A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Monday, August 9, 2021

Persediaan Menyambut Tahun Baru 1443 Hijrah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Blog post kali ini mama suruh saya buat post mengenai persediaan menyambut Tahun Baru 1443 Hijrah memandangkan esok kita akan menyambut tahun baru dalam kalendar Islam iaitu 1 Muharam 1443 Hijrah atau Awal Muharram. 

Mama suruh saya cari dan baca article mengenai maksud Awal Muharram atau Maal Hijrah, peristiwa sempena Awal Muharram dan amalan sunnah yang baik dibuat dalam bulan Muharram. Jadi saya kena tulis maklumat tersebut dan kongsi di sini sebagai nota dan kongsi bersama pembaca semua.

Mekah

Apa yang saya ingat masa belajar ustazah saya pernah beritahu, perkataan hijrah bermaksud 'perpindahan' iaitu perpindahan orang Islam dari Mekah ke Madinah bermula pada 1 Muharram iaitu tarikh tahun baru bagi umat Islam. 

Peristiwa Hijrah Rasulullah

Tahun Hijrah adalah tahun Islam yang dikira sempena peristiwa perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah pada 16 Julai 622 Masihi.

Orang pertama yang berhijrah ke Madinah ialah Abu Salamah bin Abd al-Asad. Rombongan pertama yang berhijrah seramai 70 orang. Mereka berhijrah dalam kumpulan kecil supaya tidak diketahui oleh orang Musyrikin Mekah.

Tujuan Penghijrahan adalah untuk memastikan kejayaan orang Islam dari segi agama, moral, sosio-ekonomi dan politik.

Saya baru Google untuk tahu tema sambutan Maal Hijrah tahun 1443H / 2021M peringkat kebangsaan ialah "Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti".

Selain dari memahami nilai murni dari peristiwa penghijrahan Rasullullah, saya juga mengambil kesempatan sempena Tahun Baru Islam ini untuk menanam azam, berubah dengan meninggalkan perkara yang tidak baik menjadi lebih baik. Sebelum ni saya suka tangguh belajar, saya mula berazam untuk rajin belajar dan buat ulangkaji. 

Ustazah saya pernah berpesan, sempena menyambut Awal Muharram kita digalakkan untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun. 

Bacaan Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun Hijrah

Doa akhir tahun dibaca sebelum masuk waktu solat Maghrib seelok-eloknya pada waktu Asar hari ini, 9 Ogos 2021 manakala doa awal tahun dibaca selepas solat Maghrib iaitu pada malam 10 Ogos 2021 (malam Awal Muharram).

Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun Hijrah



Amalan Sunnah Bulan Muharram

Apa yang saya baca banyak amalan sunnah boleh dibuat dalam bulan Muharram.

Dipetik dari hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, ertinya : 
"Seseorang datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya, setelah bulan Ramadhan puasa di bulan apa yang lebih afdhal? Nabi SAW menjawab : "Puasa di bulan Allah iaitu bulan yang kalian sebut dengan Muharram. - HR. Ibnu Majjah 
Saya tulis di sini supaya saya ingat untuk puasa sunat Hari Asyura, 10 Muharram bersamaan 19 Ogos 2021. Kelebihan puasa pada 10 Muharram adalah penghapusan dosa setahun yang lalu. 

Amalan puasa sunat ini boleh dibuat pada 8, 9 dan 10 Muharram sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah ra, Rasulullah SAW bersabda, ertinya:
"Aku berharap pada Allah dengan puasa Asyura ini dapat menghapus dosa selama setahun sebelumnya." - H.R Bukhari dan Muslim.
Ibnu Abbas ra juga berkata : "Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW berupaya keras untuk puasa pada suatu hari melebihi yang lainnya kecuali pada hari ini, iaitu as Syura dan bulan Ramadhan." - H.R. Bukhari dan Muslim.
Begitulah hasil pembacaan saya yang telah dirumus oleh mama. Setelah membaca dari banyak sumber, saya dapati maklumat ini sangat berguna kepada saya. Semoga ianya juga bermanfaat kepada pembaca semua. Salam Maal Hijrah saya sekeluarga ucapkan kepada semua pembaca.

Terima kasih sudi singgah.


Regards,



Share:

18 comments:

  1. Terima kasih beritahu tarikh puasa khusus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. شكرا جزاك الله٬ انا شير كن يا٬ بارك الله فيك

      Delete
  2. Salam awal muharam buat redza & famili

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang baik dan bermanfaat sambil2 boleh tambah ilmu :)

    ReplyDelete
  4. Salam maal hijrah cu
    Atuk bagi A++ penulisannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Atuk..
      Terima kasih, sporting laa Atuk :)

      Delete
  5. Selamat tahun baharu hijrah.. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sudah..

    ReplyDelete
  6. bagus perkongsian Redza kali ini. pakcik suka baca entri ini. Semoga terus maju jaya....

    ReplyDelete

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com