KENANGAN TAEKWONDO GRADING | Pada 31.10.2019 lalu Facebook mama saya telah menunjukkan memories mengimbas kenangan semasa saya grading pada tahun 2017 dari tali pinggang kuning ke oren. Untuk pengetahuan pembaca, grading dalam seni mempertahankan diri taekwondo merupakan kenaikan peringkat atau pangkat seseorang pengamal.
Taekwondo grading |
Post di atas telah dimuatnaik oleh Teacher Syed iaitu Principal Smart
Readers tempat saya transit semasa darjah 3. Ketika itu saya mengikuti kelas teakwondo Vision yang terkenal di Seremban selama 2 tahun berturut-turut. Cepat sungguh masa berlalu.
Kawan-kawan taekwondo |
Di sini, saya ingin berkongsi cerita pengalaman saya semasa taekwondo grading. Semasa grading saya rasa berdebar kerana ianya dijalankan secara beramai-ramai mengikut peringkat.
Taekwondo grading |
Grading diadakan dalam sebuah dewan. Setiap peringkat diadili oleh seorang berpangkat Master memakai talipinggang hitam. Saya dikehendaki membuat barisan seramai 6 orang.
Grading |
Master akan memberi command dan kami dikehendaki mengikut langkah yang telah diajar. Setiap langkah akan diperhati dengan teliti bagi tujuan memberi markah pemarkahan.
Selepas turn saya perasaan lega tak dapat saya gambarkan. Syukur alhamdulillah ianya sudah berlalu dan saya telah lulus serta layak memakai tali pinggang kuning.
Sekarang saya sudah tidak mengikuti kelas taekwondo disebabkan jadual akademik yang ketat kerana tahun 2020 nanti saya akan menduduki peperiksaan UPSR. Saya berhenti di peringkat tali pinggang hijau (6th keup).
Sekarang saya sudah tidak mengikuti kelas taekwondo disebabkan jadual akademik yang ketat kerana tahun 2020 nanti saya akan menduduki peperiksaan UPSR. Saya berhenti di peringkat tali pinggang hijau (6th keup).
Begitulah cerita tentang kenangan saya semasa menjalani grading. Terima kasih sudi baca. Kalau sudi sila tinggalkan komen. Kepada pembaca yang ada pengalaman menyertai mana-mana sebarang martial art boleh kongsi di ruangan komen.
Regards,
0 Comments:
Post a Comment