A Blog Expressing My Happiness Through Daily Lifestyle, Hobby And Simple Living.

Monday, July 24, 2023

Review : Restoran Kaki Kambing 66

REVIEW : RESTORAN KAKI KAMBING 66 | Don't under estimate the power of kaki kambing hehehe.. First of all terima kasih sudi singgah di blog saya.. Post kali ini saya nak buat review tentang Restoran Kaki Kambing 66 yang terletak di Jalan Idaman Villa 1A, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Restoran Kaki Kambing 66

Sejak saya berumur 12 tahun, saya tahu tempat ni tapi baru sekarang parents saya datang makan di sini.. Ini kerana mama belum terbuka hati untuk makan di sini risau dihidangkan kaki kambing.. Mama sangat particular bab makanan so saya akur dengan keputusan mama..

Hari ini bila mama tiba di rumah pulang dari pejabat, mama beritahu saya ingin makan malam di Restoran Kaki Kambing 66.. Saya agak terkejut sebab tiba-tiba mama ubah pendirian. Mama kata kawan mama dah pergi makan dan ternyata sedap so mama nak cuba sendiri.

Maka hari ini saya makan malam di sini bersama keluarga.. First impression ketika sampai keadaan restoran biasa sahaja, tiada yang menarik dari segi hiasan. Tambahan pula orang tak ramai, saya agak cuak.. Betul kaa sedap?

Bila kami dapat menu, saya agak terkejut kerana pelbagai jenis makanan ada di sini.. Kawan mama recommend nasi lemak ayam goreng berempah dan sup kambing.. Of course makanan berasaskan kambing sebab nama pun Restoran Kaki Kambing kann...

Saya pesan nasi lemak telur mata sebab tak terasa sangat nak makan berat..

Nasi lemak telur mata

Papa pesan nasi lemak ayam goreng berempah..

Nasi lemak ayam goreng berempah

Sementara mama pesan set sup gearbox kambing.. Set ni beserta nasi dan ulam..

Sup gearbox kambing

Nasi putih, ulam dan sambal 

Minuman pula saya pesan horlick ais manakala papa dan mama teh ais..

Bila makanan sampai, saya rasa sesudu nasi, memang sedap. Nasi lembut, terasa santan dan secara spontan saya kat wow sedap.. Papa pun cakap sedap. Saya makan ayam goreng berempah papa pesan, garing dan rasa rempah meresap dalam daging ayam.. Fuh mantap!

Saya pun rasa sup gearbox memang sedap, cukup segala rempah, langsung takde bau kambing.. Daging kambing yang melekat pada tulang mudah ditarik dengan garfu, lembut.. Overall saya recommend restoran ini untuk pembaca datang dan cuba sendiri..

Untuk maklumat lanjut boleh juga search di Google baca review dari pengunjung restoran sebelum ni.. Kebanyakkan review rate 5 bintang.. 

Berikut antara review yang dinyatakan:

Review Restoran Kaki Kambing 66 di Google

Untuk makluman restoran ini dibuka pada pukul 12.30 tengah hari dan tutup pada 10.00 malam - sila check waktu operasi dari semasa ke semasa.. Jadi andai ada di antara pembaca ingin cuba makan di sini sangat dialu-alukan.. Kena cuba sendiri baru puas hati terutama kepada penggemar daging kambing..


Boleh repeat lain kali tambahan pula dekat dengan rumah saya.. Okay sekian sahaja post saya kali ini.. Jumpa lagi di lain kali.  

Regards,



Share:

12 comments:

  1. Hi Redza! Lama rasanya tak nampak posting Redza..
    Mungkin akk yang terlalu busy sampai tak perasan Redza..ingatkan Redza dah tak aktif di blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Kak Cuya,
      Saya dah lama tak aktif sebab busy dengan aktiviti sekolah.. Ada masa baru saya buat post.. Terima kasih singgah.. :)

      Delete
  2. Amboi... Order nasi lemak telur mata tapi dapat rasa semua.. hehehe

    ReplyDelete
  3. mengancamnyaaaa sup gearbox tuuu

    insya allah kalau ada rezeki trn ke sana nanti sy try singgah ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mengancam, rasa sup pun sedap.. saya suka sedut sum2 tu.. hehehe

      Delete
  4. Tak pernah sampai lagi ni. Mesti sedap sup kambing tu buat cicah roti benggali. Mengundang childhood memories ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, best.. Kalau ada leftover makan breakfast cicah roti, mantap!

      Delete
  5. pasti sedap semua menu kat situ. cuma uncle x berapa suka mkn kambing. Mungkin boleh pilih menu yg lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo kalau macam tu uncle kena try nasi lemak.. Nasi lemak ayam goreng berempah pun sedap..

      Delete
  6. Nama restoren Kaki Kambing itu yang bukan peminat kambing salah anggap tu so tak jadilah nak menyinggah.
    Baca post TRC ni baharu Mrs. A tahu ada food selain kambing hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula mama pun macam tu, ingat semua menu tentang kambing rupanya tidak.. Boleh pesan nasi lemak ayam berempah selain kambing pun ada..

      Delete

Nota:

Setiap entri dalam blog ini adalah idea dan hasil tulisan saya. Mama selaku Admin Blog akan screen (tapis) / edit gambar, perkataan / ayat yang kurang sesuai supaya saya belajar menggunakan struktur ayat yang betul dalam penulisan. Oleh itu, dalam entri saya kemungkinan ada tulisan warna biru (penambahan) atau strike di mana ianya pembetulan ayat / perkataan dari mama saya. Harap maklum.

Saya sangat hargai sokongan dari pembaca. Terima kasih.

Hot News

Popular Posts

Copyright © The Redza Channelz | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com