GOTONG-ROYONG MENCERIAKAN KELAS | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca.. Hari ini sudah masuk hari ke-21 dalam bulan Ramadan. Pada 7 April 2023 lalu sekolah saya telah mengadakan program gotong-royong membersihkan kelas. Saya diamanahkan untuk mengetuai program gotong-royong ini untuk kelas saya.
Rakan-rakan sekelas |
Program dimulakan dengan menubuhkan beberapa kumpulan kecil. Seterusnya sesi pembahagian tugas kepada setiap kumpulan. Guru kelas meminta pelajar supaya memilih warna tema kelas. Saya memilih warna kelabu sebagai tema kelas dan ianya dipersetujui o. Saya meminta izin mama untuk membawa langsir dari rumah, tapi kecewa sebab langsir tersebut tidak dapat dipasang kerana terlalu labuh. Jadi saya terpaksa mengukur dahulu sebelum langsir labuh tadi dihantar ke kedai untuk alter.
Rakan sekelas mengelap cermin tingkap |
Rakan sekelas mengelap cermin tingkap |
Pelajar perempuan menyapu sampah |
Selain itu, rakan-rakan sekelas bergotong-royong membersihkan tingkap dan menyapu classroom. Ada juga sebahagian pelajar sibuk mendecor papan kenyataan supaya lebih ceria.
Pelajar lelaki sedang mendecor papan kenyataan |
Para pelajar bersama-sama membuat decor kelas |
Walaupun letih tapi saya gembira kerana kelas saya cantik dan bertambah ceria. Guru kelas saya juga menghargai hasil usaha kami. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang program gotong-royong ini.
Kata-kata penghargaan dari guru kelas |
Sekian sahaja perkongsian saya kali ini.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.
Regards,
ms jaman sek dulu pun buat mcm ni jg semangat nk raya katanya😁
ReplyDeleteBetul.. Ambil aura persiapan raya, hehehe
Deletekalau tiap2 mggu semangat mcm ni kan bagus hahaha
DeleteKannn setuju.. Bersih.. Pelajar pun selesa..
Delete