A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Saturday, February 6, 2021

Review Aiskrim Durian Musang King Nestle

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Berjumpa lagi dalam blog post terkini. 
Dalam blog post kali ini saya akan review Aiskrim Durian Musang King keluaran Nestle. Cerita bermula begini, tiba-tiba mama saya kata nak makan aiskrim selepas mama nampak aiskrim ini di Instagram. Kebetulan papa ingin ke Mydin Mall di Seremban 2 untuk membeli barang dapur jadi boleh beli sekali aiskrim ini.

Aiskrim Durian Musang King Review

Apabila saya tanya kepada papa mengenai aiskrim tersebut, papa kata takde apa-apa, rahsia. Papa saya memang suka bergurau dengan saya. Papa hanya beritahu saya, nanti papa balik ada something special. Sebenarnya saya ada dengar perbualan mereka tentang aiskrim tersebut tapi saya hanya pura-pura tak tahu, hehehehe. 

Musang King Ice Cream by Nestle

Selepas papa balik dari beli barang dapur, saya check peti ais untuk pastikan sama ada papa dapat beli aiskrim tersebut atau tidak. Kata mama aiskrim Durian Musang King laku keras (maaf saya guna bahasa orang sekarang, hehehe) jadi cepat habis di pasaraya. Ikut rezeki kalau ada dapatlah kami rasa.

Made with Real Musang King

Berbalik pada cerita saya tadi, selepas papa balik dan bersihkan diri, saya senyap-senyap buka peti ais. Kemudian saya nampak seperti bekas aiskirm. Yeayyyy ada aiskrim Durian Musang King!!. Saya rasa tak sabar sangat nak rasa aiskrim ini. 

Harga RM25.00 sebekas

Untuk pengetahuan pembaca, aiskrim Durian Musang King ini berharga RM25.00 sebekas.

Tekstur aiskrim Musang King

Aiskrim ni rasanya dia sangat sedap seperti rasa durian sebenar dan baunya juga kuat. Tekstur aiskrim ini lembut. Saya juga dapat rasa serat durian dalam aiskrim ini. 

Addicted

Tak sampai sehari dah tinggal separuh, kami makan bertiga. Saya pula repeat 2 mangkuk kecil ini.

Sedap dan laku keras!
                                                               
Tak lupa juga dia punya bekas aiskrim ini nampak premium, warna gold. Saya rasa nak simpan untuk letak spare part Gundam, hehehehe. 

Okay, sesiapa rasa ingin makan aiskrim Durian Musang King ini boleh beli di mana-mana kedai atau pasar raya berdekatan rumah anda. Cepat sementara stok masih ada sebab macam saya beritahu sebelum ini, aiskrim ni cepat habis dekat di pasar raya. Bila buat review ni, teringin pula saya nak makan aiskrim ni lagi.. 

Setakat ini sahaja blog post saya kali ini. Kita jumpa lagi di post akan datang. 
Terima kasih kerana sudi baca dan sokong blog saya. 
Bye..


Regards,



Share:

17 comments:

  1. Hehe nasib baik bukan peminat sangat durian.
    Ok siapa yang suka musang king boleh cuba.

    ReplyDelete
  2. Waaa sedapnya ais krim durian. Aunty minat makan durian je, durian dah jadi ais krim macam ni tak minat. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga aunty tapi tetap tak sama durian original :)

      Delete
  3. Nampak sedap aiskrim tu. Akak tak pernah cuba lagi. Lama dah tak makan aiskrim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang cuaca panas, sedap makan aiskrim tapi aiskrim durian dah takde lagi..

      Delete
  4. org yg suka durian, sure kena tryyy ni

    ReplyDelete
  5. Eza tak try lagi sekerem ni. Nampak sedap tu.. Terima kasih review bagitahu harga sekali ya. Eza dah follow sini #49

    ReplyDelete
  6. tak pernah makan dan tak pandai nak mkn olahan durian lain selain durian yang asli dan juga masak tempoyak. lain2 yang berkaitan dengan durian tak boleh telan. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai kata begitu, ikut citarasa orang juga kann aunty.

      Delete
  7. Aiskrim musang king ni memang sedap . Kena dengan citarasa tekak CCL, tspi tu laa manis sikit

    ReplyDelete

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com