A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Friday, January 29, 2021

Beli Baju Baharu Di AEON Seremban 2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Ramai antara kita masih melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini. Akibat terlalu lama berkurung, macam-macam kenangan berjalan-jalan di shopping mall muncul dalam fikiran saya. Rindu dengan keadaan di mana kita boleh berjalan-jalan bebas ke mana sahaja tanpa SOP sebelum Covid-19 melanda. 

Jadi hari ini saya ingin nak menulis blog post semasa saya membeli pakaian baharu di AEON Seremban 2 pada 19 Disember 2020 lalu. Pagi itu saya tak jangka mama akan bawa saya pergi berjalan-jalan ke AEON. Al-maklum keadaan Covid-19 di Seremban ketika itu sangat membimbangkan iaitu masih zon merah. 

Shopping mall

Bila mama pelawa berjalan-jalan tentulah saya tak menolak. Pagi itu saya terus bersiap. Perjalanan dari rumah ke AEON Seremban 2 mengambil masa hanya 15 minit. Setelah tiba di pintu masuk AEON seperti biasa kami diarahkan mengimbas QR code MySejahtera dan mengambil suhu. 

Check in MySejahtera

Selepas itu kami menuju ke kedai alat tulis, Popular Bookstore. Mama ingin membeli stationery dan persiapan saya untuk sesi persekolahan 2021. Banyak juga alat tulis dan buku rujukan mama beli untuk saya. Selain itu saya juga beli komik kegemaran iaitu Bro, Don't Like That La, Bro : Back To School.

Selepas keluar dari Popular Bookstore, kami ke kedai pakaian. Saya ingin membeli baju baharu memandangkan baju yang ada sekarang banyak dah sempit.

Memilih baju baru

Mama menyuruh saya membeli beberapa helai baju kemeja dan T-shirt. Saya sangat gembira dapat memilih sendiri baju mengikut kegemaran saya.

Membeli-belah di AEON Seremban 2

Selepas ke kedai pakaian, kami terus ke Ground Floor menuju ke pintu keluar. Sambil berjalan-jalan saya melihat banyak kedai di sana sudah tutup. Antaranya kedai Speedy yang biasa saya beli CD juga sudah tutup.

Sedang berjalan-jalan, tiba-tiba saya tertarik dengan lukisan yang dipamerkan di hadapan kedai Speedy tersebut. Lukisan itu dilukis sempena kempen mencegah Covid-19 anjuran pihak pengurusan AEON Seremban 2.

Pameran lukisan Kempen Mencegah Covid-19 

Saya mengambil peluang untuk bergambar bersama lukisan-lukisan tersebut sebagai kenangan.

tealive di AEON Seremban 2

Sebelum balik saya beli tealive kerana tekak rasa dahaga. Saya pesan minuman jenis Bang Bang Milk Tea with brown sugar pearl. Itulah minuman kegemaran saya apabila ke tealive.

Masa untuk pulang ke rumah

Akhirnya tiba masa untuk pulang ke rumah. Mama pesan waktu ini tak boleh berlegar-legar di shopping mall tanpa tujuan. Pergi ke shopping mall hanya perlu, setelah selesai urusan kemudian balik.

Begitulah cerita saya membeli barang di AEON Seremban 2 ketika Covid-19. Walaupun singkat tapi saya gembira kerana dapat membeli baju baharu dan minum air boba kegemaran saya.

Itu sahaja cerita untuk blog post kali ini.
Ianya merupakan kenangan terindah untuk saya kongsi dalam blog ini.
Terima kasih sudi baca.


Regards,



Nota: 

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. 

Terus sokong blog saya. Saya sangat hargai sokongan dari pembaca.
Harap maklum.  Terima kasih.
Share:

8 comments:

  1. retail mall paling teruk terkesan, semoga mereka dapat bertahan..

    ReplyDelete
  2. Sesekali keluar membeli-belah memang seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka berjalan-jalan, bila dapat membeli-belah satu kepuasan :)

      Delete
  3. betul, time ni takleh nak lengah2.. pergi bila perlu saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya demi putuskan rantaian Covid-19 #kitajagakita :)

      Delete
  4. bestnya shopping... mcm best je shoping kat aeon seremban ni. nanti nak mai lahj

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim Covid-19 ni shopping tergesa-gesa tak sama seperti sebelum ni. Jangan lupa singgah Seremban :)

      Delete

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com