Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog saya.. Kali ini saya ingin cerita tentang Chloe and Fluffy. Tajuk post ini 'Bermula Kisah Chloe dan Fluffy' mengenai bagaimana akhirnya saya dapat memelihara kucing.
Saya minat sangat untuk memelihara kucing selepas mengikuti kisah inspirasi "A Street Cat Named Bob" di YouTube. Saya dah lama teringin pelihara kucing tetapi mama saya tak benarkan. Mama kata sepanjang mama dibesarkan mama tak penah pelihara kucing. Mama kata harga kucing mahal nanti bila saya tak pandai jaga, kucing akan mati dan membazir dengan membayar harga itu. Saya akur dengan keputusan mama.
Tetapi semasa saya pulang ke kampung minggu lalu kerana datuk saya sakit tenat (doakan supaya datuk saya kembali sihat dan dipermudahkan urusan, aaminn), mama ada cerita dengan aunty saya tentang minat hasrat saya ingin memelihara kucing. Aunty saya menawarkan kucing yang dipelihara oleh nenek sepupu saya. Nenek sepupu saya memelihara banyak kucing dan sanggup memberi saya 2 ekor kucingnya. Saya nak seekor sahaja tetapi nenek sepupu saya kata kena bela 2 ekor untuk teman. Kedua-duanya betina.
Apabila dipujuk oleh aunty saya, akhirnya mama saya setuju untuk membawa pulang 2 ekor kucing tersebut. Saya sangat gembira..
Chloe and Fluffy |
Inilah kucing saya. Mama tertarik dengan salah seekor kucing saya. Mama beri nama kucing itu Chloe iaitu nama jenama beg tangan, jadi mama ingin memelihara Chloe manakala Fluffy milik saya tetapi kami pelihara bersama-sama. Chloe berumur 4 bulan manakala Fluffy berumur 6 bulan. Pada mulanya Chloe dan Fluffy sangat garang dan takut tetapi apabila saya beri makan kedua-duanya mulai jinak.
Perjalanan ke klinik veterinar |
Hari ini genap seminggu kedua-duanya berada di rumah saya. Mama telah buat temujanji dengan klinik veterinar untuk pemeriksaan kesihatan Chloe and Fluffy.
Tiba di klinik veterinar |
Chloe dan Fluffy di dalam carrier |
Chloe dan Fluffy tak senang duduk semasa di klinik veterinar. Bukan sahaja kedua-duanya tak senang duduk tetapi saya pun sama. Perasaan saya berdebar-debar kerana tak tahu apa yang akan berlaku kepada kedua-duanya.
Tiba giliran kedua-dua kucing saya untuk pemeriksaan.
Klinik veterinar |
Mula-mula giliran Chloe kerana Chloe masih kecil. Chloe sangat tenang dan tak gelisah berbanding Fluffy.
Chloe untuk pemeriksaan kesihatan |
Hai, saya Chloe |
Tiba pula giliran Fluffy. Doktor menimbang dan mengambil berat badan Fluffy. Doktor memeriksa kesihatan Fluffy.
Begitulah bermula kisah kucing kesayangan saya. Saya masih banyak tak tahu tentang kucing, jadi saya perlu mencari makumat tentang cara memelihara kucing.
Saya harap pembaca yang mempunyai minat memelihara kucing seperti saya boleh memberi tunjuk ajar dan panduan bagaimana memelihara kucing supaya terus sihat dan ceria.
Setakat ini sahaja cerita saya tentang Chloe dan Fluffy.
Terima kasih sudi baca. Kita jumpa lagi di post akan datang.
Regards,
Selamat menjaga.
ReplyDeleteMakcik pun tidak pandai sangat.
Terima kasih aunty NA :)
DeleteAkak pun tak ada haiwan peliharaan sebab risau tak dapat beri komitmen untuk jaga. Btw semoga atuk Redza cepat sembuh.
ReplyDeleteSelepas saya jaga 2 ekor kucing ni memang sibuk sikit. Banyak kena urus kebersihan pets tersebut. Untuk pengetahuan akak, atuk saya dah meninggaln pada 30.03.2021 lalu.
DeleteTerima kasih sudi komen :)
bestnyaa uma ada pet, i love it too tapi malas nak jaga curi sangkar smua huhuh
ReplyDeleteBest sebab dapat bermain-main dengan pet. Memang betul kata kak Atie, lepas jaga 2 ekor kucing ni jadual saya sibuk sikit sebab kena bersihkan litter box semua pagi dan petang setiap hari.
Delete