MAKAN DI THE URBAN AFFAIRS DATARAN CENTRIO | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Maaf lama tak bersiaran disebabkan kerja sekolah terlalu banyak dan terpaksa focus pada exam..
Sementara break selepas buat homework, saya update blog ini dengan cerita #throwback pada 4 November 2024 lalu. Selepas pulang dari sekolah saya pergi makan tengah hari dengan mama di The Urban Affairs.
The Urban Affairs |
The Urban Affairs merupakan sebuah cafe yang terletak di Dataran Centrio, Seremban 2 berhadapan Mydin Mall. Saya suka makan di sini kerana terdapat banyak pilihan makanan yang menepati citarasa saya.
Cakes & Pastries |
Menu makanan terbahagi kepada Local Classic & Fusions seperti Salted Eggs Chicken with Rice, Mee Kari Udang dan Ayam Bakar Black pepper, Burger & Sandwich, Pesta Pasta, Snacks dan Cakes & Pastries.
Cake |
Makanan pilihan saya sudah tentu dari kategori Pesta Pasta iaitu Chicken Grills with pasta. Saya suka ayam grill kerana isi dia moist dan terasa perapan ayam ditambah pula sos black pepper. Sambil menunggu makanan utama disediakan, mama pesan cake (tapi saya lupa apa nama kek ini).. Sedap sangat, tak terlalu manis. Waktu menunggu pesanan makanan tak terlalu lama.
Chicken grill and laksa Johor |
Saya suka makan chicken grill, makanan kegemaran mama pula laksa Johor. Mama kata laksa Johor di sini sedap dan rasanya sama seperti laksa Johor asli. Secara keseluruhannya saya berpendapat, cafe The Urban Affairs memang best dan sesuai dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Sesiapa yang ingin mencuba boleh datang ke The Urban Affairs Dataran Centrio Seremban 2. Kalau tak tahu lokasi tepat boleh guna Waze atau Google map. Waktu operasi setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Okay setakat ini sahaja post saya kali ini.. Jumpa lagi di post akan datang..
Regards,