Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini. Kita berjumpa lagi dalam edisi Merdeka. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Malaysia telah menyambut Hari Kemerdekaan ke-64 pada 31 Ogos 2021. Oleh kerana pandemic, Hari Kebangsaan disambut secara sederhana tetapi meriah di setiap negeri. Saya nampak banyak Jalur Gemilang berkibar di premis perniagaan dan di kawasan kediaman.
Kredit kepada The Inspirasi |
Sempena sambutan Hari Merdeka, saya keluar bersiar-siar menaiki kereta bersama keluarga. Untuk pengetahuan pembaca, Negeri Sembilan sudah masuk ke Fasa 2, jadi terdapat kelonggaran untuk merentas daerah. Kapasiti penumpang juga boleh melebihi 2 orang.
Kami tidak pergi ke tempat sesak sebaliknya ibubapa saya menunaikan permintaan saya untuk membeli minuman di Tealive dan makanan di FamilyMart. Saya memilih FamilyMart dan Tealive yang terletak di Pusat Komersial Rasah kerana ianya agak jauh sedikit dari rumah.
Check-in Tealive |
Sudah lama saya teringin minuman Tealive yang dibeli sendiri. Sebelum ini saya kirim mama apabila semasa mama ke pejabat.
Beratur menunggu giliran di Tealive |
Saya membeli minuman jenis Tealive Bang Bang Oatsem kerana saya ada terlihat di YouTube dan menonton ternampak satu channel review Tealive Oatsem. Pada awalnya saya mahu membeli original flavor yang selalu saya minum iaitu Signature Brown Sugar Pearl Milk Tea tapi saya tukar fikiran.
Tealive Bang Bang Oatsem |
Ini kali pertama saya mencuba minuman tersebut. Pada pendapat saya rasa Tealive Bang Bang Oatsem tak terlalu manis berbanding Signature Brown Sugar Pearl Milk Tea.
Setelah membeli minuman di Tealive, saya menuju ke FamilyMart yang terletak sebaris dengan Tealive.
Check-in FamilyMart |
Saya rasa terlalu lama tidak pergi ke FamilyMart. Saya masih ingat semasa saya bersekolah di Seremban 2, mama akan singgah ke FamilyMart apabila mengambil saya pulang dari sekolah hampir setiap minggu terutama hari Jumaat untuk memberi makanan atau snek kegemaran saya.
Membeli makanan di FamilyMart |
Kali ini saya baru repeat ke FamilyMart.. Saya terus ambil bakul kerana saya nak beli banyak makanan di sini. Saya suka makan snek tengah malam.
Ready-to eat meal di Family Mart |
Rambang mata apabila melihat banyak makanan di rak. Tak tahu nak pilih mana satu.
Desert di FamilyMart |
Saya selalu beli aiskrim dan Oden tapi kali ini saya teringin makan Onigiri, beberapa jenis snek dan minuman untuk stok di rumah.
Pelbagai jenis Onigiri |
Onigiri (Hiragana: おにぎり, Kanji: 御握り) adalah nama Jepun bagi makanan berupa nasi yang dipadatkan atau dikepal sewaktu masih hangat sehingga berbentuk segi tiga, bulat, atau seperti karung beras. Dikenali juga dengan nama Omusubi, istilah yang kononnya digunakan oleh wanita di istana maharaja untuk menyebut Onigiri. Onigiri dimakan dengan tangan, bukan dengan penyepit. - Wikipedia
Onigiri pilihan saya |
Saya pusing keliling setiap rak sampai puas hati untuk pastikan tiada lagi yang ingin dibeli. Selepas itu saya buat bayaran di kaunter.
Selepas hampir 4 bulan berkurung di rumah, sesekali keluar begini saya rasa gembira. Cepatlah Covid-19 pergi, saya rindu kehidupan sebelum ini.. Saya rasa pembaca pun sama seperti saya.
Sekian sahaja cerita saya. Jangan lupa tinggalkan komen anda tanda anda singgah di sini.
Terima kasih sudi baca.
Regards,
Bagusnya N9 dah masuk fasa 2
ReplyDeleteWalau bagaimana pun SOP kena jaga.
Selamat menyambut Hari kebangsaan cu
Nanti nak try Tealive Oatsem ni juga
ReplyDeleteAkak paling suka onigiri Tuna Cheese! Kalau ke FamilyMart, akak mesti akan beli onigiri ni dan juga melon bread 😆😋
ReplyDeletep/s: Kirim salam pada mama ya (LZ, Lady in Red Planner) 😉✨
Ehh sorry tersilap info, akak paling suka onigiri Salmon Cream Cheese, bukan Tuna Cheese 😂
DeleteSelamat menyambut kemerdekaan negara Malaysia ke 64! :)
ReplyDeleteBetul itu nikmat apabila dapat keluar apabila lama terperuk di rumah.
ReplyDeletePergi tempat kegemaran baik belek semua makanan yang ada.
Sedapnya minum tealive. Pakcik minum sekali je. Tu pun minta yg kurang gula.
ReplyDeleteBestnya, akak dah lama tak ke Tealive dan Family Mart.
ReplyDelete