk urusan pemulangan buku teks manakala papa masuk ke sekolah selepas saya keluar. Papa ke pejabat sekolah untuk menguruskan penempatan sekolah menengah saya.
Hari terakhir di sekolah rendah |
Sedih meninggalkan sekolah rendah |
Selepas pemulangan buku teks, saya dapat semula sijil-sijil sepanjang penglibatan saya dalam aktiviti di sekolah rendah. Ada antara sijil utama saya aktiviti di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Sekolah rendah saya |
Begitulah cerita hari terakhir saya di sekolah rendah. Maka tahun 2020 secara rasmi saya tamat sekolah rendah. Saya cerita di sini sebagai kenangan terindah.
Terima kasih tak terhingga kepada semua guru yang mengajar saya di sekolah ini. Jasa guru memang tak dapat saya balas.
Okay, terima kasih sudi baca dan jangan lupa tinggalkan komen anda supaya saya dapat ke blog anda.
Regards,
Nampaknya sesi persekolahan awal tahun ni ditangguhkan lagi.
ReplyDeleteSFH (Study From Home) ajelah nampaknya.
Tak pasti lagi atuk sebab tempat saya di Negeri Sembilan PKPB.
DeleteMungkin 20.1.2021 saya mula sekolah secara bersemuka.
Kena ikut SOP ketat.
Sedih tidak dapat bertemu rakan-rakan kali terakhir.
ReplyDeleteSedih, tapi kami ada group WhatsApp.
DeleteMama create Fb saya supaya saya dapat keep in touch dengan kawan-kawan lama.
Sama macam anak acik, diminta pulang buku pada minggu akhir persekolahan..
ReplyDeleteAlhamdullillah.. dan selamat menempuh Form 1.. dan akan berjumpa ramai kawan-kawan baru dan cikgu baru. Belajar rajin-rajin :-)
ReplyDelete