Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Penulisan blog kali ini, saya ingin menceritakan berkongsi cerita saya bersama keluarga pergi bejalan-jalan di AEON Mall, Nilai pada hari Sabtu, 18 September 2021 lalu. Setiap hujung minggu, saya dan keluarga akan merancang untuk keluar bersiar-siar bagi mengisi masa lapang. Walaupun masih cuak untuk keluar ke shopping mall tapi saya tawakal asalkan sentiasa disiplin dan patuh kepada SOP.
Baju Uniqlo edisi terhad |
MySejahtera |
Sebelum memasuki outlet Uniqlo kami dikehendaki scan MySejahtera dan mengambil suhu badan diambil terlebih dahulu. Pekerja di situ mengarahkan kami memakai sarung tangan plastik untuk mengelak kuman atau virus.
Rambang mata memilih baju di Uniqlo |
Saya dan papa pergi mencari pakaian di bahagian lelaki manakala mama ke bahagian wanita. Kebetulan saya ingin mencari baju kerana semua baju saya sudah sempit. Semasa PKP saya asyik makan, belajar dan tidur. Saya kurang
Baju idaman saya koleksi Jujutsu Kaisen |
Saya sudah lama
Kedua-dua baju yang saya pegang dalam gambar di atas adalah baju idaman saya. Baju berwarna hitam itu berharga RM59.90 manakala baju berwarna kelabu berharga RM39.90.
Credit to Uniqlo website |
Saya agak rambang mata memilih baju yang ada di sana kerana semua baju tersebut cantik-cantik belaka. Akhirnya saya terpaksa membuat pilihan. Saya pilih 2 helai baju tersebut.
AIRism mask by Uniqlo |
Bukan sahaja baju, saya juga tidak lupa untuk membeli AIRism mask berharga RM39.90 sebagai persediaan menghadapi
Ini adalah bahagian hadapan kedua-dua baju yang saya pilih
Selepas membuat pilihan muktamad, saya terus menuju ke kaunter bayaran. Papa memberi saya duit dan saya sendiri membuat pembayaran di kaunter.
Beratur untuk membuat bayaran |
Tiba giliran membuat bayaran |
Tibalah giliran saya membuat bayaran..
Baju Uniqlo koleksi Jujutsu Kaisen Limited Edition |
Saya sangat happy gembira kerana dapat membeli baju-baju ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada mama dan papa kerana merealisasikan impian saya untuk memiliki baju edisi terhad Jujutsu Kaisen.
Selepas ke Uniqlo barulah kami ke H&M, Kaison dan Diaso. Kami hanya ke outlet tertentu sahaja untuk mengelakkan orang ramai. Okay, sampai di sini sahaja cerita saya bersiar-siar di AEON Mall Nilai dan membeli baju di Uniqlo. Terima kasih kerana sudi baca blog saya.
Regards,
Bestnya dapat pergi shopping.
ReplyDeletetengok jugak jujutsu kaisen, tapi x minat sangat..
ReplyDeletewow bestnya shopping
ReplyDelete